Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Friday, September 30, 2011

Puisi untuk abah


Puisi ini buat arwah abah yang telah pergi genap 11 tahun pada 9 Sept yang lalu. Terkenang pada waktu itu, saat nyawa abah diangkat ke langit, saat jasadnya disemadi ke liang lahad, saat jantungnya tidak berdegup dan tidak lagi akan berdegup, saat mata abah tertutup rapat dan tidak mungkin akan terbuka lagi, saat hilangnya seorang bapa dalam hidup kami. Sayu, sebak, sedih - hanya air mata menjadi tanda, tidak terluah dengan bicara tutur kata. Apatah lagi, tarikh itu 3 hari sebelum menjelang peperiksaan UPSR yang bakal aku hadapi. Walau 11 tahun berlalu, segala-galanya mengenai abah tetap terakam kemas dalam sanubari. Khas buatmu,

PUISI UNTUK ABAH

Saat pertama kali abah terkulai layu
Kurang mengerti..kami terpaku
Saat daya abah ditarik satu persatu
Cuba memahami..kami mula tahu
Senja nan merah saat tibanya waktu
Abah kaku disitu
Menemui Dia Yang Satu

Tiada kata yang termampu
Sekadar air mata yang mengalir laju
bersama esak hening sayu

Melewati detik sukar kehidupan
Abah pergi jua
Tertunailah janji seorang anak Adam
Tanpa sempat melihat warisnya tumbuh dewasa
sekadar sedikit kesempatan yang pernah ada
Mengajar kami menjadi manusia

Garang, mejadikan kami matang
Tegas abah buat aku tak mudah rebah
Jelingan itu anak panah amarah
Rotan nan sebatang memaknakan hukuman

Pada mata yang memandang
Segalanya mungkin tampak biasa
Tapi jauh dilubuk jiwa
Rindu pada abah tiada tara
Gelodak naluri si anak yang membesar tanpa bapa
Tiada daya untuk berkata
Kerna takdir Tuhan mengatasi segala

Puisi ini untuk abah
Rindu ini untuk abah
Istimewa untuk abah
Hanya untuk abah
Kerana abah tetap abah
Tiada ganti walau waktu terhenti
kerana kasih abah abadi
tenanglah di sana..



7 comments:

zarihan said...

Salam..sajak anda amat puitis dan sedap didengar serta kena dengan perjalanan hidup arwah abah saya. Mohon share ya.

tamsilankendiri said...

silakan zarihan. Semoga arwah abah wak juga tenang disana.

Anonymous said...

Mohon share saudara tamsilankendiri..teramat terasa di sudut hati akn arwah..

Anonymous said...

Maaf.. *saudari..

Anonymous said...

Sy share ye..sedap puisi ni

Unknown said...

Assalamualaikum..
Besok genap setahun pemergian abah. Terasa sekejap saja masa berlalu. Bila terbaca puisi ini, sungguh hati terasa amat sedih . Amat rindukan abah. Tiada daya. Tiada asa. Hanya amalan dan doa anak2 mampu dititipkan untuk abah tercinta. Mohon share ye. Semoga arwah abah ditempatkan bersama golongan yg beriman... Anakmu yg merindui abah

Unknown said...

Assalamualaikum..
Besok genap setahun pemergian abah. Terasa sekejap saja masa berlalu. Bila terbaca puisi ini, sungguh hati terasa amat sedih . Amat rindukan abah. Tiada daya. Tiada asa. Hanya amalan dan doa anak2 mampu dititipkan untuk abah tercinta. Mohon share ye. Semoga arwah abah ditempatkan bersama golongan yg beriman... Anakmu yg merindui abah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...