Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Wednesday, November 05, 2008

ada apa dengan ilmu?


Musim peperiksaan menjelang lagi..urghh, agak tension sebab banyak benda nak cover..Tapi, sama ada suka atau tidak, terpaksa atau pasrah, selagi bergelar pelajar inilah rutin kehidupan kita..Kenapa perlunya menuntut ilmu sebenarnya? Pada pendapat golongan cerdik pandai, mudah.. ilmu,untuk mengelakkan sesorang itu terjebak dgn gejala moral.

Anda tahu apa itu dekadensi? kamus dewan bahasa dan pustaka mentakrifkan dekadensi sebagai kemerosotan nilai dan kemunduran berbanding dengan keadaan yang sebelumnya( kepada sesapa yg ambik subjek islamic and current issue, sure tahu benda ni)..moral pula merujuk kepada ajaran atau pegangan berkaitan buruk baik sesuatu perbuatan.

Prof. Dr Yusof al-Qaradawi berkata, jika masyarakat hendak melihat generasi yang bakal terbentuk pada masa hadapan, maka lihatlah generasi muda pada masa kini. Ini kerana generasi muda yang unggul ialah mereka yang sihat dan kuat tubuh badannya, kukuh moralnya, BERKEMBANG LUAS PEMIKIRANNYA, mampu berdikari, kua beragama,menjaga waktunya, tersusun rapi urusannya dan berguna kepada masyarakat.

Sekadar perkongsian, beberapa langkah yang dilihat mampu diambil untuk melahirkan generasi muda unggul yang berdaya saing serta menepati 8 ciri-ciri yang telah digariskan oleh prof. Dr. Yusof al-Qaradawi ialah:

1. Penerapan dan pengamalan ajaran agama
Ini kerana anak2 adalah ibarat kain putih. hitam, kelabu atau berserinya kain tersebut terpulanglah kepada ibu bapa dan generasi dewasa untuk melakarkan wajah2 dunia terhadap kain putih tersebut. jika pencorakan tersebut dilakukan dgn hati yg ikhlas dan kena pada caranya, maka kain putih tersebut akan menjadi pelindung kepada masyarakat satu masa nanti.

2. Pemimpin yang berkualiti
Pemimpin adalah tangan yang berfungsi untuk membina dan mencorakkan jatuh bangun dan tinggi rendahnya sesebuah negara. harus diingatkan, pemimpin itu ibaratnya sebelah kaki telah berada di nera dan sebelah lagi telah berada di syurga. sedikit kesilapan dalam perlaksanaan tanggungjawab, padah akibatnya.

3. Pegukuhan institusi kekeluargaan

Hadis rasulullah yang bermaksud, 'jadikanlah 7 tahun pertama anak-anak sebagai mainan, didik mereka pada 7 tahun kedua(7-14) dan berkawanlah dengan mereka pada 7 tahun ketiga (14-21)


4.Sistem pendidikan yang berkesan
Saidina Ali r.a menegaskan bahawa ilmu itu lebih baik dari harta. ilmu itu menjaga manakala harta terjaga. ilmu itu menghukum manakala harta terhukum. ilmu itu bertambah apabila diberikan, harta pula kian berkurang apabila dibelanjakan.(al- Ghazali 1939:53)

Iman al-Ghazali merakamkan pandangna Ibnul Mubarak yang tidak memasukkan manusia berilmu dalam golongan manusia, kerana ciri yang membezakan manusia dengan haiwan hanyalah ilmu. mulianya manusia kerana ilmu. hebatnya manusia kerana ilmu dan lebihnya manusia kerana ilmu. tidaklah disebabkan kerana kekuatan dirinya kerana unta itu lebih kuat. bukan juga kerana besarnya kerana gajah itu lebih besar. bukan juga kerana beraninya kerana binatang buas lebih berani. bukan kerana banyak makannya kerana kerbau itu lebih besar perutnya. bukan kerana kekerapan dan kekuatan persetubuhannya kerana burung pipit yang kecil itu lebih kuat bersetubuh.

Lantaran pentingnya ilmu, maka kewajipan mencari dan menyebarkan ilmu itu adalah tanggungjawab bagi semua orang.tanggungjawab bagi setiap lelaki dan setiap perempuan, tanggungjawab bagi setiap yang dewasa dan tanggungjawab bagi setiap yang berakal. Al-Ghazali mengingatkan mereka yang berilmu tanpa beramal ibarat batu pengasah yang boleh menajamkan sesuatu sedangkan diri sendiri tumpul. Seperti sebatang jarum yg boleh menjait pakaian untuk menutup aurat orang, sedangkan iri sendiri telanjang. laksana sumbu pelita, menerangi orang lain sedangkan diri sendiri azab tersiksa.

Seorang ilmuan itu seharusnya seperti kasturi. wangi, dan sekaligus mewangikan. seperti matahari. terang dan sekaligus menerangi.

Sejarah peradaban dunia telah memberitahu kepada kita bagaimana jungjungan mulia kita, Nabi Muhammad S.A.W mengutamakan ilmu dan penghayatan. dalam peperangan Badar, baginda menetapkan tawanan perang untuk mengajar anak-anak orang islam menulis dan membaca sebagai syarat pembebasan.

Sesungguhnya, bahaya kejahilan itu dilihat lebih besar daripada bahaya peperangan. mencari ilmu dan membudayakannya adalah dua perkara yang sama kepentingannya. matlamat ke arah budaya ilmu ialah melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu pada aras yang tertinggi dalam hirerki kehidupan.

Jadi, begitulah jawapannya kenapa pentingnya kita menuntut ilmu.
jaga hati, jaga diri, jaga peribadi
tutup nafsu, tahan godaan
insyaAllah berkat perjalanan kehidupan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...