Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..
Showing posts with label review paper. Show all posts
Showing posts with label review paper. Show all posts

Sunday, March 28, 2010

hilang lagi?



pelajar pintar 15 tahun hilang, hantar SMS dah kahwin.

berita selanjutnya

pendeknya akal, sedih bila baca berita ni.. terbayang dekat adik kat rumah. terbayang masa-masa remaja dulu (macam sekarang ni dah dewasa sangat je kan?). aiyyaa, macam mana la adik ni boleh bertindak sejauh ni? tak terpikir ke dia jalan hidup yang masih panjang? tak terpikir ke masa depan? tak terpikir ke hati mak ayah, adik beradik yang menanggung malu? tak terpikir ke perasaan mak ayah yang dah jaga dia selama 15 taun?

..atau adik ni, tak baca paper? tiap-tiap hari keluar berita yang sama. "remaja perempuan lari dari rumah, ikut lelaki baru di kenali".. atau pon berita-berita tu jadi inspirasi kat dia nak wat benda yang sama?

betul agaknya, budak sekarang lagi cepat matang. tapi sayang, kematangan tu membawa kearah jalan yang tak sepatutnya!

semoga maruahku, keluargaku, sahabat-sahabatku, dan semua gadis-gadis diluar sana, terpelihara dibawah rahmatnya..

Thursday, October 30, 2008

257, 411 bayi tiada nama bapa

257,411 bayi tiada nama bapa

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my



DEWAN Rakyat semalam diberitahu, sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak dicatatkan nama bapa sejak 2000 hingga Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak tidak sah taraf iaitu anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299.

“Bagaimanapun, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

“Ini bermakna pihak pendaftar boleh membuat siasatan bagi mendapat maklumat yang sahih bagi tujuan pendaftaran ke atas setiap kelahiran,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan R Sivarasa (PKR-Subang) yang inginkan penjelasan sama ada JPN mengarahkan untuk tidak mendaftarkan nama bapa pada sijil kelahiran sekiranya anak itu dianggap anak luar nikah.
(petikan harian metro)
------------------------------------------------------------------

257, 411..satu angka yg cukup tinggi dalam masa 8tahun!...ini angka bagi kes si lelaki tak nak mengaku, agak-agaknya kalau di hitung dengan kes bayi yang didaftarkan ada nama bapak, tapi sebenarnya dia anak luar nikah, berapa ya?

inilah
lambang dunia yang semakin maju.
lambang malaysia negara merdeka
lambang tanah melayu yang berdaulat
lambang anak2 melayu yang smakin layu
semakin kuyu!

Monday, October 27, 2008

sabariah vs fadilah


Hai, entah kenapa hari ni rajin nak wat post kat sini.

Seorang wanita berusia 21ahun mengaku membuang bayi di kawasan solat perempuan masjid terapung terengganu.Buat malu org terengganu jer cik kak ni. Nak salahkan dia 100% mungkin tak boleh..ye lah, kita tak tahu kenapa dia mengandung.Kalau memang di sebabkan gaya hidup bebas, kemudian buat perkara yang jelas lagi nyata terlarang dan yang seerti dengannya, harapnya kejadian ni akan merubah dia ke arah fasa yang lebih baik..
klik di sini

Tapi macam mana kalau dia mengandung akibat menjadi mangsa rogol? di luar kemahuan diri sendiri? tapi tetap disisihkan sama ada oleh rakan-rakan, masyarakat dan keluarga?macam mana, macam mana dan macam mana. Memang dia tetap bersalah kerana membuang bayi yg tidak berdosa tu(tapi menafikan membunuhnya)..

aku cuma cuba untuk berfikir dari sudut yg positif, bagai mana jika wanita tersebut mengandung di sebabkan insan bernama lelaki yg telah meragut mahkota si wanita tesebut diluar kemahuannya, lantas menghidupkan satu nyawa dalam rahim dia? dia dibuang keluarga dan disisihkan masyarakat lantaran di sangka mmbuat onar. Kerana tidak tahan dengan apa yang berlaku, si wanita terbabit menambil keputusan membuang bayi tersebut sebaik sahaja di lahirkan..di awal penyebab kisah ini, adakah wanita terbabit bersalah?

