Saat perginya abah di senja nan merah, ibu tetap tabah. Walau telah hilang seorang lelaki disisi, ibu tetap kuat meniti hari. Esak tangis kami waktu itu, ibu cuba tenangkan walau jiwa ibu sendiri celaru. Keseorangan membesarkan anak-anak yang masih mentah, sememangnya bukan mudah . Sesekali terdengar keluhan ibu, apakan daya aku anak kecil yang tak mampu untuk membantu. Walau apa jua cuaca, ibu tetap gigih mengerat kudrat demi anak-anak tercinta. Pesan ibu, tidak mengapa kita menyuap nasi tanpa lauk sekarang, asal nanti tersenyum kenyang dimasa depan. Buktikan pada dunia, anak yang membesar tanpa bapa juga mampu mencorak masa depan yang selesa!.
Tidak terucap bangga yang bersarang didada, tidak terhitung syukur dipanjatkan pada Dia, tidak terzahirkan dengan kata-kata. Sesungguhnya ibulah, insan teristimewa yang menghuni sudut jiwa pada setiap ruang masa. Terima kasih tuhan, kerana kurniakan kami seorang pejuang kehidupan.
* coretan ini sebenarnya adalah untuk penyertaan 'Letter For Mum" anjuran Awana Genting Group. Aku tahu coretan ini tidak akan menang, kerana aku tidak sekreatif mereka. Tapi inilah coretan paling ikhlas, dari sudut hati yang paling dalam, untuk ibu. Buatmu ibu, Fatimah binti Ngah, semoga doamu akan sentiasa menemani perjalanan hariku. Ya Allah, berkatilah dia, ibu ku..
3 comments:
Sebak & bergenang aku baca :'(
aku rindu arwah abah..cpt nye ms berlalu, setahun sudah mninggalkn aku..T T
yanie..aku pon rindu..dah 12tahun berlalu..
Post a Comment