"Macam best je hidup kau. Ada kerja tetap, ada kereta, ada rumah, ade suami hensem, ada anak-anak comel, ada itu, ada ini, ada bla3.."
Senyum. Sambil mulut cakap
"Eh mana ada, biasa-biasa je la. Kau je yang nampak macam tu"
Sebenarnya orang tu teringin nak cakap,
"Kamu tahu tak aku struggle setiap hari? Setiap kali aku buka mata di setiap pagi? Kamu tahu tak macam mana susahnya nak paksa hati untuk ikhlas dengan apa yang aku buat sekarang? Kamu tahu tak selalu aku terfikir sampai bila aku kena paksa diri? Kamu tahu tak yang aku ni hebat jadi hipokrit? Kamu tahu tak dilema yang aku rasa? Kamu tahu tak berapa juta kali aku bisikkan sabar sambil tarik nafas panjang-panjang-dalam-dalam? Kamu tahu tak harga yang perlu aku bayar sampai kamu nampak hidup aku 'macam best'? Kamu tahu tak setiap hari aku berdoa semoga Allah tunjukkan aku jalan hidup yang sebetul-betulnya untuk aku?"
Tapi orang tu tak perlu cakap macam tu, sebab kamu tak kan tahu. Kamu hanya nampak senang dan gembira dia, kamu tak nampak saat dia bergelut dengan kemahuan dan keterpaksaan. Seperti kata Nadia, hanya kita yang merasa perit jerih perkara ni akan faham apa yang aku rasa dan apa yang dia rasa. Sampai masanya mungkin redha kita sekadar pada mulut, tidak pada sebenar-benarnya. Lalu akal kita memberontak, dan hati kita jadi keliru.
Untukmu kawan, hidup ni memang tak ada yang senang. Aku tahu dan kamu pun tahu. Mungkin kamu nampak perjalanan kehidupan seseorang 'macam best', hakikatnya kamu tak tahu kalau-kalau dia tengah menyapu air mata dalam senyum dia. Untukmu kawan, bagi setiap hidup sempurna yang kamu lihat sebenarnya ada tangisan yang kamu tak pernah dengar. Untukmu kawan, setiap gundah gulana atau perang jiwa yang bergolak dalam diri seseorang, dia mungkin sekadar simpan peram sendirian tanpa perlu beritahu kamu- hingga kamu lihat dia seolah bahagia sepanjang masa. Untukmu kawan, sekadar pesanan bahawa perjalanan kita berbeza dan semestinya ujian kehidupan kita juga tak sama. Doakan aku kawan, dan aku doakan kamu juga. Semoga setiap keputusan dan pilihan kita, itu yang terbaik.
p/s: ini sekadar situasi biasa
terasa mahu rebah
akan adakah tangan gagah
menghulur ikhlas diri
membawa aku berdiri kembali?
(Segalanya aku, Oct 2011)
1 comment:
dont give up voce e linda, try ur best!!! insyaallah... ada jalan yang baik untuk kamu.
Post a Comment