Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Thursday, October 30, 2008

257, 411 bayi tiada nama bapa

257,411 bayi tiada nama bapa

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my



DEWAN Rakyat semalam diberitahu, sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak dicatatkan nama bapa sejak 2000 hingga Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak tidak sah taraf iaitu anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299.

“Bagaimanapun, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

“Ini bermakna pihak pendaftar boleh membuat siasatan bagi mendapat maklumat yang sahih bagi tujuan pendaftaran ke atas setiap kelahiran,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan R Sivarasa (PKR-Subang) yang inginkan penjelasan sama ada JPN mengarahkan untuk tidak mendaftarkan nama bapa pada sijil kelahiran sekiranya anak itu dianggap anak luar nikah.
(petikan harian metro)
------------------------------------------------------------------

257, 411..satu angka yg cukup tinggi dalam masa 8tahun!...ini angka bagi kes si lelaki tak nak mengaku, agak-agaknya kalau di hitung dengan kes bayi yang didaftarkan ada nama bapak, tapi sebenarnya dia anak luar nikah, berapa ya?

inilah
lambang dunia yang semakin maju.
lambang malaysia negara merdeka
lambang tanah melayu yang berdaulat
lambang anak2 melayu yang smakin layu
semakin kuyu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...