Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Wednesday, December 07, 2011

lelaki: dulu dan kini


dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.

dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.

dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,

kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.

dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,

kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya

dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,

kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,

kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~

(dipetik dari Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)

* Kebenarannya ada disitu. Bukan semua, tapi sebahagian. Bukan sebahagian kecil, tapi sebahagian besar. Bukan menidakkan kemampuan lelaki islam sekarang, tapi sedikit sebanyak ini kenyataan. Gumpalan benang maksiat yang terbentang, tangan kalian yang harus mengurainya. Bagaimana? kembalilah pada cara Rasulullah S.A.W. Ayah, lenturkanlah anakmu menjadi islam teguh kepercayaan kuat amalan diusia rebung. Justeru anakmu akan tumbuh membesar menjadi kebanggaan. Suami, didiklah isteri. Justeru isteri akan mendidik anak-anak sebagaimana acuanmu suami. Saudara lelaki, peliharalah maruah saudara wanitamu. Justeru maruah agamamu akan terbela. Jika ramai lelaki mengeluh sukar mencari wanita penjaga jati diri di zaman ini, begitu jugalah sukarnya wanita mencari lelaki pembela maruah dan peribadi. Benar, kita melengkapi. Tetapi, tugasmu lebih getir lelaki. Amanah yang tertanggung di pundak kanan dan kiri, bukan untuk kalian bangga meninggi diri. Bukan juga untuk kalian kesali dan ratapi. Bangkitlah lelakiku, bersama kita bina kembali tamadun kehidupan yang semakin hampir ke arah kemusnahan.

Meminjam tagline program ustazah pilihan, 'didik wanita, terdidik generasi'.
Jadi lelaki, didiklah kami.

6 comments:

Anonymous said...

Semoga diri ini seperti lelaki yang dulu...

tamsilankendiri said...

alif, semoga kekuatan mereka yang dulu ada pada kamu,InsyaAllah. mana tahu?

Anonymous said...

Diberi keizinanNya untuk tahu. hehe.. dunia skrg tanpa sempadan. Harap sudi berkenalan. haha

tamsilankendiri said...

kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. selamat berkenalan. cuma, blog saya tidak semeriah blog kamu.

Anonymous said...

tak mengapa. sy buat blog ni sikit2. mula2 mcm awak juga. hehe

tamsilankendiri said...

saya memang tak aktif sangat. skrg lbh suka masukkan puisi. tak larat nk komen isu semasa.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...