Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Thursday, February 24, 2011

Sesudah Cahaya

Fuhh!!..(tiup sana sini sikit, buang habuk)

Jujur, aku tak ingin lama disini. Sekadar menjenguk, sebab rasanya dah terlalu lama rumah tamsilankendiri sepi. Berbulan- bulan lamanya tak singgah bertanya khabar.
Khabar dari aku, sekarang aku seorang pekerja yang sedang memegang amanah. Benar lah kata orang, amanah itu berat. Tapi bukan itu yang ingin aku kongsi. Sebenarnya aku penat. Kerja ini memang penat! Sebeban tanggungjawab menyebabkan aku makin penat. Akhirnya, aku buat keputusan : cari kerja lain! hehehe..

kerja selalu membuatkan aku teringat kenangan zaman belajar dulu. SSBians UTM 07/10, ini coretan terakhir aku bersama kalian dulu. Puisi Bionite 2010.

aku rindu zaman itu.

Sesudah cahaya

Samar cahaya itu,

penunjuk jalan

Sebuah pilihan,

gemerlap masa depan

atau suram yang kelam

Depan, belakang, kiri atau kanan,

Sekadar sebuah hamparan yang kalian tunjukkan

Ucapmu;

pertiwiku,

Pisau dan mentimun itu telah ku berikan

Terpulanglah..

cingcanglah..coraklah..canailah..

Mengikut hendakmu..

Pesanmu lagi:

Bila sampai di puncak

Usah terlalu mendongak

Kerna bongkak itu punca hati rosak

Kata kami:

Wahai insan agung penyalur makrifat

Dengan pisau dan mentimun itu,

walau kami jadi cendekia pembina negara bangsa

walau kami teknokrat penjana tamadun nusa

walau kami pemuka pencetus wawasan bersusila

Takkan pernah kami lupa,

Asal kami cuma anak remaja

Baru mengenal dunia

Cuba menjadi dewasa

lantas kalian asuh jiwa mudanya

semalam kami bertemu kalian,

dalam cerita yang berbeza

dalam senyum dalam tawa

tetap ada tangis air mata

semalam itu juga, kami teringat pesan pujangga

kasih itu sepotong emas

kasih itu sehela nafas

kasih itu tidak pandai berdusta

kasih itu bukan hanya dikata

kasih itu junjungan jiwa

kasih itu..kasih kalian..

Sunday, October 24, 2010

Imbauan Bumi Gambang


Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Aku baru je menghabiskan novel pendek hlovette -Gurindam Jiwa -Schubert's Serenade. Ternyata hlovate membawa aku mengimbau segala kisah dan kenangan masa zaman remaja aku kat matrikulasi dulu. Segala ape yang dicoret oleh hlovate benar-benar membuatkan aku termenung sekejap dan mengenang kembali cerita-cerita lama yang penuh dengan kenangan tu. Kalau tak silap, aku mendaftar kat kolej matrikulasi pahang (KMPh) tanggal mei 2006. Bermula tarikh tu, aku mengenali insan-insan yang memberi warna pada aku masa tu.

Fatihah Asmui, Nor Izati Ibrahim, Sharifah Ainun Nor Khaidzi. mereka bertiga ni la roomate aku sepanjang setahun kat bumi Gambang tu. Kenangan yang tak mungkin aku boleh lupakan ialah masa aku merajuk dengan mereka bertiga. Sebab yang cukup bodoh kalau aku ingat balik! Hahaha..aku merajuk sebab diorang balik, tinggalkan aku sorang-sorang kat bilik tu, masa hujung minggu. Padahal minggu tu, aku menang pertandingan pidato KMPh. Aku dapat hamper besar gedabak. Aku ingatkan diorang nak celebrate sama-sama dengan aku, masa tu aku rasa diorang tak sayang aku pun. Walhal, kami berempat ni ialah roomate yang sangat-sangat rapat. Al-kisahnya, aku pun kecil hati dan merajuk.

