Fail Jenayah Siri Akhir: Penganggur dihukum gantung sampai mati
Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)
SELEPAS lebih setahun sejak kes pembunuhan Pengacara Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM), Intan Yusniza Mohamad Yunus, 12, dan ibu angkatnya dilaporkan akhbar, mahkamah yang bersidang hampir mencapai kata putusnya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Ogos 1992 akhirnya membebaskan Zainuzzaman Mohd Jadasi daripada tuduhan membunuh Hanizah Ismail, 56, ibu angkat Intan Yusniza Mohamad Yunos yang turut dibunuh pada Jun 1991.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Zainuzzaman membela diri terhadap tuduhan kedua membunuh Intan.
Hakim membebaskan lelaki itu daripada tuduhan membunuh Hanizah, selepas lima daripada tujuh juri yang bersidang selama setengah jam memutuskan dia tidak bersalah.
Dalam perbicaraan sebelum itu, Zainuzzaman didakwa membunuh Hanizah di rumah bernombor 74, Blok V, Rumah Panjang, Jalan Kuchai Lama di sini di antara 22 dan 24 Julai tahun lalu.
Mokhtar berkata, pihak pendakwa gagal membuktikan secara positif bahawa lima utas gelang yang dijumpai di rumah tertuduh adalah kepunyaan mangsa.
Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan Zainuzzaman membela diri terhadap tuduhan kedua membunuh Intan, 12, di rumah bernombor 74, Blok V, Rumah Panjang, Jalan Kuchai Lama antara 22 dan 24 Julai 1991 kerana pendakwa raya berjaya membuktikan tertuduh mempunyai kaitan dengan pembunuhan Intan menerusi rantai berukir 慖ntan� yang dijual tertuduh.
Pada 17 Ogos 1992, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhirnya mendapati tertuduh bersalah membunuh Intan Yusniza lalu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Hakim membuat keputusan itu selepas enam daripada tujuh juri yang bersidang selama tiga jam, bersetuju tertuduh bersalah terhadap tuduhan membunuh Intan.
Tanpa seorangpun ahli keluarganya yang hadir ke mahkamah, tertuduh kelihatan tenang ketika hakim membaca hukuman terhadapnya.
Selepas keputusan dibaca, hakim bertanya kepadanya sama ada tertuduh ingin berkata apa-apa tetapi dia hanya mampu berdiam diri. Zainuzzaman kelihatan bersalaman dengan peguambelanya sebelum dibawa ke lokap.
Ketika menggulung hujah, hakim berkata, tertuduh dikaitkan dengan Intan kerana adanya seutas rantai bersama loket yang berbentuk perkataan Intan.
Tertuduh juga memberitahu mahkamah pada 23 Jun 1991, dia masuk ke rumah Intan kira-kira jam dua pagi melalui lubang angin di ruang dapur untuk mencuri.
Keputusan gantung sampai mati itu menyebabkan tertuduh membuat rayuan tetapi Mahkamah Persekutuan pada 29 September 1997 menolak rayuan itu sekali gus mengekalkan hukuman mati terhadapnya.
Dengan penolakan rayuan itu, Zainuzzaman diiring pegawai penjara ke suatu lokasi di Penjara Kajang pada 5 Oktober 2001. Kemudian kepalanya ditutupi kain dan lehernya dililit tali gantung.
Ketika gear ditarik, lantai di bawah kakinya terbuka dan jasadnya menjunam ke bawah. Lehernya dijerut tali gantung dan pada hari itu, berakhirnya satu daripada kisah pembunuhan yang pernah menarik tumpuan rakyat negara ini - selebriti Kelab Kanak-kanak Angkasapuri yang juga gadis sunti berusia 12 tahun, dibunuh seorang penganggur.
Wednesday, February 22, 2012
Dalam kenangan: Pembunuhan Intan Yusniza (2)
Kesudahan kes pembunuhan Intan Yusniza.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment