Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..
Showing posts with label catatan hati. Show all posts
Showing posts with label catatan hati. Show all posts

Monday, July 01, 2013

Pesan pada diri

Pesan pada diri,
Ucapkan selamat tinggal kepada Jun. Selamat tinggal penggal pertama untuk tahun 2013. Selamat tinggal air mata yang pernah mengalir hiba. Selamat tinggal duka, menangisi sebuah kehilangan yang tak terjangka. Selamat tinggal rasa kecewa yang lama. Untuk setiap rasa bahagia, semoga kalian akan terus disini. Terus menemani aku menyahut perjuangan, meniti suka duka tangis tawa sepanjang perjalanan mendatang.

Pesan pada diri,
Ucapkan selamat datang kepada Julai. Selamat datang penggal ke dua untuk tahun 2013. Selamat datang cabaran yang sedang menunggu giliran. Selamat datang dugaan yang akan mendewasakan sebuah kejadian manusia bernyawa. Selamat datang juga kesabaran yang sudah diasah setiap kali kesukaran menjengah. Selamat datang semangat untuk meneruskan perjuangan kehidupan. Selamat datang kekuatan.

Pesan pada diri,
Izinkan aku untuk terus berdiri, walau kadang-kadang aku terduduk lemah. Izinkan aku untuk terus bernafas, walau kadang-kadang aku hampir lemas. Izinkan aku untuk terus senyum, walau kadang-kadang amarah bergilir menjengah. Izinkan aku untuk terus kuat, walau kadang-kadang terasa ingin mengalah. Izinkan aku untuk bangkit, setiap kali aku tersungkur rebah.

Pesan pada diri,
Kehidupan ini milik aku. Izinkan aku untuk jadi matang, dalam setiap pemikiran dan perbuatan. Ya Allah, redhakan nikmat yang telah kau kurniakan untuk aku selama ini.

p/s: Dah bulan 7. Tolong sedar diri, buat sesuatu! Masa tu sekejap je sebenarnya.

Sunday, December 04, 2011

kerana ia bernama cinta.


Kerana cinta pada manusia, seorang celik menjadi buta, seorang raja hilang negara, seorang ulama lalai agama, seorang budak dewasa sebelum usia. Awalannya mungkin nikmat, tapi penghujungnya tiada siapa yang tahu. Cintailah yang di atas sana, sebelum menyintai bumi dan segala isinya.


kerana ia bernama cinta, kita mungkin terleka.
semoga leka itu, leka menuju redha yang Esa.

Saturday, December 03, 2011

Catatan Hari Lahir 021211



Disember datang menggenapkan lagi usia seorang aku, seperti tahun-tahun sudahnya. Pertambahan usia ini bukan sekadar dirai dengan kesyukuran di atas limpah dan kurnia Yang Esa, yang masih lagi memberi ruang dan peluang untuk aku bernafas sehingga ke saat ini. Pertambahan usia ini juga sebagai peringatan sebenarnya. Adakah sepanjang hidup akal ini, telah sempurna kejadianku sebagai seorang hamba? telah lengkap tanggungjawabku yang diamanah oleh Dia Yang Mencipta? Peringatan untuk aku, agar usia yang bersisa usah dipersia. Seharusnya aku sedar, hidup bukan hanya untuk bergembira!Sesungguhnya manusia ini semakin hari semakin tua. Semoga perjalanan hidup yang seterusnya, sentiasa dibawah lindungan Rahmat Yang Esa..

*terima kasih istimewa untuk mak dan arwah abah, yang telah membawa seorang aku ke dunia ini. Yang telah memahat kekuatan untuk aku terus bertahan. Yang telah menanam semangat untuk aku berani berjuang walau sekecil perjuangan. Yang telah mengajar apa itu malu agar maruah menjadi keutamaan. Kalian lah malaikat duniaku, terima kasih!

