Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Sunday, August 31, 2008

31 ogos vs 1 ramadhan..


salam..

untuk kali keduanya lpas aku wat blog ni, aku menulis kat sini..agak sibuk, tapi kadang2 saje menyibukkan diri.

Hari ni 31 ogos 2008, dah 51 tahun malaysia menjadi tanah bebas, tanah merdeka. Dari segi luaran memang malaysia bebas dari penjajahan fizikal
tapi dari segi dalaman, rakyat malaysia sudah kembali terjajah dan akan terus dijajah kalau terus xsedar akan hakikat ini (ataupun saje buat2 xsedar).

Perkembangan politik negara skrg ni jugak agak menakutkan!! fitnah sana sini, ahli politik tabur janji sana tabur janji sini. Tapi kalau dah namanya ahli politik memang dh keje diorg menabur janji2 manis lagi palsu..bak kata org tua2, menanam tebu di bibir!!

satu lagi kenyataan~~rakyat dijajah oleh ahli politik sebenarnya! betul ke x statement yg kian jadi buah mulut ni, aku xtau..ape yg pasti, rakyat yg menentukan sume ni. Sbg rakyat malaysia, sume nak tgk watan yg kita pijak ini terus dijulang daulatnya, sume nk tgk langit yg kita junjung ni akan terus memanyungi damai kehidupan kita.

ya Allah..kau berkatilah tanah tumpah darah ku ini. Esok, 1 September 2008 bersamaan dgn 1 ramadhan. Ramadhan tiba lagi, tanpa aku sedari. Cepat btol masa blalu, tiba2 dh ramadhan balik. Bulan penuh baraqah ni memang dinanti2kan oleh sume. Harapan aku, ramadhan kali ini akan menjadikan aku lebih kuat. Agar ramadhan kali ni menjadikan aku lebih ikhlas. Semoga ramadhan ni akan menyucikan hati2 umat islam yg lain.

Bila aku pikir2 balik, ade hikmah merdeka dan ramadhan disambut hampir serentak. Ramadhan dtg shari slepas kmerdekaan, untuk membersihkan sgala maksiat, dosa dan noda kekotoran yang biasanya berlaku semasa sambutan kemerdekaan. Ramadhan juga datang shari slepas kmerdekaan mungkin utk menyuntik kesedaran dalam jiwa rakyat2 malaysia ni, bahawa ramadhan itulah yg seharusnya menjadi kemerdekaan yg sbenar. Kerana dlm ramadhan itu, tiadanya syaitan yg tegar menghasut manusia melainkan nafsu semata2. Dlm ramadhan itu ada keampunan, keberkatan..

1st ramadhan sayu hati jgn cakaplah. Kwn2 yg duk dekat boleh balik rumah sambut 1st ramadhan kat umah. Time ni la igt kenangan zaman2 kecil dulu.
apakan daya, aku disini untuk menuntut ilmu..
bila dgr lagu menangislah dibahu ku,
semakin sedih jadiknya...
~Ahlam wasallam ya ramadhan...bulan penuh baraqah..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...