Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Sunday, October 24, 2010

Imbauan Bumi Gambang


Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Aku baru je menghabiskan novel pendek hlovette -Gurindam Jiwa -Schubert's Serenade. Ternyata hlovate membawa aku mengimbau segala kisah dan kenangan masa zaman remaja aku kat matrikulasi dulu. Segala ape yang dicoret oleh hlovate benar-benar membuatkan aku termenung sekejap dan mengenang kembali cerita-cerita lama yang penuh dengan kenangan tu. Kalau tak silap, aku mendaftar kat kolej matrikulasi pahang (KMPh) tanggal mei 2006. Bermula tarikh tu, aku mengenali insan-insan yang memberi warna pada aku masa tu.

Fatihah Asmui, Nor Izati Ibrahim, Sharifah Ainun Nor Khaidzi. mereka bertiga ni la roomate aku sepanjang setahun kat bumi Gambang tu. Kenangan yang tak mungkin aku boleh lupakan ialah masa aku merajuk dengan mereka bertiga. Sebab yang cukup bodoh kalau aku ingat balik! Hahaha..aku merajuk sebab diorang balik, tinggalkan aku sorang-sorang kat bilik tu, masa hujung minggu. Padahal minggu tu, aku menang pertandingan pidato KMPh. Aku dapat hamper besar gedabak. Aku ingatkan diorang nak celebrate sama-sama dengan aku, masa tu aku rasa diorang tak sayang aku pun. Walhal, kami berempat ni ialah roomate yang sangat-sangat rapat. Al-kisahnya, aku pun kecil hati dan merajuk.

Bila hari Ahad, mereka bertiga dah balik bilik, aku buat tak tahu je. protes tanda AKU MERAJUK!. Aku keluar, lepak bilik hanun, study kat bilik bacaan, tumpang solat kat bilik Zimah. Masa tu rutin aku, bangun pagi lepas mandi dengan solat, aku turun bilik bacaan, study. Hampir pukul 8 pagi, aku naik bilik, bersiap pergi kelas. Break tengahari aku lepak bilik zimah sambil tumpang solat zohor. Petang, kelas aku habis awal daripada diorang. Aku mandi awal-awal pastu study kat bilik bacaan. Maghrib tumpang bilik zimah kat aras 2. Pastu aku ajak Hanun temankan aku makan kat cafe B2, cafe abang pie yang heaven tu. Lepas makan, sambung study lepas tu bila dah mengantuk, baru aku naik bilik kat aras 3. Basuh muka. Gosok gigi. Tidur. Esoknya pun macam tu la.

Tapi, rajuk aku berterusan sampai hari rabu je. Sebabnya diorang memang pandai pujuk. Masa tu, lepas maghrib. Aku ada test biology malam tu. so, lepas solat kat bilik Zimah, aku naik bilik untuk bersiap. Dan, sila teka ada apa atas meja aku?

hahaha..ada sebiji mexico bun yang besar, dihiasi dengan coklat dan chocky-chocky tertulis SORRY atas bun tu. Then, ada 3 keping surat kat bawah bun ditanda tangani oleh mereka-mereka bertiga dengan ayat-ayat mintak maaf yang entah apa-apa. Setiap sorang bagi satu surat. Endingnya, aku menduduki test malam tu, dengan hati yang tenang. Esoknya, baru la kami buka hamper yang aku menang tu sama-sama.

Sekarang, dah 3 tahun kami berpisah. Tak sangka. 3 tahun ni menjadikan kami semakin dewasa. Mengenal orang lain yang selain daripada kelompok kami. Ainun dan tiehah yang single masa tu, sekarang dah ada pilihan hati. Tak sangka sekali lagi. Sebab dulu kami anti-couple. Zeqt yang dulu hangat bercinta dengan Li, sekarang dah single. Entah bila kami boleh berkumpul sama-sama, cukup 4 orang. Masing-masing sibuk dengan hidup masing-masing. Tapi, kami tak pernah lost contact.

If some people wish to back to that time, I won't. Sebab, walau bagaimana manis dan indah pun kenangan tu, ia tetap kenangan. Hari ini, tetap hari ini yang harus kita lalui. Kenangan dan pengalaman tu mendewasakan aku. Tiehah, Ainun dan Zeqt menjadi insan yang paling rapat dengan aku kat bumi Gambang masa tu. And friendhip of us is never die, it's will still alive as long as we still in this earth.

