Ya, aku sedang patah hati. Aku sedang kecewa. Marah? sedikit. Aku rasa kalah. Bodoh untuk seketika. Jatuh sekejap ego yang selama ini aku junjung.
Bertahun-tahun berkawan, yang aku panggil cinta tak matang. Aku undur diri seketika, kononnya untuk sama-sama muhasabah. Moga dengan perpisahan itu, kami jadi lebih matang dengan hala tuju hubungan. Walau di mulut aku ucap redha, jauh di sudut hati tetap mengharapkan dia kembali dengan keputusan yang lebih matang.
..Dan benar, hari in dia datang. Datang membawa perkhabaran bahawa dia sudah matang.
'I have something to tell u. Saya akan bertunang, 9 Jun nanti. Doakan kebahagian kami. Saya doakan Amie bertemu dengan jodoh yang baik'
Rasa macam tersentap. Bukan sebulan, bukan juga setahun. tapi lebih kurang 5 tahun. Kami berkawan, kenal hati budi, kongsi masalah yang ada, waktu dia jatuh aku tiupkan semangat, sedang aku berduka dia berikan kata-kata ceria. Bermula dari saat masing-masing masih tak punya apa-apa sehinggalah sekarang kami berdua dah ada kerjaya.
Perpisahan yang sekejap. Dan dia diilhamkan dengan keputusan matang itu. 3 bulan perpisahan, dan dia ketemu pilihan yang dulu dia keliru.
Aku menulis bukan kerana aku tidak redha, bukan juga menolak takdir. Bukan!. Tapi kerana aku adalah manusia biasa, yang rasa sakit ditikam pada hati yang paling dalam. Aku lepaskan dia sebelum ini dengan satu harapan bahawa dia akan kembali dengan perubahan, dan hari ini dia datang dengan khabar yang buat aku terdiam. 5 tahun persahabatan, dia tak mampu buat keputusan untuk aku dan dia. Tapi, 3 bulan yang dilalui ini, dia telah ketemu dengan pengganti yang dia rasa pasti. Aku rasa kalah.
Aku terima hakikat, antara kami telah tertulis tiada jodoh yang akan mengikat. Ustazah pilihannya mungkin jauh lebih hebat. Tak mengapa. Hari ini, aku lepaskan dia dengan sepenuh hati tanpa dendam yang tersimpan. Aku tahu dan aku akan tunjukkan bahawa, aku lebih kuat daripada apa yang dia anggap. Semoga Allah permudahkan urusannya, dan semoga Allah teguhkan hati aku lebih teguh dari biasa.
..dan ternokhtahlah, cerita 5 tahun ini. Semoga bahagia.
5 comments:
5thn lepas maknanye kte 1st year? how come aku xperasan sape..
newey mi, smoga kbhagian tu milik ko jgk. insyaAllah sooner or later. amin..
Laju ko kira.5 tahun campur masa mula2 kenal la. Aku terima dan aku bersedia. Cuma sikit sebanyak, rasa mcm loser. tapi aku ok je.thanks.
harap byk bersabar.. Terlepas yg baik bermakna Allah nak beri yg lebih baik. Banyakkan berdoa. Kumbang bukan seekor.
Forget what hurt you in the past, but never forget what it taught you.
If you walked away from someone & they DIDN'T chase after you, rest assured, you made the right decision.
Never cry for the person who hurts you..just smile & say "thanks for giving me a chance to find someone better than you."
Alif: thanks. tapi akak ok je.hehe
yanie: xhabis2 dgn quota mu. but, mmg ayat-ayat tu indah..hahaha
Post a Comment