Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..
Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

hidup adalah tak terjangka.

Life is unexpected. Hidup adalah tak terjangka. Dulu, ayat ni sekadar ayat pada aku. Sekarang, aku akui kebenaran ayat ni. Kenapa?

1. Masa dulu-dulu, aku sekadar berangan nak memandu kereta. Pertama, aku takut. Kedua, aku rasa macam tak penting dan tak perlu. Ketiga, aku rasa memandu kereta di jalan raya sangat susah, terutamanya masa belajar memandu dulu dengan cikgu yang potpet-potpet kat sebelah. Bulan Januari tahun lepas, jangan kata nak memandu kereta tapi nak pegang stereng pun aku tak nak. Tapi sekarang, sehingga Febuari 2012, aku dah eksplore satu pahang, dari Kuantan sampailah ke Kuala Lipis, Muadzam dan Cameron Higland. Kuantan-Terengganu, Terengganu-Kota Bharu tu biasa je. Aku dah boleh memandu ke KL sorang diri, pergi Mid Valley walaupun sesat, pergiThe Curve pun tak ada masalah. Aku cuma nak sampaikan, setahun yang lepas, aku tak berani memandu. Tapi sekarang, aku bebas nak pergi kemana saja.

2. Setahun yang lepas jugak, Januari 2011 aku tak terfikir nak beli kereta. Aku tak pernah terfikir nak beli kereta di usia 23 tahun, dengan hasil titik peluh aku sendiri, sebab aku rasa aku tak mampu. Tapi alih-alih April 2011, TBC 5104 dah jadi milik aku. Eh, rupa-rupanya aku mampu! walaupun sekadar Myvi SE. Inilah harta pertama aku yang betul-betul mahal. Kalau orang kata aku bangga tak bertempat, katalah. Aku tetap bangga sebab dari awal beli sampai sekarang aku tak pernah dapat suntikan dana tambahan daripada mak atau abang atau kakak-kakak aku, untuk sebarang bayaran melibatkan kereta aku. Aku tak guna duit orang lain.

3. Aku tak pernah sangka yang aku akan menimba pengalaman di Giant, sebab totally different daripada bidang yang aku ambil masa belajar dulu. Tapi aku ikhlaskan hati timba ilmu dalam bidang peruncitan. Aku juga tak pernah sangka yang aku akan jadi sebahagian daripada warga kerja Pfizer, syarikat farmasi no.1 di Malaysia. Di Pfizer juga, banyak aku belajar. Melihat sisi pergaulan yang berbeza dimana 99% warga kerja merangkap sahabat sepejabat adalah bukan melayu islam. Aku keluar dari zon selesa, dan siapa kata melayu-cina-india tidak boleh bersahabat?

4. Aku juga tak pernah berangan untuk diterima menjadi salah seorang warga Nestle, syarikat pengeluar makanan terbesar di Malaysia. Masa belajar dulu, aku melihat alangkah bertuahnya kalau aku diterima bekerja dengan syarikat besar macam ni. Dan, aku tak sangka, aku ada tuah itu.

5. Dari segi pendapatan, Alhamdulillah syukur. Setahun yang lalu, aku pun tak sangka aku akan mendaki tangga gaji seperti sekarang. Bermula dengan RM1800 sahaja, gaji fresh graduate masa dengan Giant dulu, aku bersyukur walaupun gaji aku sekarang tak la sampai 5K. Untuk bermewah, mungkin belum masanya, tapi cukuplah untuk aku selesa, sambil-sambil berbakti kepada mak dan adik-adik.

Aku tak sangka, dalam masa setahun, banyak benda yang aku tak sangka, aku dapat. Ini semua bukan perancangan aku, dalam masa setahun.
Jadi, macam mana dengan setahun akan datang?
Aku rancang nak beli rumah, sekarang slow-slow survey.
Tak perlu besar, tapi cukuplah aku berpuas hati, kalau itu hasil usaha aku sendiri.

Post ini bukan untuk aku berlagak, bangga diri, menunjuk-nunjuk aku hebat dan sebagainya. Belum cukup tinggi untuk aku rasa macam tu, tapi apa yang aku ada dah cukup banyak untuk aku bersyukur. Alhamdulillah, Allah beri lebih daripada apa yang aku minta.

life is unexpectedkan?

sebab tu lah orang kata, kita merancang, Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancangan adalah daripada Dia.

p/s: pernah tengok drama life unexpected kat saluran Diva, 702? best..

Thursday, October 20, 2011

segalanya aku



celaru aku tidak tahu
tertekan aku jadi bosan
pusing sungguh aku pening
penat dalam dunia sendiri aku sesat
lelah aku bukan insan tabah
keliru aku tidak mengerti walau satu
kecewa seperti mahu gila
kosong seakan sunyi laluan lorong
gopoh aku terasa bodoh
jatuh aku tidak mampumelangkah
bisu aku hanya kaku

segalanya tentang aku
hidup aku
mati aku
ditengahnya perjalanan berliku

terasa mahu rebah
akan adakah tangan gagah
menghulur ikhlas diri
membawa aku berdiri kembali?

oh tuhan, tolong aku.