Sebagai manusia, kita tak mungkin mampu mengulangi peristiwa-peristiwa tu 100% sama dengan apa yang kita dah pernah lalui. Tapi, kita mampu untuk terus mengingatinya sebagai kenangan. Kenangan yang memberi secalit senyuman disaat kita berduka. Kenangan yang memberi amaran saat kita memerlukan peringatan. Kenangan yang memberi kita kekuatan saat kita jatuh terduduk. Kenangan yang memberikan kita kematangan, mengajar kita menghargai kehidupan, mengertikan kita pada kedewasaan dan memahamkan segala setiap warna dan teka teki yang pernah kita cuba selesaikan.

Apa kenangan sekali pun, ia tetap kenangan yang memberi erti. Jika ia tiada erti, maka kita harus berikannya erti. Sebab setiap kenangan itu mempunyai erti tersendiri, melainkan kita yang cuba menghilangkan ertinya. Jadi, ertikan kenangan kita, ertikan hidup kita!

Kenangan itu, selembut salju yang berlalu, sedingin salji yang membeku, seputih kasih yang layu. Percayalah..




Tuesday, October 12, 2010

terbang


terbang kau hilang
di balik kelat, warna sebuah rasa
manis itu seperti pahit
masin menjadi masam
kadangkala
semua tawar, hambar.

terbang kau hilang,
kerana jiwa yg tiada kepastian
sepertinya segala sekadar biasa
biasa? ya biasa.
siapa aku? siapa kamu?
renungan tanpa makna
gelengan tanpa suara

terbang kau hilang
di balik pekat, bayangnya malam
gelap, teraba-raba
semakin pekat, terduduk

terbanglah
setinggi mana mahu mu
sejauh mana hendak mu..
hilanglah menjauh!

Tuesday, September 21, 2010

Dalam telapak hati kau

Dua tiga hari ni, aku macam rajin menjenguk teratak ini. Walhal dulu, sebulan sekali pun aku terlupa (malas mungkin). Nama anak saudara baru aku dah dipilih oleh ummi dan abahnya a.k.a akak ipar dan abang aku. Siti Nur Umairah binti Amirudin Zaidi, Mak Mie harapkan Umairah membesar menjadi insan kebanggaan kami suatu hari nanti.

5 days goes to my convocation day, perasaan excited dah mula ada. Sedikit.

Mahu tampal 1 puisi yang diambil dari blog Zahiril Adzim, pelakon yang semakin meningkat naik sekarang. Saudara, saya minta maaf sebab ambil tanpa izin. Sekadar berhasrat untuk perkongsian, memandangkan saya sangat jatuh hati pada puisi ini. Mendalam maksudnya jika dihayati.


dalam telapak hati kau kau pegang sehelai kertas,
bentuknya hati,
kau gambarkan ia milik kau.

dalam bual,
kau carikkan,
cebis demi cebis,
kau hulurkan.

sehingga puas atas telapakku.
lalu aku lopong pandang,
layan, sengih, riang.
rupanya aku tertanya?

Benar ini hati kau,
yang berada dalam telapakku,
penuh?

Jawab kau,
"Aku tak pernah beri".


Biasalah
23 Mac 2010
2.10pagi

Sunday, September 19, 2010

gabungan cerita itu dan ini.

salam..

today:19/9/2010 bersamaan 10 syawal 1431 hijrah, @kerteh.

raya dah 10 hari lepas. sepanjang raya ni kes pembunuhan datuk sosilawati memang jadi tumpuan, termasuklah aku dan keluarga. tak nak komen panjang sebab surat khabar dah bagi ulasan panjang lebar. yg penting, pembunuhan ini SANGAT KEJAM.

tanggal 9/9/2010, sehari sebelum aidilfitri disambut, genaplah 10 tahun abah pergi tinggalkan kami. sayu hati, tuhan sahaja yang tahu. perginya abah disaat kami adik beradik masih perlukan belaian, kasih sayang dan tunjuk ajarnya. perginya abah, tak sempat untuk melihat kami membesar. walau menggunung rindu aku pada abah sekali pun, aku tahu abah tak kan kembali. aku pasrah dan redha, sebab kasih dan ingatan terhadap abah tetap mengiringi perjalanan hidup aku. Al-fatihah buatmu abah, mokhtar bin salleh.

18/9/2010 hari sabtu. Lahirlah seorang puteri, bertambahlah seorang lagi anak saudara aku. Namanya belum ditetapkan lagi. Aku suggest Siti Nur Syifa Amanda binti Amirudin Zaidi yang bermaksud cahaya penawar yang dikasihi/disayangi. my younger sis suggest Siti Nur Insyirah and my other sis suggest Siti Nur Fitra. Then, abang aku pun pening nak memilih yang mana. tak kisah lah, yang penting, baby ini akan tmbuh membesar, menjadi anak kebanggaan ibu bapa, menjadi puteri penawar kehidupan kami semua. By the way, Siti Nur Imani, u're a sis now! tak boleh over2 manja lagi dah. hahaha(padahal Imani baru 2 tahun!)

oh ya, tiket nak g skudai belum beli lagi! Graduation day!

