Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Thursday, October 30, 2008

257, 411 bayi tiada nama bapa

257,411 bayi tiada nama bapa

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my



DEWAN Rakyat semalam diberitahu, sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak dicatatkan nama bapa sejak 2000 hingga Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak tidak sah taraf iaitu anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299.

“Bagaimanapun, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

“Ini bermakna pihak pendaftar boleh membuat siasatan bagi mendapat maklumat yang sahih bagi tujuan pendaftaran ke atas setiap kelahiran,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan R Sivarasa (PKR-Subang) yang inginkan penjelasan sama ada JPN mengarahkan untuk tidak mendaftarkan nama bapa pada sijil kelahiran sekiranya anak itu dianggap anak luar nikah.
(petikan harian metro)
------------------------------------------------------------------

257, 411..satu angka yg cukup tinggi dalam masa 8tahun!...ini angka bagi kes si lelaki tak nak mengaku, agak-agaknya kalau di hitung dengan kes bayi yang didaftarkan ada nama bapak, tapi sebenarnya dia anak luar nikah, berapa ya?

inilah
lambang dunia yang semakin maju.
lambang malaysia negara merdeka
lambang tanah melayu yang berdaulat
lambang anak2 melayu yang smakin layu
semakin kuyu!

Wednesday, October 29, 2008

fadilah lagi..


Fadilah berjaya di bawa pulang tanpa sebarang denda. Moga-moga Fadilah mengambil iktibar dari kejadian ni. Bbukan sahaja Fadilah, tapi harapnya semua gadis menjadikan kisah ini sebagai tauladan. Jgn butakan mata kerana cinta, jgn pendekkan akal kerana nafsu!


klik di sini
klik di sini

Terbaru dlm metro..salah satu lagi kisah yg boleh dijadikan iktibar. Inilah yg dikatakan sudah terhantuk baru nak terngadah. Jadi, untuk kesekian kalinya aku menyeru, berfikir sebelum membuat keputusan yang boleh merubah dan memberi kesan kepada seluruh kehidupan. Kalau kehidupan kita je tak apa, tapi melibatkan maruah dan perasaan keluarga. Jadi, jangan la buat kerja yang menyusahkan mak bapak dan famili di belakang hari!

kata orang.. kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia, tapi kasihnya anak(kita la ni) setakat mana?? kasih kekasih, membawa bencana!

klik di sini

seterusnya klik di sini,

lelaki itu menjadi tak gentleman kerana murahnya maruah anak gadis kita. Betul tak? tapi tegarkah hubungan suami isteri mereka dipisahkan sedangkan Fadilah dah sah menjadi isteri orang?

terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata badan binasa
terlajak laku??

Monday, October 27, 2008

sabariah vs fadilah


Hai, entah kenapa hari ni rajin nak wat post kat sini.

Seorang wanita berusia 21ahun mengaku membuang bayi di kawasan solat perempuan masjid terapung terengganu.Buat malu org terengganu jer cik kak ni. Nak salahkan dia 100% mungkin tak boleh..ye lah, kita tak tahu kenapa dia mengandung.Kalau memang di sebabkan gaya hidup bebas, kemudian buat perkara yang jelas lagi nyata terlarang dan yang seerti dengannya, harapnya kejadian ni akan merubah dia ke arah fasa yang lebih baik..
klik di sini

Tapi macam mana kalau dia mengandung akibat menjadi mangsa rogol? di luar kemahuan diri sendiri? tapi tetap disisihkan sama ada oleh rakan-rakan, masyarakat dan keluarga?macam mana, macam mana dan macam mana. Memang dia tetap bersalah kerana membuang bayi yg tidak berdosa tu(tapi menafikan membunuhnya)..

aku cuma cuba untuk berfikir dari sudut yg positif, bagai mana jika wanita tersebut mengandung di sebabkan insan bernama lelaki yg telah meragut mahkota si wanita tesebut diluar kemahuannya, lantas menghidupkan satu nyawa dalam rahim dia? dia dibuang keluarga dan disisihkan masyarakat lantaran di sangka mmbuat onar. Kerana tidak tahan dengan apa yang berlaku, si wanita terbabit menambil keputusan membuang bayi tersebut sebaik sahaja di lahirkan..di awal penyebab kisah ini, adakah wanita terbabit bersalah?

