Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Friday, May 18, 2012

Teach For Malaysia- anda bila lagi?

Memetik maklumat daripada Teach For Malaysia website,

We need our brightest minds to solve our biggest challenge

"If you consider yourself to be a leader in your generation, with the power to inspire and lead change in the lives of others, you may be who we’re looking for.

The Teach For Malaysia Fellowship is a highly selective, challenging and rewarding two-year leadership development programme focused on addressing education inequity in Malaysia through the efforts of outstanding youth leaders.

We invite applications from exceptional Malaysian students in their final year of study and young professionals who want to pioneer this exciting mission and begin their career driving real impact and long-term change. You will teach in high-need schools in Malaysia to significantly transform the academic achievement, aspirations and outcomes of these students. You will receive intensive training and support, taking on huge responsibility and grow through a steep learning curve. You will develop tremendously through amazing personal and professional development opportunities.

Best of all, you will directly impact the lives of children in high-need communities and understand what it takes to solve education inequity in the long-term. After the two years, you become a Teach For Malaysia Ambassador and join an influential national and global alumni platform, becoming a leader in the private, social or public sector to expand education opportunity for all children in Malaysia and the world."


Teach For Malaysia, satu program hasil kerjasama NGO dan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak pedalaman mendapat pendidikan sebagaimana rakan-rakan lain yang tinggal di bandar. Untuk tahun ini, mereka hanya akan memilih 70 orang calon sahaja sebagai perintis dan mereka-mereka yang terpilih ini akan dihantar mengajar di sekolah-sekolah pedalaman Malaysia melibatkan beberapa buah negeri. Calon-calon terpilih itu juga akan berkhidmat secara sepenuh masa selama 2 tahun, mencurah keringat dan bakti untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan anak-anak desa yang agak terpinggir.

Calon yang memohon haruslah benar-benar ikhlas kerana tujuan program ini bukan untuk memberi keuntungan kepada individu-individu terpilih, tetapi lebih kepada kesanggupan untuk berkongsi ilmu dan semangat dengan mereka selain membentuk sifat kepimpinan diri sendiri.
They don't care about the incomes, but outcomes. 

..dan aku berharap untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Gaji yang ditawarkan mungkin sedikit rendah daripada pendapatan sekarang, tapi bukan itu yang menjadi keutamaan. Just let go this selfish life and lets sacrifice for them, because they also have a right to get what we get before.

Saya sudah memohon, anda bila lagi?




Sunday, May 13, 2012

Sekeping


Sekeping ini, cuma sekeping.
Tersorok dalam ruang paling dalam, yang tak mungkin mampu kamu selam.

Sekeping ini,
Silakan menikam. Gunakan belati paling tajam. Atau, siatlah dengan rakus sepasang tangan. Mungkin akan ada luka merah. Mengalir sekadar menurut norma kehidupan. Luka merah tanda kita sekadar insan lemah. Sesekali dikejut amarah, kita tersentak lelah. Duka itu,sekejap cuma. Sekadar sekejap.  

Sekeping ini takkan mati hanya kerana itu. Kuatnya sekeping ini, hingga mampu memayungi semangat jasad diri meniti hari-hari. Sekeping ini akan terus berfungsi. Sesekali mungkin berkeluh penat, tapi sekeping ini akan kembali mencari semangat. Takkan mati sekeping ini melainkan terpisahnya roh dari diri, saat tibanya waktu dipanggil bertemu Ilahi.

Ia memang cuma sekeping, tapi terpenting.
Sekeping ini, sekeping HATI.

*Ini bukan kecewa, ini sekadar melepaskan sedikit rasa.

Friday, May 11, 2012

Berakhir cerita 5 tahun.

Waktu kita sedang patah hati, kalau boleh kita nak laung biar satu dunia dengar. Biar semua orang tahu yang 'hey, aku sedang kecewa!' Biar semua orang faham, dan sekurang-kurangnya ada yang datang hulurkan kata-kata semangat.

Ya, aku sedang patah hati. Aku sedang kecewa. Marah? sedikit. Aku rasa kalah. Bodoh untuk seketika. Jatuh sekejap ego yang selama ini aku junjung.

Bertahun-tahun berkawan, yang aku panggil cinta tak matang. Aku undur diri seketika, kononnya untuk sama-sama muhasabah. Moga dengan perpisahan itu, kami jadi lebih matang dengan hala tuju hubungan. Walau di mulut aku ucap redha, jauh di sudut hati tetap mengharapkan dia kembali dengan keputusan yang lebih matang.

..Dan benar, hari in dia datang. Datang membawa perkhabaran bahawa dia sudah matang.