Wishing me a day soft as silk
white as milk
sweet as honey&full of money
and
may all dreams come true

Thursday, October 20, 2011

segalanya aku



celaru aku tidak tahu
tertekan aku jadi bosan
pusing sungguh aku pening
penat dalam dunia sendiri aku sesat
lelah aku bukan insan tabah
keliru aku tidak mengerti walau satu
kecewa seperti mahu gila
kosong seakan sunyi laluan lorong
gopoh aku terasa bodoh
jatuh aku tidak mampumelangkah
bisu aku hanya kaku

segalanya tentang aku
hidup aku
mati aku
ditengahnya perjalanan berliku

terasa mahu rebah
akan adakah tangan gagah
menghulur ikhlas diri
membawa aku berdiri kembali?

oh tuhan, tolong aku.

19 oct 2011, 11 pm


* Pernah tak, saat kamu merasa celaru, tidak tahu apa harus kamu fikir, tidak mengerti apa kamu rasa, seolah-olah nak lenyapkan jasad kamu dari dunia jika kamu mampu, nak menjerit sekuat habis melepas segala beban yang kamu sendiri tak tahu beratnya berapa dan banyak mana, seperti nak keluarkan satu demi satu sel dalam otak agar kamu boleh selesaikan segala persoalan yang kamu sendiri tak tahu dimana harus kamu mula, waktu kamu tenggelam dalam dunia yang kamu sendiri hilang. Aku percaya dan aku pasti, kamu dan aku selalu dalam situasi begini!

Friday, June 17, 2011

It's not easy..


It's about 2 months I working with Pfizer, as medical representative. Honestly it's not easy. To be in a field that mostly conquered by chinnese and i'm the minority, it's not easy. But, most of colleague will remember my face and my name,even my boss and top management! bcz i'm the minority. and doctors will look me like weird and excited (most of malay doc) bcz its very rarely to see a malay girl wearing tudung and baju kurung became a medical rep.

However, this job is not easy. dealing with cerdik pandai people make me became fuhhhh! be patient, its not easy to build rapport with them. Yeah again, it's not easy.

what best about this job is, i'm not a working hour people. Go to office at 8.30 a.m, reply email or any related job, then go to field on 10.30 a.m, and I can back home as early as 3.00 p.m. Just meet specialist, doing product detailing and complete my 9 calls, it's enough for that day. But it's not easy.

How difficult this job, I must do the best. Although it's not easy. And i know, for all this, I just need times..

Tuesday, April 05, 2011

bila rasa bersabut rasa..

Andai ada rasa dihati, jangan dipendam selama ini. Andai enggan menyesal nanti, pastikan jangan dibiar sepi. Mengapa dibiar sangka membuai rasa, bila rasa menyubur jiwa, mengapa dibiar cinta melara? Bila cinta itu bahagia, cinta itu sejati. Bila layangan doa menguntai harapan, cinta itu mati, bila harapan, cuma tinggal harapan. Cinta itu pasti, bila rasa bersambut rasa

Cinta itu abadi, bila cinta bertemu , dan berakhir, di syurga yang hakiki..


Ya Allah...
Seandainya telah Engkau
catatkan dia akan menjadi teman menapaki hidup

Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami

Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi


Tetapi ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan...

...Dia bukan milikku

Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan

Melontar bayangannya jauh ke dada langit

Hilang bersama senja nan merah

Agarku bisa berbahagia
walaupun tanpa bersama dengannya


Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku...

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku

Karena Engkau Maha Mengetahui

Segala yang terbaik buat hambaMu ini


Ya Allah...

Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian

Di dunia ini maupun di akhirat

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman

Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin... Ya Rabbal 'Alamin

cinta itu pasti, bila rasa bersabut rasa!

Sunday, October 24, 2010

Imbauan Bumi Gambang


Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Aku baru je menghabiskan novel pendek hlovette -Gurindam Jiwa -Schubert's Serenade. Ternyata hlovate membawa aku mengimbau segala kisah dan kenangan masa zaman remaja aku kat matrikulasi dulu. Segala ape yang dicoret oleh hlovate benar-benar membuatkan aku termenung sekejap dan mengenang kembali cerita-cerita lama yang penuh dengan kenangan tu. Kalau tak silap, aku mendaftar kat kolej matrikulasi pahang (KMPh) tanggal mei 2006. Bermula tarikh tu, aku mengenali insan-insan yang memberi warna pada aku masa tu.