Itu cuma kemungkinan yg aku terfikir kerana aku sendiri langsung tak mengenali wanita tersebut. Mungkin betul, mungkin juga salah. Tapi aku percaya, kisah yg aku fikirkan itu memang ada terjadi. Memang ada ibu-ibu muda yg membuang bayinya akibat kejadian rogol. Lalu dia ditangkap dan dihukum kerana membuag bayi tersebut. Sedangkan si perogol yg menyebabkan bercambahnya 1 nyawa itu dibiar terlepas bebas, hanya kerana si mangsa tidak melaporkan kepada polis. Alasannya aib diri telah tercemar dan akhirnya, si mangsa menanggung akibatnya seorang diri..

Kerana itulah pada aku, jangan terlalu awal kita menghukum mereka. Cerita sebenar disebalik kejadian yg menimpa mereka tidak pernah kita ketahui. Apa yg perlu kita lakukan sebenarnya adalah berdoa dan terus berdoa agar gadis-gadis kita terpelihara maruahnya, teruna-teruna kita terjaga akhlaknya. Supaya generasi yang lahir selepas ini, menjadi generasi bijak pandai..


klik di sini

Seterusnya, klik lagi link tersebut untuk kisah yang seterusnya. Yang ni nak marah pun ada sebenarnya. Kisah gadis lari dari rumah memang perkara biasa. Lari ikut pemuda Lombok juga dah jadi perkara biasa walaupun bukan sekali dua media memaparkan kisah gadis yang tertipu dgn pemuda Lombok. Tapi kenapa masih ada yg bodoh??

Bila dah sampai ke Lombok, baru lah tersedar. Bila dah hidup susah barulah hilang semua rasa cinta. Kisah fadilah ni agak menarik hati aku. Bagi aku dia ni mungkin tak pernah nak mengambil iktibar atas apa yg berlaku di sekeliling. Mungkin juga dia tak pernah baca paper atau tengok berita. Mungkin dia terlupa kisah seorang kanak- kanak perempuan berusia 13 tahun yang dilarikan ke Lombok awal tahun ini. Ataupun juga, mugkin kisah seorang wanita yg juga melarikan diri ke lombok, kemudian apabila hidup susah disana selama 5 tahun, di tinggalkan suami yg datang bekerja kembali di malaysia, barulah merasa insaf.

Masa tu lah baru ingatkan ibu tua yg pernah ditinggalkan dulu. Barulah merayu-rayu mintak maaf. Barulah sedar diri tu anak derhaka. Barulah merayu-rayu suruh keluarga di Malaysia cari jalan untuk membawa dia balik ke malaysia. kisah gadis(opss bini orang!) ni hangat diperkatakan dan dihebahkan media rentetan daripada kisah gadis berusia 13tahun berasal dari Negeri Sembilan yang di bawa lari ke Lambok dan berjaya di bawa pulang.

budak umur 13 tahun, tak pandai nak berfikir macam budak umur 18 tahun. Umur 18 tahun dan boleh berfikir baik dan buruk. Jangan butakan mata dan akal kerana cinta yg entah apa jaminannya. Umur 18 tahun masa untuk menuntut ilmu, sematkan azam untuk membantu keluarga, bukannya bermain cinta sampai biarkan diri terperangkap. Akhir sekali? menyusahkan semua pihak..

Buat gadis-gadis diluar sana dan diri aku sendiri, ambillah iktibar atas apa yg berlaku di sekeliling kita. Bukan sekadar membaca dan mendengar, tetapi berfikirlah. Sekali maruah tergadai, takkan mungkin ada gantinya. Yang akan ada hanyalah penyesalan yang tak ada penghujungnya.

Kepada mereka-mereka yang mungkin pernah mengalami peristiwa hitam, bangkitlah dari keterlanjuran anda dan binalah hidup baru. Jadikan kisah lalu sebagai pengalaman dan pengajaran berguna dalam perjalanan kehidupan. Usah ulangi kesilapan lalu. Marilah kita berdoa, semoga iman dan islam kita sentiasa memayungi kehidupan.


nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara

kerana kasih hamba turutkan!!

~pantun yg masih releven di zaman sekarang..