19 oct 2011, 11 pm


* Pernah tak, saat kamu merasa celaru, tidak tahu apa harus kamu fikir, tidak mengerti apa kamu rasa, seolah-olah nak lenyapkan jasad kamu dari dunia jika kamu mampu, nak menjerit sekuat habis melepas segala beban yang kamu sendiri tak tahu beratnya berapa dan banyak mana, seperti nak keluarkan satu demi satu sel dalam otak agar kamu boleh selesaikan segala persoalan yang kamu sendiri tak tahu dimana harus kamu mula, waktu kamu tenggelam dalam dunia yang kamu sendiri hilang. Aku percaya dan aku pasti, kamu dan aku selalu dalam situasi begini!

Friday, June 17, 2011

It's not easy..


It's about 2 months I working with Pfizer, as medical representative. Honestly it's not easy. To be in a field that mostly conquered by chinnese and i'm the minority, it's not easy. But, most of colleague will remember my face and my name,even my boss and top management! bcz i'm the minority. and doctors will look me like weird and excited (most of malay doc) bcz its very rarely to see a malay girl wearing tudung and baju kurung became a medical rep.

However, this job is not easy. dealing with cerdik pandai people make me became fuhhhh! be patient, its not easy to build rapport with them. Yeah again, it's not easy.

what best about this job is, i'm not a working hour people. Go to office at 8.30 a.m, reply email or any related job, then go to field on 10.30 a.m, and I can back home as early as 3.00 p.m. Just meet specialist, doing product detailing and complete my 9 calls, it's enough for that day. But it's not easy.

How difficult this job, I must do the best. Although it's not easy. And i know, for all this, I just need times..

Tuesday, April 05, 2011

pssttt...cerita panas GXSI!

panas, panas, panas!bukan cuaca panas, bukan suhu bilik ini yang panas. Tapi ada cerita panas di sini. Tidak panas pada anda yang tiada kaitan, tapi panas untu warga kerja Giant superstore Sri Manja.

Our store manager, Mr. Lim Ching Seng a.k.a Mr CS Lim telah meletak jawatan dengan notis 24 jam pada 31hb March 2011 dipercayai kerana tekanan dan konflik dengan our Area manager, Mr. Simon Yong Seng. Mr Lim, kami akan merindui mu, boss.

Seterusnya, Mr Khairul Puad selaku Grocery division head juga mengikut jejak langkah Mr CS Lim. Berhenti kerja pada 1 April 2011, sehari selepas Mr. CS Lim dengan menyerahkan notis 24 jam selepas bergaduh dengan Mr. Chia, a manager from Giant superstore Desa Petaling (sangat kerek). OMG, walaupun ramai yang suka dengan perletakan jawatan En. Khairul, kami barisan executive sangatlah terkesan dengan ketiadaan beliau. Sebabnya, kerja dia yang berlambak yang masih tertangguh, kami yang kena siapkan. Haruslah kami, kalau tidak siapa lagi? Tak mungkin nak serahkan ke division GMS atau fresh market. Owh, kerja bertambah! Ditambah lagi, hanya tinggal 3 orang executive yang akan menerajui grocery division. Mr. Paul akan ditugaskan ke Sarawak tepat 15hb April nanti, tinggallah aku dan Abang Idy meneruskan sisa sisa perjuangan. How if I get the offer from pfizer? (really hope that job will be mine because it's really tired to be a part of GIANT!)..tinggal lah abang Idy seorang diri..hehe

And introduce, Mr Ling Do Yu, Our new store manager (pinjam store manager sunway, hehe).. After 2 days, nampak bos ni macam ok, tapi sangat berdisiplin. Sedikit takut dan cuak, tapi aku cuba bertahan.

Akhir kata, aku tak sabar sangat nak BLAH! cepat lah dapat offer lain....
bye-bye GXSI!

Sunday, October 24, 2010

Imbauan Bumi Gambang


Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Aku baru je menghabiskan novel pendek hlovette -Gurindam Jiwa -Schubert's Serenade. Ternyata hlovate membawa aku mengimbau segala kisah dan kenangan masa zaman remaja aku kat matrikulasi dulu. Segala ape yang dicoret oleh hlovate benar-benar membuatkan aku termenung sekejap dan mengenang kembali cerita-cerita lama yang penuh dengan kenangan tu. Kalau tak silap, aku mendaftar kat kolej matrikulasi pahang (KMPh) tanggal mei 2006. Bermula tarikh tu, aku mengenali insan-insan yang memberi warna pada aku masa tu.

