Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Wednesday, February 27, 2013

Soalan, jawapan dan perbezaan

Satu soalan biasa dengan jawapan yang sama, boleh memberikan reaksi dan kesan yang berbeza bagi orang yang berbeza.

Contohnya soalan biasa, "ada kat mane tu?"

Apabila kawan-kawan bertanya soalan tu dan kita dalam mood tidak serius, maka jawapan biasa kita mungkin "masih di Malaysia". Jawapan tu biasanya disambut dengan balasan gurauan.

"Lambat la kau ni. Aku dah ada kat US, nak fly ke Mexico pulak esok, macam mana nak travel sekali kalau gini".
"Terlepas flight ke? Bukan semalam kau patutnya dah ke Saudi?".
"Eh eh, aku ingatkan kau dah jejak bumi Australia".

atau balasan mesej agak kejam,
"aku taulah kau kat malaysia, kau mana mampu nak pergi cuci-cuci mata kat oversea. Specific location please"

Nampak macam tak ada apa-apakan? Malahan gurauan tu nampak macam hidup je. Kita bebas untuk memberi jawapan tak serius yang sangat main-main.

Tapi awas kalau yang bertanya tu adalah seorang 'kawan', maka jawapan biasa tu rupanya boleh mengundang situasi tidak biasa, tambah-tambah lagi kalau berada dalam mood yang tak berapa nak ok. Seorang 'kawan' mungkin menganggap itu jawapan yang sangat annoying, seolah-olah memberi isyarat yang "jangan tanya soalan macam tu boleh tak?". Jawapan main-main rupanya mungkin boleh mengundang rasa hati pada seorang 'kawan'. Siapa tahu?

Contoh soalan paling biasa lain, " Buat apa tu?" 

Kalau kawan-kawan yang bertanya, jawapan biasa kita mungkin, " tengah buat bodoh je".

Balasan jawapan daripada kawan-kawan jugak takkan kurang meriahnya.
"Yeah I know that, it's u. Totally u"
"Bila masa kau pernah buat benda cerdik pandai" atau lagi kejam,
"Tak payah buat, kau memang semula jadi macam tu"

Kebiasaan memberi jawapan begitu kepada kawan-kawan, akan memungkinkan kita untuk memberi jawapan yang sama kepada 'kawan' juga. Masalahnya, seorang 'kawan' mungkin tak akan menerima jawapan tu, sebagaimana penerimaan kawan-kawan yang lain. Cara jawapan "tengah buat bodoh" mungkin diinterpretasikan sebagai " saya tak ada mood, tolong jangan kacau saya sekarang" atau mungkin juga boleh disalah ertikan sebagai "suka hati sayalah nak buat apapun". Dari situ, tercetuslah masalah lain pulak yang mungkin kita takkan jangka.

Hati seorang 'kawan', dengan kawan-kawan memang tak sama. Bukan je cara nak jaga hati tu berbeza, bahkan cara nak memberi jawapan pada soalan-soalan biasa juga rupanya berbeza. Sekarang, nampak tak perbezaan yang cuba nak disampaikan ni? Soalan yang sama, dengan jawapan yang sama pada individu yang berbeza, kesannya juga berbeza. Tak percaya? silakan mencuba!

p/s: ini sekadar contoh.

Saturday, February 23, 2013

Pak long, Abah, Pak su: Anak-anak mereka.

Pandai dan cemerlangnya seseorang dalam pelajaran tak menjamin dia untuk hidup selesa di masa akan datang. Pelajaran memang boleh menjamin masa depan, tapi tak boleh menjanjikan masa depan tu selesa. Ramai orang yang pelajarannya biasa-biasa tapi apabila dalam alam kerjaya, mampu menjadi luar biasa dan mengalahkan orang yang lebih tinggi ilmu akademiknya.

Sekadar satu kisah yang buat aku terfikir semenjak dua menjak ni. Kisah sepupu-sepupu aku, belah arwah abah. Arwah abah ada 3 orang adik beradik, dan abah anak yang tengah. Pak long dan arwah pak su masing-masing ada 3 orang anak (arwah abah je ada 10 org).

Diakui anak-anak pak long memang pandai. Abang Zul(anak sulung) seorang jurutera senior di sebuah syarikat multinasional yang aku kurang pasti jurutera apa dan syarikat mana. Kak Wati (anak kedua) seorang pakar O&G di Hospital Seremban 2 tahun lepas, sekarang aku tak pasti dia dimana. Kak Tini (anak bongsu) seorang pensyarah kejuruteraan mekanikal di Politeknik Sabak Bernam. Anak-anak pak long memang semuanya berjaya dalam akademik dengan jawatan yang hebat.