Saturday, October 25, 2008

namun ku punya hati ~ catatan lawatan PERNIM



Artis : REVOLVERS

Lagu : Namun Ku Punya Hati

Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu,
Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,

Kadar waktu diizin Tuhan,
Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan sayang,
Bukan ku rayu bantu simpati,
Maafkan wahai teman,
Ku menumpang di sudut dunia,

Mencari ketenangan,

Sampai masa ku pergi jua..

­

..semalam, 18hb oktober, aku n beberapa org kawan lagi ke persatuan kebajikan anak HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM)..pengasasnya seorang wanita tabah yang penuh sifat keibuan..telah mempunyai 7 orang anak kandung, tapi kerana rasa tanggungjawab, puan norlina Alawi sanggup mengambil dan membela hampir 50orang anak-anak bernasib malang tersebut..

sangat tersentuh melihat gelagat kanak kanak tersebut..muka mereka sangat2 ceria seolah2 tiada masalah dan kesakitan pun yang membelenggu kehidupan diorg..sedangkan penyakit yang diorang tanggung tu memungkinkan mereka untuk berada di muka bumi ini dalam masa yang singkat..mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin juga saat ini, mereka di jemput untuk pergi… mereka anak2 yang tidak berdosa, mereka anak2 kecil yg langsung tak mengerti rencah kehidupan dunia, mereka xpernah tahu sepak terajang duniawi..

Mereka ah anak2 yang terpaksa menangung kesan dan akibat daripada dosa keterlanjuran dan kebodohan ibu bapa mereka! mereka tiada salahnya.. diwajah anak2 itu, terpancar akan kegembiran, bergurau senda sesama mereka..tulus suci bersih wajah anak2 tersebut benar2 menyetuh perasaan sebenarnya..sebak rasa dada apabila melihat mereka bermain sesama sendiri, malah dgn ramahnya mereka menegur kami..mungkin keadaan hidup menjadikan mereka mesra walau dgn orang yg pertama kali mereka kenali..mungkin inilah juga cara mereka meraih kasih sayang setelah dibuang keluarga..dalam usia 7 atau 8 tahun, apa yg mereka mengerti??

Angelina, atau Nur Angelina..berusia 9tahun..cukup ramah menegur aku dan kawan2..bercerita tentang rakan2nya di PERNIM..bercerita tentang puan norlina yang dipanggil mama dan suaminya yg dipanggil papa oleh anak2 PERNIM.. bercerita akan kisahnya yang baru setahun menjadi ahli keluarga PERNIM..lincah tangan menguruskan ‘adiknya’ seorang anak PERNIM yg aku kira usianya kurg setahun….dimandikan adik itu yg digelar comot oleh ahli-ahli PERNIM, sabar melayan karenah comot yang menangis entah kenapa..kemudian menggosok baju comot yang sedikit basah, memakaikan baju utk comot..rasa sgt terharu melihat situasi tersebut, seorg kanak2 berusia 9 tahun sgt mahir menguruskan seorang adik yg bukan dr darah dagingnya..tapi ukhwah di antara mereka lebih drpd adik beradik yg sebenar!..dalam realiti kehidupn sebenar skrg, aku kira jarang aku jumpa seorg kakak atau abg yg baru berusia 9 tahun menguruskan adiknya dgn mahir tanpa bantuan org dewasa..aku terfikir, bentuk kehidupan mereka yg dibuang keluarga sendiri menjadikan mereka lebih matang dan menghargai antara satu sama lain..


Seterusnya comot, seorang kanak2 lelaki..berusia kurang drpd 1tahun..sgt2 pndai dan cerdik, mudah mesra, mudah utk didukung..baru pndai utk menuturkan sepatah dua kata dlm bahasanya yg pelat..meminta kami membawanya menaiki bas apabila dia melihat bas yg diparking di luar..gelagatnya membuatkan kami tergelak sesama sendiri..pandai mengajuk apa yg kami katakan..melambai dan menyebut perkataan bye2.. sekali pndang, dia umpama kanak2 lain..yg membesar dgn sempurna..tapi siapa sangka di dalam tubuhnya mugkin ade virus HIV yg belum ditemui penawarnya?? telatah comot memang menghiburkan..