Fatihah Asmui, Nor Izati Ibrahim, Sharifah Ainun Nor Khaidzi. mereka bertiga ni la roomate aku sepanjang setahun kat bumi Gambang tu. Kenangan yang tak mungkin aku boleh lupakan ialah masa aku merajuk dengan mereka bertiga. Sebab yang cukup bodoh kalau aku ingat balik! Hahaha..aku merajuk sebab diorang balik, tinggalkan aku sorang-sorang kat bilik tu, masa hujung minggu. Padahal minggu tu, aku menang pertandingan pidato KMPh. Aku dapat hamper besar gedabak. Aku ingatkan diorang nak celebrate sama-sama dengan aku, masa tu aku rasa diorang tak sayang aku pun. Walhal, kami berempat ni ialah roomate yang sangat-sangat rapat. Al-kisahnya, aku pun kecil hati dan merajuk.

Bila hari Ahad, mereka bertiga dah balik bilik, aku buat tak tahu je. protes tanda AKU MERAJUK!. Aku keluar, lepak bilik hanun, study kat bilik bacaan, tumpang solat kat bilik Zimah. Masa tu rutin aku, bangun pagi lepas mandi dengan solat, aku turun bilik bacaan, study. Hampir pukul 8 pagi, aku naik bilik, bersiap pergi kelas. Break tengahari aku lepak bilik zimah sambil tumpang solat zohor. Petang, kelas aku habis awal daripada diorang. Aku mandi awal-awal pastu study kat bilik bacaan. Maghrib tumpang bilik zimah kat aras 2. Pastu aku ajak Hanun temankan aku makan kat cafe B2, cafe abang pie yang heaven tu. Lepas makan, sambung study lepas tu bila dah mengantuk, baru aku naik bilik kat aras 3. Basuh muka. Gosok gigi. Tidur. Esoknya pun macam tu la.

Tapi, rajuk aku berterusan sampai hari rabu je. Sebabnya diorang memang pandai pujuk. Masa tu, lepas maghrib. Aku ada test biology malam tu. so, lepas solat kat bilik Zimah, aku naik bilik untuk bersiap. Dan, sila teka ada apa atas meja aku?

hahaha..ada sebiji mexico bun yang besar, dihiasi dengan coklat dan chocky-chocky tertulis SORRY atas bun tu. Then, ada 3 keping surat kat bawah bun ditanda tangani oleh mereka-mereka bertiga dengan ayat-ayat mintak maaf yang entah apa-apa. Setiap sorang bagi satu surat. Endingnya, aku menduduki test malam tu, dengan hati yang tenang. Esoknya, baru la kami buka hamper yang aku menang tu sama-sama.

Sekarang, dah 3 tahun kami berpisah. Tak sangka. 3 tahun ni menjadikan kami semakin dewasa. Mengenal orang lain yang selain daripada kelompok kami. Ainun dan tiehah yang single masa tu, sekarang dah ada pilihan hati. Tak sangka sekali lagi. Sebab dulu kami anti-couple. Zeqt yang dulu hangat bercinta dengan Li, sekarang dah single. Entah bila kami boleh berkumpul sama-sama, cukup 4 orang. Masing-masing sibuk dengan hidup masing-masing. Tapi, kami tak pernah lost contact.

If some people wish to back to that time, I won't. Sebab, walau bagaimana manis dan indah pun kenangan tu, ia tetap kenangan. Hari ini, tetap hari ini yang harus kita lalui. Kenangan dan pengalaman tu mendewasakan aku. Tiehah, Ainun dan Zeqt menjadi insan yang paling rapat dengan aku kat bumi Gambang masa tu. And friendhip of us is never die, it's will still alive as long as we still in this earth.

Sebagai manusia, kita tak mungkin mampu mengulangi peristiwa-peristiwa tu 100% sama dengan apa yang kita dah pernah lalui. Tapi, kita mampu untuk terus mengingatinya sebagai kenangan. Kenangan yang memberi secalit senyuman disaat kita berduka. Kenangan yang memberi amaran saat kita memerlukan peringatan. Kenangan yang memberi kita kekuatan saat kita jatuh terduduk. Kenangan yang memberikan kita kematangan, mengajar kita menghargai kehidupan, mengertikan kita pada kedewasaan dan memahamkan segala setiap warna dan teka teki yang pernah kita cuba selesaikan.

Apa kenangan sekali pun, ia tetap kenangan yang memberi erti. Jika ia tiada erti, maka kita harus berikannya erti. Sebab setiap kenangan itu mempunyai erti tersendiri, melainkan kita yang cuba menghilangkan ertinya. Jadi, ertikan kenangan kita, ertikan hidup kita!

Kenangan itu, selembut salju yang berlalu, sedingin salji yang membeku, seputih kasih yang layu. Percayalah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...