termenung aku. panjang.
berfikir entah apa, tidak pasti.
terlalu banyak, bercelaru.
yang pasti, kuncinya tentang hidup.
apa mahu aku sebenarnya?
kemana hala aku sebetulnya?
apa tindakan aku seterusnya?
beranikah aku?
kejayaan itu bermula dengan langkah yang pertama.
memang!
tapi bagaimana kalau langkah aku tersadung?
termenung lagi.
berfikir lagi.
sampai bila harus aku begini?
tertanya lagi.
sampai bila harus rela dalam paksa?
mana ikhlas dalam juang pekerjaan?
jujur, aku tidak mahu.
ini bukan lapangan aku.
tapi bila datang tawaran,
sekadar aku biarkan dalam diam.
aku yang melepaskan peluang
atau aku yang takutkan cabaran mendatang?
Ahhhhhh!!
...dan aku mengeluh.
lagi!
12.20am, 13/3/11, pJ.
No comments:
Post a Comment