Fatihah Asmui, Nor Izati Ibrahim, Sharifah Ainun Nor Khaidzi. mereka bertiga ni la roomate aku sepanjang setahun kat bumi Gambang tu. Kenangan yang tak mungkin aku boleh lupakan ialah masa aku merajuk dengan mereka bertiga. Sebab yang cukup bodoh kalau aku ingat balik! Hahaha..aku merajuk sebab diorang balik, tinggalkan aku sorang-sorang kat bilik tu, masa hujung minggu. Padahal minggu tu, aku menang pertandingan pidato KMPh. Aku dapat hamper besar gedabak. Aku ingatkan diorang nak celebrate sama-sama dengan aku, masa tu aku rasa diorang tak sayang aku pun. Walhal, kami berempat ni ialah roomate yang sangat-sangat rapat. Al-kisahnya, aku pun kecil hati dan merajuk.

Bila hari Ahad, mereka bertiga dah balik bilik, aku buat tak tahu je. protes tanda AKU MERAJUK!. Aku keluar, lepak bilik hanun, study kat bilik bacaan, tumpang solat kat bilik Zimah. Masa tu rutin aku, bangun pagi lepas mandi dengan solat, aku turun bilik bacaan, study. Hampir pukul 8 pagi, aku naik bilik, bersiap pergi kelas. Break tengahari aku lepak bilik zimah sambil tumpang solat zohor. Petang, kelas aku habis awal daripada diorang. Aku mandi awal-awal pastu study kat bilik bacaan. Maghrib tumpang bilik zimah kat aras 2. Pastu aku ajak Hanun temankan aku makan kat cafe B2, cafe abang pie yang heaven tu. Lepas makan, sambung study lepas tu bila dah mengantuk, baru aku naik bilik kat aras 3. Basuh muka. Gosok gigi. Tidur. Esoknya pun macam tu la.

Tapi, rajuk aku berterusan sampai hari rabu je. Sebabnya diorang memang pandai pujuk. Masa tu, lepas maghrib. Aku ada test biology malam tu. so, lepas solat kat bilik Zimah, aku naik bilik untuk bersiap. Dan, sila teka ada apa atas meja aku?

hahaha..ada sebiji mexico bun yang besar, dihiasi dengan coklat dan chocky-chocky tertulis SORRY atas bun tu. Then, ada 3 keping surat kat bawah bun ditanda tangani oleh mereka-mereka bertiga dengan ayat-ayat mintak maaf yang entah apa-apa. Setiap sorang bagi satu surat. Endingnya, aku menduduki test malam tu, dengan hati yang tenang. Esoknya, baru la kami buka hamper yang aku menang tu sama-sama.

Sekarang, dah 3 tahun kami berpisah. Tak sangka. 3 tahun ni menjadikan kami semakin dewasa. Mengenal orang lain yang selain daripada kelompok kami. Ainun dan tiehah yang single masa tu, sekarang dah ada pilihan hati. Tak sangka sekali lagi. Sebab dulu kami anti-couple. Zeqt yang dulu hangat bercinta dengan Li, sekarang dah single. Entah bila kami boleh berkumpul sama-sama, cukup 4 orang. Masing-masing sibuk dengan hidup masing-masing. Tapi, kami tak pernah lost contact.

If some people wish to back to that time, I won't. Sebab, walau bagaimana manis dan indah pun kenangan tu, ia tetap kenangan. Hari ini, tetap hari ini yang harus kita lalui. Kenangan dan pengalaman tu mendewasakan aku. Tiehah, Ainun dan Zeqt menjadi insan yang paling rapat dengan aku kat bumi Gambang masa tu. And friendhip of us is never die, it's will still alive as long as we still in this earth.

