Benar, aku pernah jatuh teduduk kerana cinta. Tidur malam tak pernah lena, jauh disudut kalbu seperti ada sakit yang menikam dengan belati teramat tajam. Aku pernah patah jiwa hilang semangat.
Tapi sampai satu ketika aku sedar, sakit itu aku sendiri cipta.
Jadi aku sendiri tahu penawarnya bukan?
Dia bukan siapa-siapa. Dia sekadar sejarah yang pernah hadir, dalam warna hidup aku. Terima kasih untuk kamu.
Dan sekarang, aku masih percaya dan tetap akan percaya, cinta itu memang ada.
Jadi, tak perlu sakit kerana cinta. Cuma, aturlah langkah lebih berhati-hati dalam mencari cinta abadi.
Aku percaya, kamu dan kamu juga pernah merasa sakitnya cinta. Bukan begitu?
P/s: Buat sahabat-sahabat yang sedang terluka kerana cinta, percayalah kamu lebih kuat dari apa yang kamu anggap!
1 comment:
Fuhhhhhh! :)
Post a Comment