Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Monday, October 27, 2008

sabariah vs fadilah


Hai, entah kenapa hari ni rajin nak wat post kat sini.

Seorang wanita berusia 21ahun mengaku membuang bayi di kawasan solat perempuan masjid terapung terengganu.Buat malu org terengganu jer cik kak ni. Nak salahkan dia 100% mungkin tak boleh..ye lah, kita tak tahu kenapa dia mengandung.Kalau memang di sebabkan gaya hidup bebas, kemudian buat perkara yang jelas lagi nyata terlarang dan yang seerti dengannya, harapnya kejadian ni akan merubah dia ke arah fasa yang lebih baik..
klik di sini

Tapi macam mana kalau dia mengandung akibat menjadi mangsa rogol? di luar kemahuan diri sendiri? tapi tetap disisihkan sama ada oleh rakan-rakan, masyarakat dan keluarga?macam mana, macam mana dan macam mana. Memang dia tetap bersalah kerana membuang bayi yg tidak berdosa tu(tapi menafikan membunuhnya)..

aku cuma cuba untuk berfikir dari sudut yg positif, bagai mana jika wanita tersebut mengandung di sebabkan insan bernama lelaki yg telah meragut mahkota si wanita tesebut diluar kemahuannya, lantas menghidupkan satu nyawa dalam rahim dia? dia dibuang keluarga dan disisihkan masyarakat lantaran di sangka mmbuat onar. Kerana tidak tahan dengan apa yang berlaku, si wanita terbabit menambil keputusan membuang bayi tersebut sebaik sahaja di lahirkan..di awal penyebab kisah ini, adakah wanita terbabit bersalah?

Itu cuma kemungkinan yg aku terfikir kerana aku sendiri langsung tak mengenali wanita tersebut. Mungkin betul, mungkin juga salah. Tapi aku percaya, kisah yg aku fikirkan itu memang ada terjadi. Memang ada ibu-ibu muda yg membuang bayinya akibat kejadian rogol. Lalu dia ditangkap dan dihukum kerana membuag bayi tersebut. Sedangkan si perogol yg menyebabkan bercambahnya 1 nyawa itu dibiar terlepas bebas, hanya kerana si mangsa tidak melaporkan kepada polis. Alasannya aib diri telah tercemar dan akhirnya, si mangsa menanggung akibatnya seorang diri..

Kerana itulah pada aku, jangan terlalu awal kita menghukum mereka. Cerita sebenar disebalik kejadian yg menimpa mereka tidak pernah kita ketahui. Apa yg perlu kita lakukan sebenarnya adalah berdoa dan terus berdoa agar gadis-gadis kita terpelihara maruahnya, teruna-teruna kita terjaga akhlaknya. Supaya generasi yang lahir selepas ini, menjadi generasi bijak pandai..


klik di sini

Seterusnya, klik lagi link tersebut untuk kisah yang seterusnya. Yang ni nak marah pun ada sebenarnya. Kisah gadis lari dari rumah memang perkara biasa. Lari ikut pemuda Lombok juga dah jadi perkara biasa walaupun bukan sekali dua media memaparkan kisah gadis yang tertipu dgn pemuda Lombok. Tapi kenapa masih ada yg bodoh??

Bila dah sampai ke Lombok, baru lah tersedar. Bila dah hidup susah barulah hilang semua rasa cinta. Kisah fadilah ni agak menarik hati aku. Bagi aku dia ni mungkin tak pernah nak mengambil iktibar atas apa yg berlaku di sekeliling. Mungkin juga dia tak pernah baca paper atau tengok berita. Mungkin dia terlupa kisah seorang kanak- kanak perempuan berusia 13 tahun yang dilarikan ke Lombok awal tahun ini. Ataupun juga, mugkin kisah seorang wanita yg juga melarikan diri ke lombok, kemudian apabila hidup susah disana selama 5 tahun, di tinggalkan suami yg datang bekerja kembali di malaysia, barulah merasa insaf.

Masa tu lah baru ingatkan ibu tua yg pernah ditinggalkan dulu. Barulah merayu-rayu mintak maaf. Barulah sedar diri tu anak derhaka. Barulah merayu-rayu suruh keluarga di Malaysia cari jalan untuk membawa dia balik ke malaysia. kisah gadis(opss bini orang!) ni hangat diperkatakan dan dihebahkan media rentetan daripada kisah gadis berusia 13tahun berasal dari Negeri Sembilan yang di bawa lari ke Lambok dan berjaya di bawa pulang.

budak umur 13 tahun, tak pandai nak berfikir macam budak umur 18 tahun. Umur 18 tahun dan boleh berfikir baik dan buruk. Jangan butakan mata dan akal kerana cinta yg entah apa jaminannya. Umur 18 tahun masa untuk menuntut ilmu, sematkan azam untuk membantu keluarga, bukannya bermain cinta sampai biarkan diri terperangkap. Akhir sekali? menyusahkan semua pihak..

Buat gadis-gadis diluar sana dan diri aku sendiri, ambillah iktibar atas apa yg berlaku di sekeliling kita. Bukan sekadar membaca dan mendengar, tetapi berfikirlah. Sekali maruah tergadai, takkan mungkin ada gantinya. Yang akan ada hanyalah penyesalan yang tak ada penghujungnya.

Kepada mereka-mereka yang mungkin pernah mengalami peristiwa hitam, bangkitlah dari keterlanjuran anda dan binalah hidup baru. Jadikan kisah lalu sebagai pengalaman dan pengajaran berguna dalam perjalanan kehidupan. Usah ulangi kesilapan lalu. Marilah kita berdoa, semoga iman dan islam kita sentiasa memayungi kehidupan.


nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara

kerana kasih hamba turutkan!!

~pantun yg masih releven di zaman sekarang..





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...