Sebagai manusia, kita tak mungkin mampu mengulangi peristiwa-peristiwa tu 100% sama dengan apa yang kita dah pernah lalui. Tapi, kita mampu untuk terus mengingatinya sebagai kenangan. Kenangan yang memberi secalit senyuman disaat kita berduka. Kenangan yang memberi amaran saat kita memerlukan peringatan. Kenangan yang memberi kita kekuatan saat kita jatuh terduduk. Kenangan yang memberikan kita kematangan, mengajar kita menghargai kehidupan, mengertikan kita pada kedewasaan dan memahamkan segala setiap warna dan teka teki yang pernah kita cuba selesaikan.

Apa kenangan sekali pun, ia tetap kenangan yang memberi erti. Jika ia tiada erti, maka kita harus berikannya erti. Sebab setiap kenangan itu mempunyai erti tersendiri, melainkan kita yang cuba menghilangkan ertinya. Jadi, ertikan kenangan kita, ertikan hidup kita!

Kenangan itu, selembut salju yang berlalu, sedingin salji yang membeku, seputih kasih yang layu. Percayalah..




Sunday, September 19, 2010

gabungan cerita itu dan ini.

salam..

today:19/9/2010 bersamaan 10 syawal 1431 hijrah, @kerteh.

raya dah 10 hari lepas. sepanjang raya ni kes pembunuhan datuk sosilawati memang jadi tumpuan, termasuklah aku dan keluarga. tak nak komen panjang sebab surat khabar dah bagi ulasan panjang lebar. yg penting, pembunuhan ini SANGAT KEJAM.

tanggal 9/9/2010, sehari sebelum aidilfitri disambut, genaplah 10 tahun abah pergi tinggalkan kami. sayu hati, tuhan sahaja yang tahu. perginya abah disaat kami adik beradik masih perlukan belaian, kasih sayang dan tunjuk ajarnya. perginya abah, tak sempat untuk melihat kami membesar. walau menggunung rindu aku pada abah sekali pun, aku tahu abah tak kan kembali. aku pasrah dan redha, sebab kasih dan ingatan terhadap abah tetap mengiringi perjalanan hidup aku. Al-fatihah buatmu abah, mokhtar bin salleh.

18/9/2010 hari sabtu. Lahirlah seorang puteri, bertambahlah seorang lagi anak saudara aku. Namanya belum ditetapkan lagi. Aku suggest Siti Nur Syifa Amanda binti Amirudin Zaidi yang bermaksud cahaya penawar yang dikasihi/disayangi. my younger sis suggest Siti Nur Insyirah and my other sis suggest Siti Nur Fitra. Then, abang aku pun pening nak memilih yang mana. tak kisah lah, yang penting, baby ini akan tmbuh membesar, menjadi anak kebanggaan ibu bapa, menjadi puteri penawar kehidupan kami semua. By the way, Siti Nur Imani, u're a sis now! tak boleh over2 manja lagi dah. hahaha(padahal Imani baru 2 tahun!)

oh ya, tiket nak g skudai belum beli lagi! Graduation day!

Thursday, July 08, 2010

hidup oh hidup~



hidup tanpa masalah, maknanya tak ada cabaran kan?tapi, hidup yang penuh dengan masalah..perit, sakit! menerima perkhabaran tidak berapa baik dari keluarga, masalah datang macam bertimpa-timpa. Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami..

Thursday, April 08, 2010

kerana aku menyayangi mereka..

Ya Allah pencipta yang maha agung, di pagi yang hening ini aku bermohon kepadaMu.. selamatkanlah kaum keluargaku, selamatkanlah ikatan perkahwinan di dalam keluarga ku, kukuhkan lah kepercayaan sesama kami, kuatkanlah hati kami menghadapi godaan-godaan luar, sesungguhnya kami hanyalah insanmu yang lemah Ya Allah..

