Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..
Showing posts with label nenek. Show all posts
Showing posts with label nenek. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Nenek, ubi dan lori


Situasi sebenar: Seorang nenek pergi ke kedai beli ubi,
tiba2 dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama: "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari"

Harian Metro: "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan!"


Utusan : "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"


Harakah: "Kami tiada beca"


Malaysiakini: "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah"


Obefiend: "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."


Twitter @NajibRazak: "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti
dan digemari rakyat!"


Blog Melayu paranoid: "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."


Ibrahim Ali: "Sampai bila kita nak tengok nenek2 Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang
Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera: "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca
Gangster."


Mastika: "Misteri penarik beca: temubual esklusif dengan hantu ubi."


Samy Vellu: "Beca tak bayar tol dicari."

[Sumber asal]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...