Selepas membaca, melihat dan meneliti laporan-laporan kemalangan nyawa di jalan raya, akhirnya aku memikirkan satu benda yang juga patut ada dalam kereta. Selain daripada surah yasin dan jugak telekung sembahyang, bermula hari ini aku akan pastikan kain batik atau apa-apa kain dalam bentuk yang panjang perlu aku sediakan dalam kereta. Kenapa? Kerana artikel yang aku baca di facebook ini.
|
Abdin Xin Qin
semalam aku berbuka dalam keta d highway gurun.lepas berbuka aku drive dlm 100meter aku nampak seseorang dh terbaring atas jalan..aku berenti tolong tapi ada aku ngn sorang lagi yg terlebih dahulu brenti dari aku..aku tanya abg t0o sepa dia kta dia nmpak berasap pas2 dia tgok2 ada org terbaring atas jalan..aku p tengok dia dh meninggal..xda spa pun peduli..aku ngn bader t0o dduk kt dia hampir 15 minit bru org mai..tepon 999 xdapat..pas2 aku tepon abg aku swuh call kwan dia yg keja polis bantuan..setengah jam ambulan mai..tapi depa xleh amik sebab dh mati..pas2 aku amik tepon dia call mak dia..dia org alor staq..org mergong..sejam lebih dia kt citu bru polis mai..awt hampa lmbat sgt..aku sedih sebab dekat motor dia ada baju raya baru beli..aku guna baju t0o untuk ttup dia..apa2 pun Al Fatihah pada arwah.
MARI KITA RAMAI3 SEDEKAHKAN AL-FATEHAH UNTUK ARWAH..MARI KITA SHARE
|
Juga berita,
|
REMUK... Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan pemandu kereta Proton Waja yang terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta di kilometer 14.3 Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus, Negeri Sembilan pada Ahad. Dalam kejadian itu seorang wanita warga emas maut manakala lapan lagi cedera. foto: BERNAMA |
Sesungguhnya, hidup dan mati itu kita tak mampu nak jangka. Jadi tak salah untuk kita bersediakan? Andai ditakdirkan nyawa ditarik dalam kejadian seperti itu (mintak dijauhkan sangat-sangat), sekurang-kurangnya bukan surat khabar yang akan menutupi jenazah aku, dan sekurang-kurangnya orang yang membantu tak akan kelam kabut mencari sesuatu yang sesuai.
Tapi, aku tetap berdoa andai satu masa nanti nyawa aku dijemput, aku berharap agar pemergian aku tidak akan menyusahkan orang sekeliling.
Ya Allah, berkatilah mereka-mereka yang telah mendahului kami. Al-Fatihah..
2 comments:
sayu rasa hati bila baca paper pasal kemalangan kemalangan macam ni..nak nak bulan pose ni..
seram ade, sedih ade, kesian ade.. mcm2 ade..
Post a Comment