Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Sunday, July 31, 2011

ahlan wasahlan ya Ramadhan

Ahlan wasahlan ya ramadhan! ramadhan kembali lagi, tidak pernah gagal. Datangnya mengikut aturan, tidak awal walau sedetik atau lewat walau sesaat. Tertanya aku dalam hati, bersediakan wahai diri? menerima ramadhan yang suci untuk terus memohon redha Ilahi, dengan jiwa yang benar- benar ikhlas mencari?

Jujur aku akui, semakin meningkat dewasa, semakin aku alpa. semakin usia bertambah, semakin itulah aku berubah. Keadaan sekeliling dan persekitaran merubah aku. Merubah cara berfikir, amalan, juga tingkah laku.

Kerja dan tugasan menjadikan aku tertekan, itu sebenarnya. Aku sering memohon, sering mencari, dimana ikhlas aku dalam juang pekerjaan? Dulu, tugasan ini yang aku inginkan. Sekarang, bila dalam genggaman aku jadi penasaran.

Ramadhan yang bakal menjelma, membuat aku terfikir terus dan menerus, sampai bila aku harus begini? Tiada keberkatan dalam upah yang aku terima setiap bulan, bilamana aku tidak ikhlas sepenuh hati dalam menyempurnakan amanah itu. Mungkin hati aku bukan disini, walau dulu ini yang aku impi. Kadang-kadang akal jahat terfikir,

aku mahu kahwin, duduk dirumah, mendidik pahlawan dan srikandi zuriat ku, sambut kepulangan suami, dan uruskan syurgaku.

bila aku suarakan pada seorang teman akan hasrat ini, dia membantah. Tidakkah rugi ilmu ijazah yang aku usahakan selama ini? Bagaimana pula dengan kewangan, mampukah suami menangung beban seorang diri dengan keadaan kehidupan sekarang? Sanggupkah aku sekadar menjadi orang gaji di rumah sendiri? Banyak persoalan yang dia hadiahkan.

Akhirnya, aku buat keputusan. Teruskan sahaja dengan apa yang ada sekarang! Calon suami pun tiada, bakal suami entah dimana duduknya, aku pula yang terlebih berfikir dan merancang. Hehe..

owhh, jauh sudah aku merapu rupanya. Sebab apa yang aku tulis itu yang sedang aku fikirkan sekarang, walau aku disini sekadar untuk mengalu-alukan kedatangan bulan suci. Salam ramadhan! Semoga Ramadhan ini lebih bererti dan menjadikan kita lebih mengenal diri..





kau mencintai ku..

Kau mencintaiku
Seperti bumi Mencinta
i titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah Menghisap luka

Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah Menghangatkan
jiwa

Kau mencintaiku
Seperti air Mencint
ai titah Tuhannya
Tak pernah lelah Membersihkan lar
a
Tak pernah lelah Menyejukkan dahaga

Kau mencintaiku
Seperti bunga Me
ncintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah Menebar
mekar aroma bahagiaTak pernah lelah Meneduhkan gelisah nyala..


*ini bukan puisi aku. ini puisi filem ketika cinta bertasbih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...