Itu cuma kemungkinan yg aku terfikir kerana aku sendiri langsung tak mengenali wanita tersebut. Mungkin betul, mungkin juga salah. Tapi aku percaya, kisah yg aku fikirkan itu memang ada terjadi. Memang ada ibu-ibu muda yg membuang bayinya akibat kejadian rogol. Lalu dia ditangkap dan dihukum kerana membuag bayi tersebut. Sedangkan si perogol yg menyebabkan bercambahnya 1 nyawa itu dibiar terlepas bebas, hanya kerana si mangsa tidak melaporkan kepada polis. Alasannya aib diri telah tercemar dan akhirnya, si mangsa menanggung akibatnya seorang diri..

Kerana itulah pada aku, jangan terlalu awal kita menghukum mereka. Cerita sebenar disebalik kejadian yg menimpa mereka tidak pernah kita ketahui. Apa yg perlu kita lakukan sebenarnya adalah berdoa dan terus berdoa agar gadis-gadis kita terpelihara maruahnya, teruna-teruna kita terjaga akhlaknya. Supaya generasi yang lahir selepas ini, menjadi generasi bijak pandai..


klik di sini

Seterusnya, klik lagi link tersebut untuk kisah yang seterusnya. Yang ni nak marah pun ada sebenarnya. Kisah gadis lari dari rumah memang perkara biasa. Lari ikut pemuda Lombok juga dah jadi perkara biasa walaupun bukan sekali dua media memaparkan kisah gadis yang tertipu dgn pemuda Lombok. Tapi kenapa masih ada yg bodoh??

Bila dah sampai ke Lombok, baru lah tersedar. Bila dah hidup susah barulah hilang semua rasa cinta. Kisah fadilah ni agak menarik hati aku. Bagi aku dia ni mungkin tak pernah nak mengambil iktibar atas apa yg berlaku di sekeliling. Mungkin juga dia tak pernah baca paper atau tengok berita. Mungkin dia terlupa kisah seorang kanak- kanak perempuan berusia 13 tahun yang dilarikan ke Lombok awal tahun ini. Ataupun juga, mugkin kisah seorang wanita yg juga melarikan diri ke lombok, kemudian apabila hidup susah disana selama 5 tahun, di tinggalkan suami yg datang bekerja kembali di malaysia, barulah merasa insaf.

Masa tu lah baru ingatkan ibu tua yg pernah ditinggalkan dulu. Barulah merayu-rayu mintak maaf. Barulah sedar diri tu anak derhaka. Barulah merayu-rayu suruh keluarga di Malaysia cari jalan untuk membawa dia balik ke malaysia. kisah gadis(opss bini orang!) ni hangat diperkatakan dan dihebahkan media rentetan daripada kisah gadis berusia 13tahun berasal dari Negeri Sembilan yang di bawa lari ke Lambok dan berjaya di bawa pulang.

budak umur 13 tahun, tak pandai nak berfikir macam budak umur 18 tahun. Umur 18 tahun dan boleh berfikir baik dan buruk. Jangan butakan mata dan akal kerana cinta yg entah apa jaminannya. Umur 18 tahun masa untuk menuntut ilmu, sematkan azam untuk membantu keluarga, bukannya bermain cinta sampai biarkan diri terperangkap. Akhir sekali? menyusahkan semua pihak..

Buat gadis-gadis diluar sana dan diri aku sendiri, ambillah iktibar atas apa yg berlaku di sekeliling kita. Bukan sekadar membaca dan mendengar, tetapi berfikirlah. Sekali maruah tergadai, takkan mungkin ada gantinya. Yang akan ada hanyalah penyesalan yang tak ada penghujungnya.

Kepada mereka-mereka yang mungkin pernah mengalami peristiwa hitam, bangkitlah dari keterlanjuran anda dan binalah hidup baru. Jadikan kisah lalu sebagai pengalaman dan pengajaran berguna dalam perjalanan kehidupan. Usah ulangi kesilapan lalu. Marilah kita berdoa, semoga iman dan islam kita sentiasa memayungi kehidupan.


nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara

kerana kasih hamba turutkan!!

