Jujur aku akui, semakin meningkat dewasa, semakin aku alpa. semakin usia bertambah, semakin itulah aku berubah. Keadaan sekeliling dan persekitaran merubah aku. Merubah cara berfikir, amalan, juga tingkah laku.
Kerja dan tugasan menjadikan aku tertekan, itu sebenarnya. Aku sering memohon, sering mencari, dimana ikhlas aku dalam juang pekerjaan? Dulu, tugasan ini yang aku inginkan. Sekarang, bila dalam genggaman aku jadi penasaran.
Ramadhan yang bakal menjelma, membuat aku terfikir terus dan menerus, sampai bila aku harus begini? Tiada keberkatan dalam upah yang aku terima setiap bulan, bilamana aku tidak ikhlas sepenuh hati dalam menyempurnakan amanah itu. Mungkin hati aku bukan disini, walau dulu ini yang aku impi. Kadang-kadang akal jahat terfikir,
aku mahu kahwin, duduk dirumah, mendidik pahlawan dan srikandi zuriat ku, sambut kepulangan suami, dan uruskan syurgaku.
bila aku suarakan pada seorang teman akan hasrat ini, dia membantah. Tidakkah rugi ilmu ijazah yang aku usahakan selama ini? Bagaimana pula dengan kewangan, mampukah suami menangung beban seorang diri dengan keadaan kehidupan sekarang? Sanggupkah aku sekadar menjadi orang gaji di rumah sendiri? Banyak persoalan yang dia hadiahkan.
Akhirnya, aku buat keputusan. Teruskan sahaja dengan apa yang ada sekarang! Calon suami pun tiada, bakal suami entah dimana duduknya, aku pula yang terlebih berfikir dan merancang. Hehe..
owhh, jauh sudah aku merapu rupanya. Sebab apa yang aku tulis itu yang sedang aku fikirkan sekarang, walau aku disini sekadar untuk mengalu-alukan kedatangan bulan suci. Salam ramadhan! Semoga Ramadhan ini lebih bererti dan menjadikan kita lebih mengenal diri..

No comments:
Post a Comment