seterusnya taufik, kanak2 lelaki berusia 10 bulan..baru pandai bertatih..agak tembam..juga mudah didekati, mudah didukung, tapi agak ligat menghulurkan langkah apabila berkesempatan, maklumlah kata orang baru dapat kaki ..bila melihat lensa kamera dihalakan kearahnya, mudah utk taufik mengukir senyuman walaupun sedan menangis ketika itu!!berasal dari dungun terengganu..sempat juga aku berkenalan dengan ibu si taufik, seorang wanita muda yg aku anggarkan berusia awal 20an mungkin..sayangnya aku tidak punya keberanian untuk bertanya akan kisah hidupnya..satu isu yg cukup sensitif untuk aku bangkitkan saat itu rasanya..melihat dari raut wajah si ibu, seolah dia tidak menderita penyakit tersebut..moga2 gambaran wajahnya benar..dan moga2 taufik juga terselamat dari ancaman virus kejam itu..


arif pula, seorang kanak2 lelaki berusia 8 tahun..juga tembam dan bulat seperti taufik! gelagatnya yang suka mengusik rakan2 dan keletah nakal nya sehingga menaikkan api kemarahan rakan2, juga menjadi tumpuan aku..arif juga seperti kanak2 yg lain, sgt riang..petah menjawab apabila di marahi dan wajahnya yg tenang menarik perhatian aku..riang gembiranya seolah2 kehidupan yang dijalaninya normal seperti kanak2 lain di luar sana..tawanya, mimik mukanya sukar untuk dilupakan, kerana wajah itu terlalu jernih pada aku..bertuanhya anak2 ini kerana diambil dan dilatih menjadi satu keluarga yang besar..


tubuh kecil mereka terpaksa menanggung kesakitan akibat ceteknya akal manusia hari ini..mujurlah ada insan berjiwa mulia seperti puan norlina alawi yg sanggup berkorban untuk membela nasib mereka..keprihatinan dan naluri seorang ibu membela nasib anak2 yang dipaut daripada tebing gelap dan usang dari pndangan insan..tebing yang belum tentu manusia singgah, perhati, teliti dan memikul tanggunjawab untuk digalas..tanggungjawab yang entah bila ada penghujungnya..menurut puan norlina yg selesa dipanggil mama, hasratnya cuma 1, andai panjang umur anak2 tersebut, beliau ingin sekali melihat anak2 PERNIM terbang jauh meniti awan..mencipta kejayaan dan tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan..


kenangan bersama anak2 PERNIM akan terus mekar di lubuk sanubari..kerana mereka sebenarnya telah mengajar aku sesuatu yg berharga..mereka telah menunjukkan bukti untuk menjadikan pemikir..mereka seolah2 berkata, inilah akibat jika membiarkan nafsu merajai diri! gaya hidup dan pergaulan bebas memungkinkan semua ini terjadi…terasa ingin aku menyeru kepada semua, lihat lah dunia..kesan dan akibat yg kalian tinggalkan akibat kecetakan akal! bukan salah akal yg cetek kerana kurniaan akal kita sama sempurnanya..tapi salahkan diri sendiri yg mencetekkan pemikiran akal..


~sehari berlalu, masih terbayang akan wajah2 suci lagi ikhlas anak2 PERNIM tersebut.. wajah2 bersih penuh ceria bersama pandangan mata yg tidak pernah menipu..masih terbayang senyuman taufik yg penuh mulus, lambaian dan tutur kata pelat si comot, reaksi nakal si arif dan wajah ramah lagi penyayang si nur angelina pastinya..wajah riang dan rajuk mereka sentiasa membayangi ruan mata ini..


ya ALLAH..kau berkatilah kehidupan mereka..sesungguhnya bersih wajah mereka ibarat bersihnya hati mereka..tiada calar yg harus mendepani kehidupan mendatang mereka…andai umur mereka panjang, usah kau biarkan mereka terus di ketepikan..usah biarkan mereka terus menjadi mangsa menangung dosa yg tdk mereka lakukan..andai perjalanan kehidupan mereka bakal terhenti sebelum sempat mereka menjadi manusia pemikir, usah kau biarkan kesakitan terus membelenggu tubuh2 kecil yang tidak mengerti apa2 itu.


sesungguhnya bukan mereka pinta lahir ke dunia, bukan mereka pinta juga begitu perjalanan dan liku2 kehidupan yg harus dijalani…mereka anak2 kecil yg x bersalah!! mereka perlukan kasih dan manja drpd kita..mereka perlukan bantu dan simpati utk meneruskan hidup ini..sejenak aku berfikir, itu anak2 PERNIM..yg terbela nasibnya..sekurang2nya mereka terpelihara…bagaimana kanak2 lain?yg xpunya peluang seperti diorang..