~pantun yg masih releven di zaman sekarang..





Saturday, October 25, 2008

13 tahun? dunia memang dah maju..


klik di sini

dah klik link tersebut??klu belum, luang2kan masa utk klik dan bacalah dulu, berita yg pada aku memang mncabar kesabaran..klu xboleh klik, baca la paper metro bertarikh 23 oktober 2008..berita muka depan nii..klu dah klik dan dah baca, teruskan pembacaan anda disini..sedih kan??usianya baru 13 tahun!!! dunia skrg mmg dah nak terbalik.. usia 10 tahun sudah berkawan dgn pemuda berusia 24 tahun, mungkin pada sesetengah orang itu perkara biasa.tapi, pada aku, remaja yang dibesarkan di kampung, pergaulan itu agak pelik! seusia 12@ 12 tahun, kwn2 aku hnyalah yg sebaya umurnya..apabila meningkat ke usia 20 tahun skrg, barulah aku meluaskan pergaulan dgn org2 yg lebih matang..


back to the topic..apa komen anda? agak2nya berapa ramaikah manusia yg terfikir apabila baca berita tersebut??paling kurang pun, kita cuma akan dgr org kata, zaman dah berubah..dunia dah maju...kan? bukan niat aku untuk menyalahkan remaja perempuan tersebut, bukan niat aku jugak nak menuding jari pada sesiapa..cukup lah aku jadikan berita2 ini sebagai pendinding untuk diri aku, dan utk aku mampu mengingatka org lain.. gelap masa depan remaja tersebut ibarat gelapnya perjalanan kehidupan yg telah dia lalui..mujurlah terbit keinsafan di hati, moga2 benih penyesalan itu akan terus bercambah dan menyubur..harapan aku, moga2 penyesalan itu bukanlah penyesalan sementara..
di usia 13 tahun, usia sepatutnya seorang kanak2 yg baru menginjak ke alam remaja menimba ilmu..bukan ilmu di bidang akademik semata, tapi juga ilmu kehidupan..nyata remaja ini sudah terlebih awal belajar, malangnya pelajaran kehidupan yg diperolehi adalah ilmu gelap dan kelam!..mungkin dalam kes remaja ini, institusi kekeluargaan yg menjadi punca..

tapi semenjak dua menjak ini, kes pembuangan bayi dan gadis(masih kanak2 sebenarnya) hilang(lari dari rumah sebenarnya) semakin rancak dilaporkan akhbar...apa yg aku pelik, ade drpadanya datang drpd keluarga yg alim, bapanya imam dan haji, ibunya hajjah! dlm situasi ini, siapa puncanya?? pada aku, inilah akibatnya andai iman dan akal ditolak ketepi, sebaliknya dibiarkan nafsu merajai diri....kes pembuangna bayi juga kembali hangat, setiap hari lebih drpd 3 bayi@mayat bayi ditemui..x kira bandar @ desa..xkira kampung@ felda..xkita pekerja kilang@ pelajar universitu...sumenya terlibat!..

apabila lahirnya ramai anak2 tanpa bapa, maka itulah salah satu tanda kiamat~ aku terlupa mana aku dapat info ni, klu xsilap dari majalah mastika sewaktu majalah ini membawa isu anak haram....dunia ni memang dah tuakan? dunia jgk agakna dah xlarat nak menangung segala kemaksiatan dan dosa ciptaan manusia..sebab tu lah bencana alam kian kerap berlaku skrg..back to the topic, bila melihat senario skrg, mmg asas iman dan akidah umat islam semakin tipiskan??

takut??memang takut..takut andai satu hari nnti aku juga akn menjadi mangsa kepada kehidupan..takut andai satu hari nnti akal aku terbatas, takut andai satu hari nnti jahitan iman aku terkoyak.

Tapi, berbicara soal akidah memang xakan abiskan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...