Kami pula, anak-anak arwah abah (pak ngah) seramai 10 orang ni sekadar biasa-biasa saja. Ada yang tak belajar tinggi, ada yang sampai ke peringkat degree. Paling tinggi pun Kak Echah, setakat pendidikan master dalam  pengurusan maklumat. Kami memang biasa-biasa. Dikalangan kami sekadar seorang pensyarah, cikgu, eksekutif, tukang masak dan kakak-kakak suri rumah serta adik-adik yang masih lagi dalam pengajian. Tiada dikalangan kami yang jadi jurutera, apa lagi seorang doktor. Tapi pada aku, kami tiada beza dengan anak-anak pak long. Kami dan mereka tetap sama-sama pekerja, berbakti mengikut arahan majikan.

Anak-anak arwah pak su pula, tiada seorang pun daripada 3 orang tersebut yang pendidikan melepasi SPM (kalau tidak silap). Walaupun mereka tak ada ijazah atau sekurang-kurangnya diploma, tapi aku melihat mereka lebih berjaya berbanding kami. Ketiga-tiga anak paksu (semuanya lelaki yang aku dan adik beradik panggil along, angah dan yg bongsu Azrul) boleh bina hidup yang selesa lebih daripada kami. Arwah paksu dan maksu sememangnya akan berbangga bila tengok darah usahawan mengalir dalam diri anak-anak mereka. Sebab bermula daripada bawah, Along (mungkin yang jadi ketua kxepada adik-adiknya) tak takut untuk jatuh. Aku tak tahu berapa kali dia pernah jatuh, tapi aku tahu dia sentiasa bangkit. Kalau tak, takkan mungkin dia ada di tempat sekarang kan? Macam-macam perniagaan yang aku pernah dengar dia buat. Daripada kontrak mesin rumput, beberapa cawangan perniagaan ayam golek sehinggalah sekarang bergelar tauke monster burger.

Aku melihat anak-anak pak su lebih berjaya daripada kami, malah lebih berjaya daripada anak-anak pak long. Walaupun pendidikan akademik mereka tak setinggi kami, tapi keberanian dan semangat mereka jauh lebih hebat. Aku mengaku, sedikit cemburu melihat kejayaan anak-anak pak su. Tapi tak mengapa, itu bahagian mereka setimpal dengan usaha.

Untuk Azhar Razali a.k.a along, pengarah urusan Big Moms Recipe, semoga terus maju jaya dalam perniagaan. Mana lah tahu suatu hari nanti jenama monster burger akan duduk sebaris dengan jenama terkenal lain. Semoga juga, kami mampu meminjam semangat kalian untuk terus memajukan diri.

Bukan mengutuk atau mengata, bukan juga nak merendahkan sesiapa. Tulisan ini sekadar luahan setelah melihat perbezaan yang terjadi di antara kami sesama keluarga. Yang bendul dulu, takkan selamanya bendul. Yang bijak pula, tak semestinya akan terus hebat. Ingatlah. Ini sekadar kisah, akademik semata bukan penentu kejayaan masa depan.


p/s: tak guna ada anak bekerjaya hebat kalau mak ayah masih lagi menyewa di sebuah flat 2 bilik kan? Semoga walau ditahap mana pun kita berada, bakti pada orang tua tak kita lupa.

Tuesday, February 19, 2013

Perempuan dan memasak.

'Pandai macam mana pun perempuan, akhirnya kedapur jugak'

Kata-kata ni memang sangat terkenal. Hampir setiap mulut orang tua dulu-dulu duk sebut ungkapan ni. Sinis senada. Bagi telinga yang mendengar, ada yang mengiya kan, ada juga yang menidakkan. Terpulang, itu hak masing-masing. 10 Tahun dulu, aku dalam golongan yang menidakkan.

'Belajar je la pandai-pandai. Nanti dah kerja, ada duit, cari orang gaji. Orang gaji boleh tolong masak dan buat semua kerja rumah'. 

10 tahun dulu, aku pernah fikir macam tu. Naifnya aku 10 tahun yang dulu, aku tak suka ambil tahu hal masak-memasak. Ditambah pula dengan kehidupan berasrama seawal 13 tahun sampailah pengajian ijazah, menjadikan aku seorang yang tak pakar bab-bab bersilat dengan periuk kuali.  Bukan aku tak tahu langsung, tapi memasak bila hanya keadaan terdesak.