'I have something to tell u. Saya akan bertunang, 9 Jun nanti. Doakan kebahagian kami. Saya doakan Amie bertemu dengan jodoh yang baik'

Rasa macam tersentap. Bukan sebulan, bukan juga setahun. tapi lebih kurang 5 tahun. Kami berkawan, kenal hati budi, kongsi masalah yang ada, waktu dia jatuh aku tiupkan semangat, sedang aku berduka dia berikan kata-kata ceria. Bermula dari saat masing-masing masih tak punya apa-apa sehinggalah sekarang kami berdua dah ada kerjaya.

Perpisahan yang sekejap. Dan dia diilhamkan dengan keputusan matang itu. 3 bulan perpisahan, dan dia ketemu pilihan yang dulu dia keliru.

Aku menulis bukan kerana aku tidak redha, bukan juga menolak takdir. Bukan!. Tapi kerana aku adalah manusia biasa, yang rasa sakit ditikam pada hati yang paling dalam. Aku lepaskan dia sebelum ini dengan satu harapan bahawa dia akan kembali dengan perubahan, dan hari ini dia datang dengan khabar yang buat aku terdiam. 5 tahun persahabatan, dia tak mampu buat keputusan untuk aku dan dia. Tapi, 3 bulan yang dilalui ini, dia telah ketemu dengan pengganti yang dia rasa pasti. Aku rasa kalah.

Aku terima hakikat, antara kami telah tertulis tiada jodoh yang akan mengikat. Ustazah pilihannya mungkin jauh lebih hebat. Tak mengapa. Hari ini, aku lepaskan dia dengan sepenuh hati tanpa dendam yang tersimpan. Aku tahu dan aku akan tunjukkan bahawa, aku lebih kuat daripada apa yang dia anggap. Semoga Allah permudahkan urusannya, dan semoga Allah teguhkan hati aku lebih teguh dari biasa.

..dan ternokhtahlah, cerita 5 tahun ini. Semoga bahagia.

Wednesday, May 09, 2012

Surat Untuk Ibu

Ibu,
           Saat perginya abah di senja nan merah, ibu tetap tabah. Walau telah hilang seorang lelaki disisi, ibu tetap kuat meniti hari. Esak tangis kami waktu itu, ibu cuba tenangkan walau jiwa ibu sendiri celaru. Keseorangan membesarkan anak-anak yang masih mentah, sememangnya bukan mudah . Sesekali terdengar keluhan ibu, apakan daya aku anak kecil yang tak mampu untuk membantu. Walau apa jua cuaca, ibu tetap gigih mengerat kudrat demi anak-anak tercinta. Pesan ibu, tidak mengapa kita menyuap nasi tanpa lauk sekarang, asal nanti tersenyum kenyang dimasa depan. Buktikan pada dunia, anak yang membesar tanpa bapa juga mampu mencorak masa depan yang selesa!.

Semakin meningkat remaja, semakin kita terpisah dek jarak dan masa. Demi ilmu yang dicari, kita merelakan perpisahan ini terjadi. Dalam kesibukan mencari ilmu, perlahan-lahan aku hampir terlupa bahawa aku masih punya ibu yang sedang tua. Mujur, aku kembali ibu. Kembali untuk mengucup berkat tanganmu dan bening dahi yang semakin menunjukkan tanda usia. Seringkali juga aku tatap wajahmu dalam tenang lena seorang ibu. Kini aku berjaya dewasa, hasil semangat dalam doa titipanmu.

Aku memang bukan anak terbaik, jauh sekali menjadi yang paling patuh. Setiap tutur kata mu, ada sahaja aku bantah. Suruhanmu, kadang-kadang aku biarkan. Maafkan aku ibu, atas setiap keterlanjuran itu. Tapi jauh disudut hati ini, aku mahu dan sentiasa mahu untuk menjadi anak kebanggaan ibu. Susahnya menjadi anak pada zaman ini, tapi susah lagi menjadi seorang ibu 10 orang anak.

Tidak terucap bangga yang bersarang didada, tidak terhitung syukur dipanjatkan pada Dia, tidak terzahirkan dengan kata-kata. Sesungguhnya ibulah, insan teristimewa yang menghuni sudut jiwa pada setiap ruang masa. Terima kasih tuhan, kerana kurniakan kami seorang pejuang kehidupan.

Coretan ini, memang biasa-biasa sahaja. Mana mungkin mampu menandingi kasih ibu yang tiada tara. Tapi aku ingin khabarkan pada dunia dah seluruh isinya, bahawa tanpa ibu tidak mungkin aku menjadi manusia. Ibu, aku berdiri atas jasamu.


Ibu, dikaulah malaikat hidupku!

Puisi untuk abah
* coretan ini sebenarnya adalah untuk penyertaan 'Letter For Mum" anjuran Awana Genting Group. Aku tahu coretan ini tidak akan menang, kerana aku tidak sekreatif mereka. Tapi inilah coretan paling ikhlas, dari sudut hati yang paling dalam, untuk ibu. Buatmu ibu, Fatimah binti Ngah, semoga doamu akan sentiasa menemani perjalanan hariku. Ya Allah, berkatilah dia, ibu ku..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...