Aku tidak sanggup untuk kehilangan walau seorang pun diantara mereka Ya Allah.. Aku tak sanggup untuk melihat ikatan suci yang terbina bertahun lamanya terlerai. Aku tak sanggup melihat kasih sayang yang sekian lama tersemai, berkubur begitu saja.. sesungguhnya aku sangat menyayangi mereka kerana merekalah nadi hidup aku selama ini.. keluarga aku, adalah segala-galanya.. aku tak sanggup untuk melihat kehancuran, hanya kerana hadirnya orang yang langsung tiada kena mengena dengan hidup kami!

bantulah aku Ya Allah, bantulah kami Ya Allah. Bantulah mereka untuk membuat perhitungan dengan bijak, bantulah mereka untuk menggunakan akal fikiran dengan sewaras yang mungkin. Bantulah kami untuk berhadapan dengan kemelut ini sebijak yang mungkin. Bantulah kami untuk membetulkan segalanya agar keadaan pulih seperti sedia kala. Bantulah kami untuk bertindak sebagaimana tindakan dan pemikiran org dewasa.Bantulah, bantulah, bantulah kami Ya Allah..

Ya Allah tuhan yang maha agung, tenangkan hati aku..tenangkan hati mereka. kembalikankanlah kami, sedia kala bahagia seperti suatu ketika dulu..bantulah aku Ya Allah, bantulah kami..kerana aku menyayangi mereka dan aku tidak mahu kehilangan walau seorang pun diantaranya!

Saturday, March 27, 2010

intisari

salam..
menjenguk space ni selepas sekian lama menyepi..sem yang sunggu sibuk, insyaAllah akan tiba ke pengakhiran. Semalam marathon test, test entrepreneurship ari khamis, test biosensor and biochem transformation ari jumaat. Minggu lepas baru habis lab work untuk psm, penat xyah cakap. Hujung mnggu ni baru rasa nikmat hujung mnggu, lepas hampir 1 sem menghabiskn hujung minggu kt lab. Tapi, assignment biochem n biotransformation, biosensor, food microbes dengan entrepreneurship tengah mnunggu. Slide power point untuk presentation psm hari selasa ni, xsiap lagi. wish me luck 4 da presentation!
lepas tu, 5-16 hb final exam. 5 paper menanti.

then, berakhirlah riwayat sebagai seorang pelajar UTM..hehe

doakan aku moga2 perjalanan idup yg sterusnya, mampu aku lalui dgn matang dan tenang..

Thursday, February 11, 2010

coretan di pagi hari

jam sekarang menunjukkan angka 3.55 minit pagi..uwaarrrggg..baru balik dari bilik rehat siswa, meng'edit'kan report temubual keusahawanan dengan hanim dan moky..penat sangat, bayangkan dari pukul 9.30 tadi lagi sampai pukul 3.30 pagi.. dalam 6 jam jugak laa, tapi video baru dapat 6 minit!! ahaha..maklumlah, masing2 baru nak belajar pakai software tu..

tapi tadi, bengang gila.. one of my buddy bagitahu, kak ****** marah aku tadi.. allo cikkak, kalau nak marah, marah la depan2, tak payah nak pesan2 dekat orang.. tapi, kesian gak my buddy sebab terpaksa dengar dia berleter sorang2.. my dear sis (biasalah master student, kerek nak mampus kan??) kalau dah emosi kamu yang tak stabil, balik je dok bilik sampai dah stabil balik.. ni tak, duk cari gak salah orang lain semata2 nak lepaskan emosi tu.. tak pun diam sudah..

ni tak, boleh pulak kate aku and my buddy ni malas..yang kitorang tunjuk muka kat lab tiap2 ari tu ape?? tak cukup rajin lagi ke?.. pastu boleh pulak kata, 'saya boleh je kalau nak suruh doctor extend kan awak berdua'...amboi akak, itu dah melampau.. selama ni kami jadik pendengar setia masalah2 akak, hari ni ugut sampai macam tu pulak?..

secara jujurnya, aku malas nak cari gaduh.. memang akak hebat, kami akui tangan akak tangan emas, sekali buat experiment, terus jadi..tapi jangan expect kami boleh jadi macam tu..tlg jangan expect orang lain ada tangan emas macam akak tu.. so, lepas ni (esok)..aku nak masuk lab macam biasa, buat bodoh je dengan dia..tak nak senyum, tak nak terhegeh2 pergi tegur dia.

