Anak muda, jangan tak tahu:
anak pak cik kulitnya gebu
rambut panjang beralun ayu,
kuning pantis indah berseri
bibir meranum harumnya kasturi
dagu meruncing cantik sekali
+mahukah anak muda kepadanya?
-mahu
anak muda, mari ke mari:
anak pakcik pelajarannya tinggi
lulusan dari luar negeri
menjabat jawat sebuah agensi
pintar memasak juga mencuci
di pejabat mengarah itu ini
di rumah santun jadi suri
+mahukah anak muda kepadanya?
-mahu
anak muda, sini dengarkan:
anak pakcik tak calang-calang,
rupanya elok, parasnya pun elok
pelajarannya baik, pekertinya pun baik,
pekerjaannya tinggi, hemahnya pun tinggi
didapur amatlah mahir, dikamar masih amatur
+mahukah anak muda kepadanya?
-mahu
lapan belas ribu ringgit
sebagai hantaran serba satu
kalau tak mampu sekali lalu
boleh dibayar beransur-ansur
+mahukah anak muda kepadanya?
- bolehkah dikurang sedikit?
dengar sini anak muda, sini dengarkan:
anak pak cik tak calang-calang
rupanya elok, parasnya pun elok
pelajarannya baik, pekertinya pun baik,
pekerjaannya tinggi, hemahnya pun tinggi
didapur amatlah mahir, dikamar masih amatur
tidak boleh dikurang-kurang
begitu sudah harga pasaran
+mahukah anak muda membelinya?
taken from harian metro. writer: aidil khalid, SA selangor.
anak pak cik tak calang-calang
rupanya elok, parasnya pun elok
pelajarannya baik, pekertinya pun baik,
pekerjaannya tinggi, hemahnya pun tinggi
didapur amatlah mahir, dikamar masih amatur
tidak boleh dikurang-kurang
begitu sudah harga pasaran
+mahukah anak muda membelinya?
taken from harian metro. writer: aidil khalid, SA selangor.
No comments:
Post a Comment