Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Sunday, October 24, 2010

Imbauan Bumi Gambang


Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Aku baru je menghabiskan novel pendek hlovette -Gurindam Jiwa -Schubert's Serenade. Ternyata hlovate membawa aku mengimbau segala kisah dan kenangan masa zaman remaja aku kat matrikulasi dulu. Segala ape yang dicoret oleh hlovate benar-benar membuatkan aku termenung sekejap dan mengenang kembali cerita-cerita lama yang penuh dengan kenangan tu. Kalau tak silap, aku mendaftar kat kolej matrikulasi pahang (KMPh) tanggal mei 2006. Bermula tarikh tu, aku mengenali insan-insan yang memberi warna pada aku masa tu.

Fatihah Asmui, Nor Izati Ibrahim, Sharifah Ainun Nor Khaidzi. mereka bertiga ni la roomate aku sepanjang setahun kat bumi Gambang tu. Kenangan yang tak mungkin aku boleh lupakan ialah masa aku merajuk dengan mereka bertiga. Sebab yang cukup bodoh kalau aku ingat balik! Hahaha..aku merajuk sebab diorang balik, tinggalkan aku sorang-sorang kat bilik tu, masa hujung minggu. Padahal minggu tu, aku menang pertandingan pidato KMPh. Aku dapat hamper besar gedabak. Aku ingatkan diorang nak celebrate sama-sama dengan aku, masa tu aku rasa diorang tak sayang aku pun. Walhal, kami berempat ni ialah roomate yang sangat-sangat rapat. Al-kisahnya, aku pun kecil hati dan merajuk.

Bila hari Ahad, mereka bertiga dah balik bilik, aku buat tak tahu je. protes tanda AKU MERAJUK!. Aku keluar, lepak bilik hanun, study kat bilik bacaan, tumpang solat kat bilik Zimah. Masa tu rutin aku, bangun pagi lepas mandi dengan solat, aku turun bilik bacaan, study. Hampir pukul 8 pagi, aku naik bilik, bersiap pergi kelas. Break tengahari aku lepak bilik zimah sambil tumpang solat zohor. Petang, kelas aku habis awal daripada diorang. Aku mandi awal-awal pastu study kat bilik bacaan. Maghrib tumpang bilik zimah kat aras 2. Pastu aku ajak Hanun temankan aku makan kat cafe B2, cafe abang pie yang heaven tu. Lepas makan, sambung study lepas tu bila dah mengantuk, baru aku naik bilik kat aras 3. Basuh muka. Gosok gigi. Tidur. Esoknya pun macam tu la.

Tapi, rajuk aku berterusan sampai hari rabu je. Sebabnya diorang memang pandai pujuk. Masa tu, lepas maghrib. Aku ada test biology malam tu. so, lepas solat kat bilik Zimah, aku naik bilik untuk bersiap. Dan, sila teka ada apa atas meja aku?

hahaha..ada sebiji mexico bun yang besar, dihiasi dengan coklat dan chocky-chocky tertulis SORRY atas bun tu. Then, ada 3 keping surat kat bawah bun ditanda tangani oleh mereka-mereka bertiga dengan ayat-ayat mintak maaf yang entah apa-apa. Setiap sorang bagi satu surat. Endingnya, aku menduduki test malam tu, dengan hati yang tenang. Esoknya, baru la kami buka hamper yang aku menang tu sama-sama.

Sekarang, dah 3 tahun kami berpisah. Tak sangka. 3 tahun ni menjadikan kami semakin dewasa. Mengenal orang lain yang selain daripada kelompok kami. Ainun dan tiehah yang single masa tu, sekarang dah ada pilihan hati. Tak sangka sekali lagi. Sebab dulu kami anti-couple. Zeqt yang dulu hangat bercinta dengan Li, sekarang dah single. Entah bila kami boleh berkumpul sama-sama, cukup 4 orang. Masing-masing sibuk dengan hidup masing-masing. Tapi, kami tak pernah lost contact.

If some people wish to back to that time, I won't. Sebab, walau bagaimana manis dan indah pun kenangan tu, ia tetap kenangan. Hari ini, tetap hari ini yang harus kita lalui. Kenangan dan pengalaman tu mendewasakan aku. Tiehah, Ainun dan Zeqt menjadi insan yang paling rapat dengan aku kat bumi Gambang masa tu. And friendhip of us is never die, it's will still alive as long as we still in this earth.

Sebagai manusia, kita tak mungkin mampu mengulangi peristiwa-peristiwa tu 100% sama dengan apa yang kita dah pernah lalui. Tapi, kita mampu untuk terus mengingatinya sebagai kenangan. Kenangan yang memberi secalit senyuman disaat kita berduka. Kenangan yang memberi amaran saat kita memerlukan peringatan. Kenangan yang memberi kita kekuatan saat kita jatuh terduduk. Kenangan yang memberikan kita kematangan, mengajar kita menghargai kehidupan, mengertikan kita pada kedewasaan dan memahamkan segala setiap warna dan teka teki yang pernah kita cuba selesaikan.

Apa kenangan sekali pun, ia tetap kenangan yang memberi erti. Jika ia tiada erti, maka kita harus berikannya erti. Sebab setiap kenangan itu mempunyai erti tersendiri, melainkan kita yang cuba menghilangkan ertinya. Jadi, ertikan kenangan kita, ertikan hidup kita!

Kenangan itu, selembut salju yang berlalu, sedingin salji yang membeku, seputih kasih yang layu. Percayalah..




Tuesday, October 12, 2010

terbang


terbang kau hilang
di balik kelat, warna sebuah rasa
manis itu seperti pahit
masin menjadi masam
kadangkala
semua tawar, hambar.

terbang kau hilang,
kerana jiwa yg tiada kepastian
sepertinya segala sekadar biasa
biasa? ya biasa.
siapa aku? siapa kamu?
renungan tanpa makna
gelengan tanpa suara

terbang kau hilang
di balik pekat, bayangnya malam
gelap, teraba-raba
semakin pekat, terduduk

terbanglah
setinggi mana mahu mu
sejauh mana hendak mu..
hilanglah menjauh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...