Sehingga hari ini, aku mengalami kesukaran untuk bezakan yang mana lengkuas, dan yang mana halia. Selalu tertukar. Mak kata lengkuas keras, tapi pada aku halia pun keras juga. Mak kata halia kecil sikit, tapi aku tengok selalu je lengkuas pun ada dalam saiz kecil. Bila aku kena beli lengkuas atau halia di kedai yang tak pamerkan label nama, aku kena tebalkan muka bertanya yang mana satu lengkuas, yang mana satu halia. Kunyit aku tahu, jangan risau.

Ada satu cerita masa aku tengah pilih sayur di supermarket. Seorang lelaki (mugkin pertengahan 20-an) datang kat aku, bawa sejenis sayur dan tanya, "awak, tumpang tanya. Ni bunga kubis kan?"

Serius, aku blur masa tu. Bunga kubis ke ni? macam bukan je. Eh, bunga kubis macam mana eh? Jadi aku pun jawab, " Bunga kubis ke ni? Entah, saya pun tak pasti. Cuba tanya akak kat timbang tu'.

Lepas tu, satu area sayur tu boleh dengar lelaki tu gelakkan aku sebab tak tahu tu adalah bunga kubis! Sekarang, aku berterima kasih kat lelaki tu. Sebab kalau dia tak tanya aku, mungkin aku masih lagi tak ambil tahu atau kurang pasti sayur tu namanya bunga kubis.

Tapi sekarang, aku faham kenapa orang dulu-dulu kata perempuan akhirnya ke dapur juga. Memang itu realiti. Sehebat mana pun perempuan, keinginan nak memasak memang akan ada bila sampai masanya. Dan itulah keinginan aku sekarang, memasak. Bak kata Maryani- tak ada perempuan yang tak pandai memasak, antara malas atau rajin je. Kau betul, kawan. Komen negatif menjadikan kita bersemangat untuk membaiki apa yang terkurang. Komen positif akan mejadikan kita bersemangat untuk sajikan sesuatu yang lebih hebat. Adalah satu perasaan yang cukup indah, bila hasil tangan kita lesap di balik suapan demi suapan dalam sekelip mata.

Tapi memasak, tak kan mungkin menjadi hobi aku. Mungkin untuk masa sekarang.

Friday, February 08, 2013

Tahniah Sahabat (4)

Berkawanlah bertahun-tahun pun, tapi kalau dah bukan jodoh memang bukanlah jawabnya. Akhirnya, masing-masing bawa haluan masing-masing. Vice versa, walau berkawan dalam masa yang singkat tapi kalau dah tertulis di Loh Mahfuz yang si dia tu adalah jodoh yang ditetapkan, maka ke jinjang pelamin juga akhirnya.

Tahniah untuk Nunu, salah seorang sahabat rapat sepanjang pengajian di utm dulu dan pasangannya Ahmad! Cerita Nunu ialah salah satu kisah yang aku kutip sepanjang perjalanan ni. Kisah yang mana, tempoh perkenalan bukanlah satu syarat untuk seseorang tu ambil keputusan melangkah ke alam matang. 9 bulan perkenalan mereka, dan Alhamdulillah kerana niat yang baik di awal perkenalan memudahkan urusan mereka untuk bersatu.

Sebelumnya, pernah berkawan dengan seseorang yang lain hingga memakan masa bertahun. Betul kata Nunu, seharusnya kita perbetulkan niat bila berkawan. Terima orang yang melamar kita untuk menjadi isteri, sanggup datang memohon restu daripada keluarga dan berterus-terang dengan bakal wali. Bukan sekadar yang melamar untuk dijadikan teman wanita, menyorok dan bersembunyi dari pengetahuan keluarga kerana selayaknya lelaki begitu adalah dayus. 

Buat Nunu, semoga terus berbahagia dalam meniti alam baru kehidupan. Semoga menjadi isteri,menantu, ibu dan anak yang mithali. Semoga yang baik-baik sahaja, yang akan mengiringi kehidupan mu. Tahniah sahabat, untuk alam baru yang sedang kamu langkahi.

p/s: I remember one of the Nunu's status. She wrote ' when he proposed me, I said YES'. Honestly i thought it was her somebody before because never heard about the clash story.

Tahniah sahabat (1)
Tahniah Sahabat (2)
Tahniah Sahabat (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...