Bila hari Ahad, mereka bertiga dah balik bilik, aku buat tak tahu je. protes tanda AKU MERAJUK!. Aku keluar, lepak bilik hanun, study kat bilik bacaan, tumpang solat kat bilik Zimah. Masa tu rutin aku, bangun pagi lepas mandi dengan solat, aku turun bilik bacaan, study. Hampir pukul 8 pagi, aku naik bilik, bersiap pergi kelas. Break tengahari aku lepak bilik zimah sambil tumpang solat zohor. Petang, kelas aku habis awal daripada diorang. Aku mandi awal-awal pastu study kat bilik bacaan. Maghrib tumpang bilik zimah kat aras 2. Pastu aku ajak Hanun temankan aku makan kat cafe B2, cafe abang pie yang heaven tu. Lepas makan, sambung study lepas tu bila dah mengantuk, baru aku naik bilik kat aras 3. Basuh muka. Gosok gigi. Tidur. Esoknya pun macam tu la.

Tapi, rajuk aku berterusan sampai hari rabu je. Sebabnya diorang memang pandai pujuk. Masa tu, lepas maghrib. Aku ada test biology malam tu. so, lepas solat kat bilik Zimah, aku naik bilik untuk bersiap. Dan, sila teka ada apa atas meja aku?

hahaha..ada sebiji mexico bun yang besar, dihiasi dengan coklat dan chocky-chocky tertulis SORRY atas bun tu. Then, ada 3 keping surat kat bawah bun ditanda tangani oleh mereka-mereka bertiga dengan ayat-ayat mintak maaf yang entah apa-apa. Setiap sorang bagi satu surat. Endingnya, aku menduduki test malam tu, dengan hati yang tenang. Esoknya, baru la kami buka hamper yang aku menang tu sama-sama.

Sekarang, dah 3 tahun kami berpisah. Tak sangka. 3 tahun ni menjadikan kami semakin dewasa. Mengenal orang lain yang selain daripada kelompok kami. Ainun dan tiehah yang single masa tu, sekarang dah ada pilihan hati. Tak sangka sekali lagi. Sebab dulu kami anti-couple. Zeqt yang dulu hangat bercinta dengan Li, sekarang dah single. Entah bila kami boleh berkumpul sama-sama, cukup 4 orang. Masing-masing sibuk dengan hidup masing-masing. Tapi, kami tak pernah lost contact.

If some people wish to back to that time, I won't. Sebab, walau bagaimana manis dan indah pun kenangan tu, ia tetap kenangan. Hari ini, tetap hari ini yang harus kita lalui. Kenangan dan pengalaman tu mendewasakan aku. Tiehah, Ainun dan Zeqt menjadi insan yang paling rapat dengan aku kat bumi Gambang masa tu. And friendhip of us is never die, it's will still alive as long as we still in this earth.

Sebagai manusia, kita tak mungkin mampu mengulangi peristiwa-peristiwa tu 100% sama dengan apa yang kita dah pernah lalui. Tapi, kita mampu untuk terus mengingatinya sebagai kenangan. Kenangan yang memberi secalit senyuman disaat kita berduka. Kenangan yang memberi amaran saat kita memerlukan peringatan. Kenangan yang memberi kita kekuatan saat kita jatuh terduduk. Kenangan yang memberikan kita kematangan, mengajar kita menghargai kehidupan, mengertikan kita pada kedewasaan dan memahamkan segala setiap warna dan teka teki yang pernah kita cuba selesaikan.

Apa kenangan sekali pun, ia tetap kenangan yang memberi erti. Jika ia tiada erti, maka kita harus berikannya erti. Sebab setiap kenangan itu mempunyai erti tersendiri, melainkan kita yang cuba menghilangkan ertinya. Jadi, ertikan kenangan kita, ertikan hidup kita!

Kenangan itu, selembut salju yang berlalu, sedingin salji yang membeku, seputih kasih yang layu. Percayalah..




