Ramai yang tanya, kenapa Zinnirah kena pergi klinik pakar mata? Alhamdulillah kesihatan zinnirah baik-baik sahaja. Cuma, mata Zinnirah juling sikit.
Juling yang tak ketara. Kadang -kadang terjadi. Pagi petang siang malam? Tak kira, bila-bila masa boleh jadi juling. Kebanyakan masa juling tu tak kelihatan. Sampaikan 3kali mengadu kat doktor dulu, doktor kata mata Zinnirah ok.
Bila juling dikesan? Kalau tak silap masa umur dia 5-6bulan. Tapi masa tu doktor kata kecil lagi, masih baby. Jadi mata mungkin belum centre, lemak ditepi mata belum mencair sepenuhnya menyebabkan bukaan mata tak sama besar.
Kali ke 4 mengadu, barulah doktor perasan mata zinnirah juling. Sebab kebetulan kejadian juling berlaku depan doktor pada masa tu. Masa tu umur Zinnirah dalam 1 tahun 6bulan. Selepas doktor check, doktor buat surat refer ke klinik pakar mata HRPB ipoh.
Maka bermulalah beberapa siri lawatan ke klinik pakar mata. Beberapa ujian dan test optometris buat, sebelum dan selepas jumpa doktor. Bukan mudah nak buat test kat kanak-kanak sebab mereka mudah hilang fokus dan payah nak menerima arahan. Alhamdulillah, Zinnirah budak baik. Mudah buat test dan tak mengamuk.
Pemeriksaan awal untuk Zinnirah, keputusannya alhamdulillah saraf mata Zinnirah ok. Setakat sekarang, belum ada kerabunan dan lazy eye. Kenapa terjadi juling? Terlupa nak tanya doktor semalam 😅.
Tapi semalam jumpa ramai kanak-kanak dengan masalah kejulingan yang sangat teruk dan ketara (sebab semalam klinik pakar mata kanak-kanak).
Ada satu kes, seorang budak lelaki usia 10 tahun. Baru je menjalani pembedahan memasukkan kanta baru ke dalam mata. Pada usia 3tahun, mata kiri dia mengalami kerabunan yang sangat tinggi hingga mencecah power 1000. Sedang menunggu untuk pembedahan mata kanan pulak.
Kes lain, kanak-kanak lelaki sama umur dengan Zinnirah (1tahun 10bulan). Kejulingan yang teruk jugak, dijadualkan pembedahan kosmetik untuk membetulkan kedudukan anak mata tu. Kejulingan anak ni sampaikan selalu terlanggar dinding bila berlari. Dikhuatiri bila besar nanti, dia tak mampu untuk menganggarkan jarak dan kedudukan objek dengan tepat. Nak parking kereta pon tak boleh, confirm tergesel kereta orang (doktor yang bagi contoh ni).
Prosedur yang mudah sebenarnya. Hari ni masuk wad, pagi esok operate, kalau tak ada apa-apa, petang dah boleh discaj.
Kebanyakan kes lain, kanak-kanak ni kena pakai cermin mata untuk membetulkan juling dan keadaan lazy eye tu. Tak pasti kes tu macam mana sebab Zinnirah tak perlu semua tu.
Bagi kes Zinnirah, doktor pakar minta selalu bawa dia main outdoor dan terdedah kepada cahaya matahari. Silau cahaya matahari boleh membantu dia mengawal anak mata sendiri. 6 bulan daripada sekarang, doktor pakar akan tengok dia lagi. Semoga natural remedies tu akan membantu menyembuhkan mata zinnirah.
Jadi, doktor minta ambil 1 gambar dan rekod 1 video dia setiap bulan untuk tengok jika ada perubahan. Selain daripada tu, semestinya elakkan bagi tengok gadjet dan lebihkan kepada permainan kanak-kanak yang sebenar. (Jangan salah faham, Zinnirah juling bukan sebab gadjet 😅)
Ada beberapa orang kawan yang pm beritahu keadaan anak masing-masing dan tanya, perlu ke berjumpa doktor. Ask yourself dear. Its your kid. Tapi pendapat saya, jumpalah orang yang pakar dalam bidangnya untuk pemeriksaan yang lebih teliti.
Memang ramai yang cakap, tak payah pergi hospital pun nanti juling hilang sendiri bila besar. Pada saya, alhamdulillah kalau hilang sendiri. Tapi kalau tak? Anak akan membesar dengan kejulingan tersebut yang boleh menyebabkan dia rasa rendah diri dan mengganggu keyakinan dia.
Setiap kali jumpa orang, orang akan pandang dia 3-4kali. Orang mungkin akan tanya, “kenapa dengan mata awak?”
Lagi parah, kalau kejulingan tu sebenarnya berkait dengan saraf mata, atau mungkin menyebabkan kerabunan, atau anak akan mengalami mata malas yang teruk.
Sebagai ibu bapa, kita yang akan melihat keadaan anak bila dia besar nanti. Bukan orang-orang yang memberi nasihat, “tak apa nanti juling akan hilang sendiri”. Kita yang akan melihat anak kita kurang keyakinan diri dan mengganggu kehidupan seharian dia.
Saya bukanlah ahli dalam bidang ini, pakar jauh sekali. Maaf kalau info ini ada salah dimana-mana.
Kawan-kawan, doakan kejulingan mata Zinnirah akan baik. Sama ada secara natural remedies atau perubatan moden, saya terima. Asalkan mata Zinnirah tiada masalah, terutamanya rabun. Peritnya rabun teruk tu saya dah rasa. Sebab tu saya bersungguh cuba membawa Zinnirah untuk rawatan, sebelum terlambat.
Terima kasih untuk optometris dan doktor-doktor klinik pakar mata HRPB ipoh yang melayan mood anak kecil saya semasa pemeriksaan. Semoga Allah s.w.t balas kebaikan anda.💗