Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Wednesday, March 21, 2012

malamku untukmu

Selamat malam dunia

andai malam kalian gembira

semoga terus bahagia..

andai malam kalian kecewa

jangan terus berduka

esok masih ada

berharaplah agar ia lebih bermakna


Selamat malam cinta

cukuplah kisah luka pedih jiwa

cerita rasa duka air mata

tutuplah buku lama lambang derita

pejamlah mata dimalam gelita

lupakan segala

mimpikan bahagia

senyumlah dalam lena


Selamat malam manusia

tamatlah kisah dongeng penglipurlara

berakhirnya perjuangan hari yang nyata

semangat yang dibawa

moga terus membara

menerangi perjalanan sepanjang usia

menjadi petunjuk tika buntu tiada daya

perisai iman waktu godaan menimpa

atau pertahanan saat musibah melanda


Selamat malam dunia

selamat malam cinta

selamat malam manusia

berpegang kata pujangga

semalam itu telah berlalu

hari ini harus kita jalani tanpa ragu

dan esok

tiada siapa tahu

apa akan berlaku


Selamat malam semua

salamku buat bulan bercahaya

bintang gemerlap di atas sana

serta buat bumi dan segala isinya

...pejamlah mata!

dan esok itu menunggu kita.


Friday, March 16, 2012

pencarian bumi kerteh

Aku mengharapkan keajaiban. Sangat berharap. Keajaiban untuk berjumpa dengan seseorang, yang dulu pernah aku kenali. Bukan kenal, sekadar tahu wajah dan beberapa maklumat yang sangat limited.

jantina: lelaki
lokasi 2 tahun lepas: kerteh
asal: kedah (sbb plat kereta dia start dengan K)
Pekerjaan: tak tahu kerja apa, aku cuma tahu dia kerja kat petronas je.

2 tahun lepas, aku peminat dalam diam dia. Dia, customer hensem aku.

Andai ditakdirkan ada jodoh aku terserempak lagi dengan dia selepas ini, kalau dia sorang-sorang tengah jalan-jalan kat mesra mall ke, aku sumpah akan tegur dia sambil hulur bisnes kad aku.

Tapi, andai masa tu dia tengah dukung baby dengan seorang perempuan dekat sebelah, aku tengok dari jauh je la.

Aku berdoa juga, semoga Allah S.W.T temukan balik walau dengan sekadar aku yang cam dan kenal. Kalau aku dah jumpa, pencarian aku selama 2 tahun ni akan berakhir dan aku boleh balik kerteh setiap minggu dengan tenang.

Wahai customer hensem yang bermuka skima, semoga anda masih berada di bumi kerteh dan semoga saya akan terserempak dengan anda.

owh, ini bukan cinta. ini sekadar minat.

Wednesday, March 07, 2012

nilai yang hilang


Perkahwinan tu sesuatu yang sucikan? Penyatuan dua hati yang perlukan sepenuh keikhlasan diiringi dengan kematangan, kejujuran, toleransi dan sifat-sifat terpuji yang lain. Orang kata perkahwinan bukan mencari seseorang yang sempurna, tapi melalui perkahwinan kesempurnaan boleh dibentuk yakni dengan saling melengkapi antara satu sama lain.

Perkahwinan paksa, penuh dengan 1001 agenda, wasiat orang yang nazak, menyelamatkan maruah keluarga atau apa sahaja yang seerti dengannya, semua tu adalah klise. Sangat klise. Sekarang dah jadi fenomena apabila masyarakat kita suka pada perkahwinan paksa klise yang plastik. Plastik? Ya, plastik.

Drama-drama meletup sekarang, Vanila Coklat, BBF Teman Tapi Mesra, Atas Nama Cinta, Pelangi Kasih dan yang paling hot, Nora Elena. Cuba fikir persamaan drama-drama ni? Perkahwinan yang diatur, kerana agenda-agenda tertentu tanpa wujud keikhlasan diawal perancangan. Paksa anak kahwin (Vanila coklat), kahwin sebab nak bebas dari kongkongan ayah (BFF selamanya), suruh anak kahwin sebab dah nazak (Atas Nama Cinta), Kahwin sebab harta (Pelangi Kasih) dan kahwin sebab pengantin lelaki batalkan perkahwinan saat-saat akhir (Nora Elena).

Yang peliknya, drama-drama ni tetap meletup. Masyarakat kita suka tengok lakonan-lakonan yang konon-konon gaduh lepas kahwin, pastu jatuh cinta, pastu hidup bahagia selamanya. Romantik katanya. Plastik, palsu, klise dan merapu!

Pada aku, lambakan drama-drama dengan motif atau jalan cerita macam ni, menjatuhkan nilai perkahwinan dalam masyarakat kita. Islam angkat martabat satu akad yang dilafazkan oleh seorang lelaki, menghalalkan seorang perempuan keatasnya, untuk mereka sama-sama bina keluarga islam. Tapi, kalau martabat perkahwinan tu kita dah rendah-rendahkan macam mana kita nak angkat dan bentuk nilai kekeluargaan?

Fikir logik la masyarakat, anda dari keluarga yang educated seorang doktor atau ahli perniagaan dan anak anda pandai amik bidang guaman. Nak ke kahwinkan anak umur 18 tahun dengan alasan nak kukuhkan ikatan persahabatan? Lain lah kalau anak tu dah cukup matang, cukup ilmu dan persediaan untuk jadi isteri, dan anak tersebut kalau tidak dikahwinkan akan terjebak dengan maksiat. Aku percaya tak ada yang sanggup! Tak ke kita dah rendahkan martabat perkahwinan kat situ?

Dalam dunia realiti, kita sendiri tak kan nak untuk berada dalam keadaan macam tu. Sebab hidup adalah hidup, bukan lakonan depan kamera kemudian tayang dalam tv. Scene tak menjadi boleh berlakon balik, potong mana yang tak menarik, undo untuk acting yang tak cantik atau ubah skrip supaya situasi jadi lagi bombastik dan dramatik. Hidup adalah apa yang terlafaz dari mulut dan tindakan yang diambil tak kan boleh diundur balik. Perkahwinan yang tak jujur, kita tahu pengakhiran biasanya adalah penceraian. Keruntuhan institusi kekeluargaan anak-anak adam.

Kata kunci tak puas hati yang nak disampaikan sebenarnya simple je, kita dah semakin jauh dari matlamat perkahwinan dan media massa memainkan peranan yang cukup baik dalam mempengaruhi minda masyarakat dalam hal ni. Sebab tu lah, anak-anak gadis tak takut untuk lari dari rumah ikut mamat entah apa-apa. Drama-drama melayu tunjukkan yang perkahwinan adalah sesuatu yang mudah dengan ending yang bahagia. Itu bodoh, sangat bodoh ok!

Ini pasal drama, kalau novel? lagi berlambak novel sampah kat pasaran. Especially keluaran syarikat kaki novel. Bayangkan budak umur 16 tahun pun boleh buat novel cerita perkahwinan beragenda dengan plot-plot cerita selepas perkahwinan. Imaginasi terlebih? atau pengalaman melalui pembacaan?

Bila perlahan-lahan nilai perkahwinan kita pesongkan, perlahan-lahan jugaklah institusi kekeluargaan kita runtuhkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...