sabarlah wahai hati, 3bulan je lagi nak habiskan masa kat sini~

Wednesday, September 30, 2009

salam lebaran

salam...
salam lebaran dan salam 1 malaysia (sbb sana sini orang dok sebab salam 1 malaysia je). sedar tak sedar, dah hampir 9bulan aku tak menjenguk blog ni rupanya. 1 tempoh yang agak lama dan dalam tempoh tu, macam macam yang dah berlaku.

sebelum terlupa, salam lebaran buat semua walaupun dah terlewat hampir 2 minggu..hehe biasalah, aku memang suka wish lambat2..bestkan raya? pada aku, tak ada benda dalam dunia ni yang lagi best melainkan 1 waktu dimana kita boleh berkumpul dengan semua adik beradik kita. for those that come from the small family, korang munking tak rasa sangat kot. tapi, pada aku yang datang dari keluarga yang besar (anak ke-7 daripada 10 org adik beradik), perhimpunan antara kami adalah 1 nikmat. bila kami berkumpul, macam2 cerita zaman kecil2 dulu yang terkeluar. orang tu kena rotan dengan mak la, orang ni degil la, orang tu kena denda la, kena marah la..macam2..

daripada 10 orang adik beradik, just adik bongsu aku je yang stay kat rumah and temankan mak. orang lain masing2 dah berumah tangga dan duduk asrama, masing masing ada kehidupan sendiri. boleh dikatakan, untuk kami berkumpul 10 orang serentak, dalam satu masa kat rumah mak tu adalah perkara yang sangat2 sukar..(dalam 5 6 tahun, adalah sekali dua) . abang long selalu cakap kat aku, bila adik adik dia semua dah besar, dia rasa sedih sangat. sebab, susah sangat dia nk jumpa dengan adik adik dia sekaligus. tambah lagi, bila adik adik dah berkahwin dan membina keluarga sendiri, makin susah untuk mengatur masa. betul kata abang long, semakin kita meniti alam kedewasaan, semakin kita cuba membina kehidupan kita sendiri, semakin itulah kita akan semakin jauh daripada adik beradik. justeru, hanya orang orang yang sedar tentang hakikat ni je yang akan berbuat sesuatu.

apabila dah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, sekaligus kita akan sibuk menguruskan institusi kekeluargaan kita yang baru nak betatih, sibuk menguruskan kerjaya dan pelbagai lagi hal dalam kehidupan seharian. tanyalah pada diri sendiri, rindu atau tidak pada zaman kanak2 dahulu? terpulang la apa jawapan kalian, tapi pada aku, zaman kanak2 adalah momen terindah aku! waktu itu, sahabat aku adalah adik beradik aku, dan mereka juga lah musuh aku.
sedih mengenangkan akak aku yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. selepas ni, dia dah jadi milik orang, dia bukan lagi milik kami sahaja. tapi, aku juga gembira. kerana, dia melalui fasa kehidupan dengan normalnya. dari seorang kanak2, mebesar menjadi gadis remaja, menceburi alam kerjaya dan seterusnya membina keluarga sendiri. sesungguhnya, inilah putaran kehidupan dan setiap dari kita akan melalui fasa yang sama( jika dipanjangkan umur dan ada jodoh).

berbicara mengenai putaran kehidupan, memang mengasyikkan. tapi sebenarnya, cerita putaran kehidupan tidak akan pernah mempunya penghujung. kerana, selagi kehidupan itu mempunyai hati, selagi itulah cerita-cerita baru akan terus muncul di setiap helaian perjalanan kita. kekeluargaan, percintaan, persahabatan, alam persekolahan, hati dan perasaan..semuanya cerita kehidupan. entahlah, kadang2 aku sendiri keliru dengan kehidupan.

walau apa pun, aku tetap mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga. walau jarang kami bertemu mata, tapi hati kami tetap terikat bersama kerana darah yang mengalir dalam tubuh kami adalah dari ibu dan bapa yang sama. setiap denyut nadi dan degup jantung kami, tak pernah padam akan ikatan antara satu sama lain. untuk kembali kepada memori zaman kanak-kanak, itu adalah mustahil. kerana, hidup perlu diteruskan. biarlah memori itu menjadi pengubat apabila rindu menjelma...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...