Tuesday, October 12, 2010

terbang


terbang kau hilang
di balik kelat, warna sebuah rasa
manis itu seperti pahit
masin menjadi masam
kadangkala
semua tawar, hambar.

terbang kau hilang,
kerana jiwa yg tiada kepastian
sepertinya segala sekadar biasa
biasa? ya biasa.
siapa aku? siapa kamu?
renungan tanpa makna
gelengan tanpa suara

terbang kau hilang
di balik pekat, bayangnya malam
gelap, teraba-raba
semakin pekat, terduduk

terbanglah
setinggi mana mahu mu
sejauh mana hendak mu..
hilanglah menjauh!

Tuesday, September 21, 2010

Dalam telapak hati kau

Dua tiga hari ni, aku macam rajin menjenguk teratak ini. Walhal dulu, sebulan sekali pun aku terlupa (malas mungkin). Nama anak saudara baru aku dah dipilih oleh ummi dan abahnya a.k.a akak ipar dan abang aku. Siti Nur Umairah binti Amirudin Zaidi, Mak Mie harapkan Umairah membesar menjadi insan kebanggaan kami suatu hari nanti.

5 days goes to my convocation day, perasaan excited dah mula ada. Sedikit.

Mahu tampal 1 puisi yang diambil dari blog Zahiril Adzim, pelakon yang semakin meningkat naik sekarang. Saudara, saya minta maaf sebab ambil tanpa izin. Sekadar berhasrat untuk perkongsian, memandangkan saya sangat jatuh hati pada puisi ini. Mendalam maksudnya jika dihayati.


dalam telapak hati kau kau pegang sehelai kertas,
bentuknya hati,
kau gambarkan ia milik kau.

dalam bual,
kau carikkan,
cebis demi cebis,
kau hulurkan.

sehingga puas atas telapakku.
lalu aku lopong pandang,
layan, sengih, riang.
rupanya aku tertanya?

Benar ini hati kau,
yang berada dalam telapakku,
penuh?

Jawab kau,
"Aku tak pernah beri".


Biasalah
23 Mac 2010
2.10pagi

Sunday, September 19, 2010

gabungan cerita itu dan ini.

salam..

today:19/9/2010 bersamaan 10 syawal 1431 hijrah, @kerteh.

raya dah 10 hari lepas. sepanjang raya ni kes pembunuhan datuk sosilawati memang jadi tumpuan, termasuklah aku dan keluarga. tak nak komen panjang sebab surat khabar dah bagi ulasan panjang lebar. yg penting, pembunuhan ini SANGAT KEJAM.

tanggal 9/9/2010, sehari sebelum aidilfitri disambut, genaplah 10 tahun abah pergi tinggalkan kami. sayu hati, tuhan sahaja yang tahu. perginya abah disaat kami adik beradik masih perlukan belaian, kasih sayang dan tunjuk ajarnya. perginya abah, tak sempat untuk melihat kami membesar. walau menggunung rindu aku pada abah sekali pun, aku tahu abah tak kan kembali. aku pasrah dan redha, sebab kasih dan ingatan terhadap abah tetap mengiringi perjalanan hidup aku. Al-fatihah buatmu abah, mokhtar bin salleh.

18/9/2010 hari sabtu. Lahirlah seorang puteri, bertambahlah seorang lagi anak saudara aku. Namanya belum ditetapkan lagi. Aku suggest Siti Nur Syifa Amanda binti Amirudin Zaidi yang bermaksud cahaya penawar yang dikasihi/disayangi. my younger sis suggest Siti Nur Insyirah and my other sis suggest Siti Nur Fitra. Then, abang aku pun pening nak memilih yang mana. tak kisah lah, yang penting, baby ini akan tmbuh membesar, menjadi anak kebanggaan ibu bapa, menjadi puteri penawar kehidupan kami semua. By the way, Siti Nur Imani, u're a sis now! tak boleh over2 manja lagi dah. hahaha(padahal Imani baru 2 tahun!)

oh ya, tiket nak g skudai belum beli lagi! Graduation day!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...