Thursday, July 08, 2010

hidup oh hidup~



hidup tanpa masalah, maknanya tak ada cabaran kan?tapi, hidup yang penuh dengan masalah..perit, sakit! menerima perkhabaran tidak berapa baik dari keluarga, masalah datang macam bertimpa-timpa. Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami..

Thursday, April 08, 2010

kerana aku menyayangi mereka..

Ya Allah pencipta yang maha agung, di pagi yang hening ini aku bermohon kepadaMu.. selamatkanlah kaum keluargaku, selamatkanlah ikatan perkahwinan di dalam keluarga ku, kukuhkan lah kepercayaan sesama kami, kuatkanlah hati kami menghadapi godaan-godaan luar, sesungguhnya kami hanyalah insanmu yang lemah Ya Allah..

Aku tidak sanggup untuk kehilangan walau seorang pun diantara mereka Ya Allah.. Aku tak sanggup untuk melihat ikatan suci yang terbina bertahun lamanya terlerai. Aku tak sanggup melihat kasih sayang yang sekian lama tersemai, berkubur begitu saja.. sesungguhnya aku sangat menyayangi mereka kerana merekalah nadi hidup aku selama ini.. keluarga aku, adalah segala-galanya.. aku tak sanggup untuk melihat kehancuran, hanya kerana hadirnya orang yang langsung tiada kena mengena dengan hidup kami!

bantulah aku Ya Allah, bantulah kami Ya Allah. Bantulah mereka untuk membuat perhitungan dengan bijak, bantulah mereka untuk menggunakan akal fikiran dengan sewaras yang mungkin. Bantulah kami untuk berhadapan dengan kemelut ini sebijak yang mungkin. Bantulah kami untuk membetulkan segalanya agar keadaan pulih seperti sedia kala. Bantulah kami untuk bertindak sebagaimana tindakan dan pemikiran org dewasa.Bantulah, bantulah, bantulah kami Ya Allah..

Ya Allah tuhan yang maha agung, tenangkan hati aku..tenangkan hati mereka. kembalikankanlah kami, sedia kala bahagia seperti suatu ketika dulu..bantulah aku Ya Allah, bantulah kami..kerana aku menyayangi mereka dan aku tidak mahu kehilangan walau seorang pun diantaranya!

Sunday, March 28, 2010

hilang lagi?



pelajar pintar 15 tahun hilang, hantar SMS dah kahwin.

berita selanjutnya

pendeknya akal, sedih bila baca berita ni.. terbayang dekat adik kat rumah. terbayang masa-masa remaja dulu (macam sekarang ni dah dewasa sangat je kan?). aiyyaa, macam mana la adik ni boleh bertindak sejauh ni? tak terpikir ke dia jalan hidup yang masih panjang? tak terpikir ke masa depan? tak terpikir ke hati mak ayah, adik beradik yang menanggung malu? tak terpikir ke perasaan mak ayah yang dah jaga dia selama 15 taun?

..atau adik ni, tak baca paper? tiap-tiap hari keluar berita yang sama. "remaja perempuan lari dari rumah, ikut lelaki baru di kenali".. atau pon berita-berita tu jadi inspirasi kat dia nak wat benda yang sama?

betul agaknya, budak sekarang lagi cepat matang. tapi sayang, kematangan tu membawa kearah jalan yang tak sepatutnya!

semoga maruahku, keluargaku, sahabat-sahabatku, dan semua gadis-gadis diluar sana, terpelihara dibawah rahmatnya..

Saturday, March 27, 2010

intisari

salam..
menjenguk space ni selepas sekian lama menyepi..sem yang sunggu sibuk, insyaAllah akan tiba ke pengakhiran. Semalam marathon test, test entrepreneurship ari khamis, test biosensor and biochem transformation ari jumaat. Minggu lepas baru habis lab work untuk psm, penat xyah cakap. Hujung mnggu ni baru rasa nikmat hujung mnggu, lepas hampir 1 sem menghabiskn hujung minggu kt lab. Tapi, assignment biochem n biotransformation, biosensor, food microbes dengan entrepreneurship tengah mnunggu. Slide power point untuk presentation psm hari selasa ni, xsiap lagi. wish me luck 4 da presentation!
lepas tu, 5-16 hb final exam. 5 paper menanti.

then, berakhirlah riwayat sebagai seorang pelajar UTM..hehe

doakan aku moga2 perjalanan idup yg sterusnya, mampu aku lalui dgn matang dan tenang..

