Aku mahu jadi anak tabah yang tak mudah rebah. Aku mahu jadi gadis manis yang tetap sopan dalam tegas. Aku mahu jadi insan yang tahu dan kenal diri. Aku mahu tahu dan jelas dengan hala tuju dan kehendak diri. Aku mahu terus berbakti pada ibu yang semakin meningkat usia.
Aku mahu punya rumah sendiri. Tidak perlu sebesar banglo perdana menteri, atau istana diraja. Cukuplah satu ruang berbumbung agak aku tak ditimpa hujan, berdinding agar aku mampu beristirehat dengan penuh privasi.
Aku impikan kereta. Bukan BMW, mercedez, ferrari atau apa sahaja yang mahal. Cukuplah dengan sebiji kenari yang cute.
Aku mahukan kerja yang stabil. Aku mahu kerja 5 hari seminggu. Aku mahu kerja waktu pejabat. Aku mahu pendapatan yang cukup. Tak perlu mewah, cukuplah sekadar bersederhana.
Aku mahu punya suami. Suami yang memahami dan sentiasa disisi aku dalam susah atau senang, dalam sakit atau sihat, dalam gembira atau duka. Insan yang boleh aku bersandar dibahunya bila aku kepenatan. Dia yang boleh memberikan bahunya untuk aku hamburkan tangisan. Seorang lelaki yang boleh menjadi pemimpin dan pembimbing aku, menemani aku sehingga ke akhir nyawa aku.
Aku mahu punya permata hati. Keletah yang mampu membuat aku tersenyum senang. Boleh membuatkan rasa penat terbang melayang. Akan aku didik kamu menjadi insan yang sempurna, bukan dimata orang lain tapi cukuplah dimata aku. Aku akan jadi ibu yang memahami, mencurah segala kasih dan sayang untukmu bakal anakku.
Yang paling penting,
Aku mahu hati yang tenang, setenang air tak berkocak. Aku mahu jadi hamba tuhan yang sentiasa mengingati Dia walau aku seringkali alpa. Aku mahu sentiasa senyum dalam tenang. Aku mahu...
Ini mahu aku. Mahu seorang gadis berusia 23 tahun yang baru melangkah ke alam mencari rezeki. Aku tahu susah, payah dan jerih untuk aku capai segala mahu aku ini. Hakikat hidup ini bukan mudah...dan aku tidak boleh mengalah!
Mahu aku ini, moga menjadi realiti.
No comments:
Post a Comment