Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Friday, October 05, 2012

Maaf


Kalau kita sedang marah, maknanya syaitan sedang mendampingi kita. Kalau kita tak mampu nak kawal kemarahan tu, maknanya syaitan dah berjaya menguasai kecetekan nafsu dan lemahnya akal fikiran kita. Apatah lagi, jika kerana perasaan marah tu kita mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain sama ada kita sedar ataupun tak.

Ya, semalam aku agak marah. Atau lebih tepat lagi mungkin kecil hati? Entah, aku tak tahu. Yang penting, apa yang aku rasa semalam ialah perasaan yang tidak sihat. Rasa panas dan terbakar yang aku cuba kawal, tapi aku tak berjaya padamkan sepenuhnya. Aku mahu untuk tidak marah, menjadi tak kisah dan tidak terkesan walau sedikit pun dengan apa yang sudah dan akan berlaku. Aku mahu jadi seorang sahabat yang sentiasa mahu menyokong tanpa sebarang rasa prejudis. Aku mahu jadi ikhlas dalam memberi tanpa mengharapkan apa-apa penghargaan. Aku mahu jadi seorang teman yang kamu akan selesa bila berdampingan. Aku mahu jadi manusia yang punya perasaan baik-baik saja. Tapi sayang, apa yang aku mahu tak semestinya itu yang terjadi kan?

Aku kecil hati, merasakan diri kurang dihargai. Itu tak ikhlas namanya kan? Aku cuba buang, tapi setakat ini aku belum mampu campakkan jauh-jauh. Syaitan masih cuba menghasut untuk aku tinggalkan rasa itu walau sedikit. Ikhlaslah wahai hati. Bila ini terjadi, aku cuba jarakkan diri seketika. Untuk aku berfikir sejenak, mencari dimana silap dan untuk elakkan diri daripada terus disimbah amarah yang memburukkan lagi keadaan. Walau cuba menjauh, tapi aku tetap mahu kamu dekat. Pelikkan manusia?

Aku termalu sendiri. Aku cuba untuk menjadi sebaik mungkin yang aku mampu, walau jauh untuk mencapai tahap kesempurnaan. Aku berusaha, tapi aku tetap melakukan silap yang sama. Aku masih seorang aku yang pentingkan keinginan diri. Aku rupanya bukan penyokong yang hebat, kadang-kadang aku sekadar melemahkan semangat. Aku tidak sematang dan setenang, seperti yang selalu aku inginkan. Aku buntu bagaimana seharusnya aku memberi reaksi terbaik dalam setiap perkara.

Buat sesiapa sahaja yang diluar sana, maaf atas karenah ini. Terima kasih jika kamu masih sudi bertahan, maaf jika kamu rasa ini membebankan. Maaf atas reaksi keanak-anakan. Maaf..

p/s: oh ya, saya tak nak jadi Gayah yang kehilangan Zali nya. Alfatihah untuk Amirul Mazlan a.k.a zali, pelakon drama masihkah ada ramadhan yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.


4 comments:

Mar Yanie said...

entry ini ditujukan kepada siapa? :P

Oya Kamaruzaman said...

masa tgk berita pasal accident tu kat tv3 x tau pulak yg involved tu pelakon drama tu..Al-Fatihah

mynameisYAT said...

zali tu cte aperkah. aku tak tau langsung.. ehem, newey entry camni jarang dpublish. hehe

tamsilankendiri said...

oya: minat sgt dgn dia dlm cite tu.

yanie n yat: tringat pulak kes merajuk dgn zura, masa nak abis final year dulu. sampai berminggu-minggu. lawak pulak bila igt balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...