Friday, February 26, 2010

kriteria pemilihan

Dalam duduk berborak dengan kawan-kawan, keluarlah satu soalan. "...dalam pilih pasangan hidup a.k.a suami, apa kriteria yang korang tak nak?' *gedik je korang, mentang2la dah nak abis study*

so girls, this is my criteria:

1. of course la bukan suami orang. bujang please.

2. Bukan Terengganuans, Kelantanese atau Johoren.
Kenapa bukan lelaki dr Terengganu or Kelantan? Sebab dekat sangat la weh. negeri lain la, biar berkembang sikit budaya hidup.Tambah lagi kalau sekampung atau sedaerah. Lagi haru kalau pernah sekolah sama-sama. yakss! Tak ada orang lain ke weh? haha.. Belajar jauh-jauh sampai puncak johor, takkan lah alih-alih nak cari orang yang dekat rumah kan?Tak sesuai sangat rasanya. Kenapa bukan johoreans? kawan2 lelaki asal johor, most of them memang baik. they can be a good fren. but to be a good life partner, maybe not too suit to me :)

3. Bukan anak sulung, bukan anak bongsu.
Bukan anak sulung sebab tanggungjawab 'dia' kpd keluarga mesti sangat besar. Aku sendiri bukanlah baik sangat nak jadi kak long yang gila-gila memahami macam kak long aku. Bila tengok pengorbanan kak long, aku tau aku tak mampu nak jadi kakak ipar yang hebat macam dia. Bukan anak bongsu sebab anak bongsu ni manja, confirm nanti suka bergantung kat family. lagi haru kalau family suka control dia. Seorang suami kenalah indipendent kan?

4. Bukan Raja, Tengku, Wan, Tuan, dan sebarang gelaran keturunan pada nama.
Reason ni kelakar sikit, tapi aku tetap tak nak jugak. Sebab nanti kalau dah kawen, ada anak, confirm nama anak kena ikut gelaran nama suami. Kesian anak aku nanti sebab kalau dalam kelas kt sekolah, nama mesti hujung-hujung sebab ikut alphabet. Aku tahu macam mana perasaan tak suka bila nama selalu jadi orang yang akhir.tak best.

5. Bukan cikgu, pensyarah tak apa.
sebab aku bukan cikgu! nanti dia banyak cuti daripada aku, so aku akan jeles. nanti dia balik kampung sorang-sorang, aku kena kerja. tak best la gitu. pensyarah tak apa, cuti tak banyak. hehe

Sekian, kriteria pemilihan teman hidup aku.haha


Thursday, February 11, 2010

coretan di pagi hari

jam sekarang menunjukkan angka 3.55 minit pagi..uwaarrrggg..baru balik dari bilik rehat siswa, meng'edit'kan report temubual keusahawanan dengan hanim dan moky..penat sangat, bayangkan dari pukul 9.30 tadi lagi sampai pukul 3.30 pagi.. dalam 6 jam jugak laa, tapi video baru dapat 6 minit!! ahaha..maklumlah, masing2 baru nak belajar pakai software tu..

tapi tadi, bengang gila.. one of my buddy bagitahu, kak ****** marah aku tadi.. allo cikkak, kalau nak marah, marah la depan2, tak payah nak pesan2 dekat orang.. tapi, kesian gak my buddy sebab terpaksa dengar dia berleter sorang2.. my dear sis (biasalah master student, kerek nak mampus kan??) kalau dah emosi kamu yang tak stabil, balik je dok bilik sampai dah stabil balik.. ni tak, duk cari gak salah orang lain semata2 nak lepaskan emosi tu.. tak pun diam sudah..

ni tak, boleh pulak kate aku and my buddy ni malas..yang kitorang tunjuk muka kat lab tiap2 ari tu ape?? tak cukup rajin lagi ke?.. pastu boleh pulak kata, 'saya boleh je kalau nak suruh doctor extend kan awak berdua'...amboi akak, itu dah melampau.. selama ni kami jadik pendengar setia masalah2 akak, hari ni ugut sampai macam tu pulak?..

secara jujurnya, aku malas nak cari gaduh.. memang akak hebat, kami akui tangan akak tangan emas, sekali buat experiment, terus jadi..tapi jangan expect kami boleh jadi macam tu..tlg jangan expect orang lain ada tangan emas macam akak tu.. so, lepas ni (esok)..aku nak masuk lab macam biasa, buat bodoh je dengan dia..tak nak senyum, tak nak terhegeh2 pergi tegur dia.

sabarlah wahai hati, 3bulan je lagi nak habiskan masa kat sini~

Sunday, January 31, 2010

6 perkara Allah sembunyikan


sekadar perkongsian bersama..

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. ..”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Petikan dari Jabatan Agama Islam Perak

klik disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...