Kita tahu, selalu tahu Allah S.WT itu adil tapi kita kadang-kadang masih mempersoalkan. Kita tahu Allah S.W.T kurniakan sesuatu kepada kita berdasarkan kemampuan kita, tapi kadang-kadang kita masih persoalkan tentang keadilan.
"Kenapa aku, kenapa bukan orang lain?"
Kita selalu bertanya kenapa. Bukan kau saja, kerana aku pun selalu begitu dan aku percaya setiap orang selalu bertanya kenapa kepada diri sendiri. Sedar tak sedar sebenarnya kita sedang mempersoalkan kenapa takdir perjalanan kita sedemikian rupa.
" Kenapa aku tercampak kat sini? Kenapa aku berada dalam bidang ni?"
" Kenapa abang long pergi awal saat aku belum bersedia?"
" Kenapa Allah S.W.T uji kami adik beradik dengan pelbagai ujian ni? "
" Kenapa bertimpa-timpa dugaan datang?"
Ini soalan kenapa yang selalu bertanda soal dalam diri aku. Walau aku tahu, ini adalah ketetapan Allah S.W.T tapi kadang-kadang minda tetap degil untuk bertanya soalan kenapa.
Sama seperti kau sahabat, aku juga selalu bertanya soalan kenapa. Tapi, soalan 'kenapa' kita memang tak sama.
Tak sangka tau aku pernah menitiskan airmata sebab fikir tentang ni. Kenapa kawan-kawan senang dapat kerja? Apply > interview > start. Gaji jejak RM3000 pulak tu.
Mungkin aku ada dalam setiap soalan 'kenapa' kau itu. Mungkin kerja aku stabil. Mungkin gaji aku berpatutan. Mungkin nampak aku agak bahagia bila sedang merancang untuk berkahwin. Tapi sahabat, untuk setiap 'mungkin' yang kau nampak aku ada, hanya aku yang tahu apa yang aku lalui. Hanya aku yang tahu setiap tekanan yang pernah dan sedang aku rasa. Setiap kecewa yang tak terucap. Setiap putus asa saya sering bersarang.
Aku sendiri pernah mendaki hari-hari sukar dalam kerjaya. Aku sendiri pernah bertanya "kenapa aku tak dapat kerja kerajaan?". Aku sendiri pernah merasa betapa kecilnya RM1800 di awal permulaan bergelar pekerja. Aku pernah merasa kerja yang kau tak pernah rasa.
Kalau kau pernah menitiskan airmata sebab fikirkan tentang gaji dan seerti dengannya, ketahuilah sahabat bahawa pernah suatu ketika air mata aku sangat murah menghadapi kehilangan saudara kandung, melihat ibu bertarung nyawa, melihat kesakitan, kesedihan, kepedihan dan semua yang sama erti dengannya. Dan aku percaya, kau belum pernahkan?
Kau dan aku, kita hanya perlu sama-sama bersyukur. Ujian dan dugaan kita tak sama. Aku ada apa yang kau tiada, dan kau ada apa yang aku tiada. Kenapa? untuk kita sama-sama muhasabah diri bahawa dalam hidup ni kita tak perlukan semua benda, cukuplah perkara yang boleh membahagiakan kita dan menjadikan kita manusia yang lebih baik. Sememangnya kau juga selalu ada dalam setiap soalan kenapa aku. Kenapa aku tak dapat kereta free jadi aku tak perlu keluar duit bayar bulan-bulan? Kenapa aku tak dapat bercuti dan duduk oversea percuma? Kenapa aku tak kurus macam kau? Kenapa kau boleh makan apa saja dan banyak mana sekalipun tanpa perlu fikir berat badan akan naik? Kenapa kulit aku tak cerah macam kau? Kenapa, kenapa dan kenapa? Sedangkan kau ada semua tu.
Soalan kenapa kau itu mungkin bukan untuk aku.Sememangnya aku belum berada pada tahap teramat bertuah untu menjawab setiap soalan kenapa kau. Aku sekadar rasa terpanggil untuk menjawab. Sapulah airmata mu dan sambunglah makan lempeng mu itu sahabat :).
P/s: mendapat berita kak long baru diserang sawan. mungkin kerana saki baki tumor yang sedang membengkak, memberi tekanan kepada saraf. Semoga kak long akan selamat. Semoga Allah S.W.T kuatkan kak long. Semoga Allah S.W.T kuatkan kami.