Drama Ramadhan Terakhir yang tengah meletup dengan lagu temanya- jangan lupa namaku. Drama ni memang best, kisah keluarga yang tunggang langgang, anak yang tak hormat mak dia, isteri yang tak hormat suami, dan mak yang tak jalankan tanggungjawab kepada anak-anak sampaikan anak dia panggil si mak ni 'mak setan'.
Drama ni memang mantap, tapi.. kenapa eh tasya shila (act as sakinah) pakai tudung macam tu? nampak sangat kekoknya dan tak kemas. Nampak sangat kembang semacam, jadi watak sakinah yang digambarkan sebagai seorang yang taat pada agama macam terganggu kat situ. Sekarang kan banyak fesyen tudung yang senang untuk digayakan, kemas dan cantik apatah lagi untuk orang yang kekok bertudung. Pengarah mungkin boleh lebih prihatin dengan penampilan bertudung macam ni, selepas ini.
Pelakon yang paling menonjol dalam drama ni, Fazlina Ahmad Daud(dia ni adik Ogy ke?) yang bawak watak isteri kepada Esma Danial dan mama kepada anak yang berdua tu. Congratz to her sebab lakonan yang sangat mantap dan menjadi, ekspresi dan gaya tubuh yang betul-betul menghayati dan dialog yang sempoi tapi penuh maksud. Dalam cerita ni, dia digambarkan sebagai seorang yang memang tersasar dari jalan Allah, tapi sebenarnya tahu serba sedikit pasal ilmu agama ni.
"panasnya kat sini..tapi kat neraka nanti lagi panaskan?"
Dia tahu api neraka panas,tapi masih tak puasa. kelakar pun ada tengok watak dia, tapi watak yang sangat hidup.
Watak ketiga yang menarik perhatian saya ialah Akhie (driver kepada Esma Danial). Seorang anak muda yang nampak tenang, dan menggunakan bahasa yang berhemah untuk menenangkan bos dia. Mungkin pelakon baru, tapi acting boleh tahan. Hensem pun hensem.
Dan yang paling best, lagu 'Jangan lupa Namaku'. First time dengar memang tertarik, muzik macam unik, senikata pun menusuk kalbu. Tapi sayang,full version belum keluar. Kalau nak dengar full version, sila klik 'like' dekat fanpage Pompa Bensin, sebab diorang akan reveal full version bila cukul 5 ribu orang like page diorang ni. Penyanyi masih lagi misteri, tapi ramai yang berspekulasi penyanyinya Afzar, Nadia Aqilah dan Aqasha. Kita tunggu dan lihat saja la ye.
Ini dia, Jangan Lupa Namaku- Pompa Bensin [VIDEO]
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...
Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu......
*mencuit hati kan?*
No comments:
Post a Comment