Saturday, December 31, 2011
selamat-selamat
Selamat-selamat
selamat tinggal Pfizer
terima kasih atas pengalaman bermakna
atas suka duka dan jerit tawa
telah tercatat kalian
dalam diari kehidupan
seorang insan
seorang aku
selamat tinggal 2011
menjauhlah rasa lelah
minggirlah semangat rebah
senyum, tawa, terluka atau kecewa
semua itu perjalanan
pengalaman
semoga 2012 yang bakal menjelang
menambahkan sebuah ketabahan
menyalakan api kekuatan
yang hampir terpadam.
semoga-semoga
semuanya yang baik-baik saja
mengiringi kembara kita
untuk 2012
yang hampir menjenguk muka.
Wednesday, December 07, 2011
lelaki: dulu dan kini
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.
dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.
dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.
dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya
dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,
kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.
dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.
dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~
(dipetik dari Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)
* Kebenarannya ada disitu. Bukan semua, tapi sebahagian. Bukan sebahagian kecil, tapi sebahagian besar. Bukan menidakkan kemampuan lelaki islam sekarang, tapi sedikit sebanyak ini kenyataan. Gumpalan benang maksiat yang terbentang, tangan kalian yang harus mengurainya. Bagaimana? kembalilah pada cara Rasulullah S.A.W. Ayah, lenturkanlah anakmu menjadi islam teguh kepercayaan kuat amalan diusia rebung. Justeru anakmu akan tumbuh membesar menjadi kebanggaan. Suami, didiklah isteri. Justeru isteri akan mendidik anak-anak sebagaimana acuanmu suami. Saudara lelaki, peliharalah maruah saudara wanitamu. Justeru maruah agamamu akan terbela. Jika ramai lelaki mengeluh sukar mencari wanita penjaga jati diri di zaman ini, begitu jugalah sukarnya wanita mencari lelaki pembela maruah dan peribadi. Benar, kita melengkapi. Tetapi, tugasmu lebih getir lelaki. Amanah yang tertanggung di pundak kanan dan kiri, bukan untuk kalian bangga meninggi diri. Bukan juga untuk kalian kesali dan ratapi. Bangkitlah lelakiku, bersama kita bina kembali tamadun kehidupan yang semakin hampir ke arah kemusnahan.
Meminjam tagline program ustazah pilihan, 'didik wanita, terdidik generasi'.
Jadi lelaki, didiklah kami.
Sunday, December 04, 2011
kerana ia bernama cinta.
Kerana cinta pada manusia, seorang celik menjadi buta, seorang raja hilang negara, seorang ulama lalai agama, seorang budak dewasa sebelum usia. Awalannya mungkin nikmat, tapi penghujungnya tiada siapa yang tahu. Cintailah yang di atas sana, sebelum menyintai bumi dan segala isinya.
kerana ia bernama cinta, kita mungkin terleka.
semoga leka itu, leka menuju redha yang Esa.
Saturday, December 03, 2011
Catatan Hari Lahir 021211
Disember datang menggenapkan lagi usia seorang aku, seperti tahun-tahun sudahnya. Pertambahan usia ini bukan sekadar dirai dengan kesyukuran di atas limpah dan kurnia Yang Esa, yang masih lagi memberi ruang dan peluang untuk aku bernafas sehingga ke saat ini. Pertambahan usia ini juga sebagai peringatan sebenarnya. Adakah sepanjang hidup akal ini, telah sempurna kejadianku sebagai seorang hamba? telah lengkap tanggungjawabku yang diamanah oleh Dia Yang Mencipta? Peringatan untuk aku, agar usia yang bersisa usah dipersia. Seharusnya aku sedar, hidup bukan hanya untuk bergembira!Sesungguhnya manusia ini semakin hari semakin tua. Semoga perjalanan hidup yang seterusnya, sentiasa dibawah lindungan Rahmat Yang Esa..
*terima kasih istimewa untuk mak dan arwah abah, yang telah membawa seorang aku ke dunia ini. Yang telah memahat kekuatan untuk aku terus bertahan. Yang telah menanam semangat untuk aku berani berjuang walau sekecil perjuangan. Yang telah mengajar apa itu malu agar maruah menjadi keutamaan. Kalian lah malaikat duniaku, terima kasih!
Wishing me a day soft as silk
white as milk
sweet as honey&full of money
and
and
may all dreams come true
Subscribe to:
Posts (Atom)