Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Tuesday, January 20, 2009

cerita taun baru yg dh terlewat?

salam...

alhamdulillah selepas sekian lama, aku kembali menjenguk blog ni..sepanjang november 2008 sehinggalah januari 2009, banyak peristiwa dan aktiviti yang telah mengisi masa2 aku sebenarnya..paling aku xlupa, salah sorg sahabat aku fahmi@moky kehilangan ayah tersayang pada 14 nov yang lalu. satu cabaran dan dugaan yang berat buat moky, apabila menerima berita tersebut di saat2 kami sedang menghadapi peperiksaan akhir subjek separation protein in industry. tapi, alhamdulillah jgk, result moky membanggakan..dengar2 kata dapat dean list lagi..takziah buat moky..tapi sebenarnya moky tetap bertuah, coz moky ada masa 20tahun sepanjang idup dia atas muka bumi ni untuk merasa kasih syg seorang ayah..berbanding dgn aku, aku juz sempat menatap abah aku selama 12tahun je sepanjang idup aku,beberapa hari be4 aku menghadapi peperiksaan upsr..tapi aku tetap bertuah krn berbanding adik aku yg bongsu, adik aku juz dapat rasa kasih abah smpai umur dia 7taun jer..rindu aku pada abah memang xterkira, dalam masa 12 tahun byk mana lah sgt kenangan antara kami?tapi aku ttp bersyukur krn sekurang2nya aku tetap ade kenangan dgn abah..aku,adik aku,moky n mereka yg kehilangan ayah diusia muda ttp bertuah kerana kami ade ayah n smpat menatap wajah ayah! kami tetap bertuah berbanding ramai kanak2 sekarang yg xpernah kenal sape ayah dan ibu mereka..

selepas abes final,aku stay kat hostel hampir sebulan jugak..pertamanya kena settlekan program kursus kepimpinan asas 2008 bermula 20-30 Nov 2008, satu program utk memilih bakat-bakat baru untuk dipilih sebagai pemimpin kolej. Bertempat di kolej dan Cameron Highland, program ni meluaskan lagi pergaulan aku..dan yang penting,walaupun barisan ajk n fasi ditugaskan utk membentuk mereka, kami sendiri belajar dari mereka..dalam kesibukan kem tersebut, hubungan sesama jkm dan mantan jkm semakin rapat..sedih mengenangkan menjelang 1 Jan 2009,aku dan kawan2 bkn lagi JKM KRP..sedih sebab JKM mengajar aku byk benda, mengajar aku erti ukhwah dalam organisasi..daripada tak tau apa-apa pasal program, sekarang aku yakin utk wat program sendiri..sbb jadi JKM jgk la aku kenal ramai org dan aku jumpa pelbagai ragam.

Sekarang, kepimpinan baru JKM KRP 09 dah pun terbentuk. Harapan aku, moga organisasi baru ni mampu menjaga KRP sebaik mungkin..

seterusnya, pada 9-11dis 2009 aku mengendalikan program dibawah fakulti dengan tanggungjawab sebagai ketua unit protokol. Tugas utama aku, handle dinner yang turut dihadiri oleh isteri Naib canselor, Datin DR. Zainah bt Mokhtar..tujuan utama kami adalah untuk meraikan anak2 PERNIM melalui program Jelajah Kasih Malaysia mereka.

Aku rindu pada Arif, kanak2 PERNIM yang dibawah jagaan aku spanjang 2 hari mereka di UTM. Sangat2 manja dan mudah didekati. Takkan lupa keletah dia yg nak main game kat pusat game, kemudian merajuk sebab bawak dia keluar. Tapi apalah budak yang umur staun lebih tu tau...abis je PERNIM aku balik n abiskan masa cuti kat umah main dgn anak2 sedara..

dan skrg, aku bkn lagi JKM! tapi aku ttp diberi kepercayaan utk uruskan program kolej bsama2 JKM baru..

~bukan menggantang asap,mengukir langit sebaliknya gema dan laungan semangat, semakin berisi menampakkan jeriji yg tajam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...