13 tahun? dunia memang dah maju..


klik di sini

dah klik link tersebut??klu belum, luang2kan masa utk klik dan bacalah dulu, berita yg pada aku memang mncabar kesabaran..klu xboleh klik, baca la paper metro bertarikh 23 oktober 2008..berita muka depan nii..klu dah klik dan dah baca, teruskan pembacaan anda disini..sedih kan??usianya baru 13 tahun!!! dunia skrg mmg dah nak terbalik.. usia 10 tahun sudah berkawan dgn pemuda berusia 24 tahun, mungkin pada sesetengah orang itu perkara biasa.tapi, pada aku, remaja yang dibesarkan di kampung, pergaulan itu agak pelik! seusia 12@ 12 tahun, kwn2 aku hnyalah yg sebaya umurnya..apabila meningkat ke usia 20 tahun skrg, barulah aku meluaskan pergaulan dgn org2 yg lebih matang..


back to the topic..apa komen anda? agak2nya berapa ramaikah manusia yg terfikir apabila baca berita tersebut??paling kurang pun, kita cuma akan dgr org kata, zaman dah berubah..dunia dah maju...kan? bukan niat aku untuk menyalahkan remaja perempuan tersebut, bukan niat aku jugak nak menuding jari pada sesiapa..cukup lah aku jadikan berita2 ini sebagai pendinding untuk diri aku, dan utk aku mampu mengingatka org lain.. gelap masa depan remaja tersebut ibarat gelapnya perjalanan kehidupan yg telah dia lalui..mujurlah terbit keinsafan di hati, moga2 benih penyesalan itu akan terus bercambah dan menyubur..harapan aku, moga2 penyesalan itu bukanlah penyesalan sementara..
di usia 13 tahun, usia sepatutnya seorang kanak2 yg baru menginjak ke alam remaja menimba ilmu..bukan ilmu di bidang akademik semata, tapi juga ilmu kehidupan..nyata remaja ini sudah terlebih awal belajar, malangnya pelajaran kehidupan yg diperolehi adalah ilmu gelap dan kelam!..mungkin dalam kes remaja ini, institusi kekeluargaan yg menjadi punca..

tapi semenjak dua menjak ini, kes pembuangan bayi dan gadis(masih kanak2 sebenarnya) hilang(lari dari rumah sebenarnya) semakin rancak dilaporkan akhbar...apa yg aku pelik, ade drpadanya datang drpd keluarga yg alim, bapanya imam dan haji, ibunya hajjah! dlm situasi ini, siapa puncanya?? pada aku, inilah akibatnya andai iman dan akal ditolak ketepi, sebaliknya dibiarkan nafsu merajai diri....kes pembuangna bayi juga kembali hangat, setiap hari lebih drpd 3 bayi@mayat bayi ditemui..x kira bandar @ desa..xkira kampung@ felda..xkita pekerja kilang@ pelajar universitu...sumenya terlibat!..

apabila lahirnya ramai anak2 tanpa bapa, maka itulah salah satu tanda kiamat~ aku terlupa mana aku dapat info ni, klu xsilap dari majalah mastika sewaktu majalah ini membawa isu anak haram....dunia ni memang dah tuakan? dunia jgk agakna dah xlarat nak menangung segala kemaksiatan dan dosa ciptaan manusia..sebab tu lah bencana alam kian kerap berlaku skrg..back to the topic, bila melihat senario skrg, mmg asas iman dan akidah umat islam semakin tipiskan??

takut??memang takut..takut andai satu hari nnti aku juga akn menjadi mangsa kepada kehidupan..takut andai satu hari nnti akal aku terbatas, takut andai satu hari nnti jahitan iman aku terkoyak.

Tapi, berbicara soal akidah memang xakan abiskan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...