Pages

Menjadi cermin tamsilankendiri, untuk melakar satu wacana. Buatmu bernama wanita..

Thursday, November 29, 2012

Ter'paling Bahagia?

Semakin hari mata semakin berbulu bila buka facebook. Serius rasa sedikit jengkel dan menyampah. Sebelum ni banyak post yang jenis-jenis tak berapa nak matang macam ' lunch tadi makan nasi ayam' atau 'sedapnya air masak ni'. Tapi sekarang banyak pulak post terlebih matang. Contoh:

"hubby saya semakin gemuk, tiap-tiap hari request suruh masak walaupun hakikatnya saya tak pandai masak"

"hari ni mr. suami masak. yeay!! mr. mama to be"

"tadi encik abang pesan, jaga diri baik-baik ye sayang"

"my incik tunang ajak dating, yeayy!"

Tolong la kalian-kalian semua. Nak umum dekat dunia yang anda ada suami ke? Nak suruh semua orang tahu yang suami anda penyayang tahap tak ada orang boleh lawan? Tak salah untuk buat post bunga-bunga bahagia tu, tapi agak-agaklah kalau dah setiap setengah jam post pasal suami penyayang je tak ke rasa macam nak unfriend je? Nak unfriend pun rasa serba-salah sebab kawan sendiri.

Sekarang masa tengah bahagia, buat la macam tu (maklumlah baru 4-5 bulan kahwin). Nanti dah ada masalah, dah gaduh-gaduh, nak tulis dalam facebook juga? Matang la sikit bila dah jadi suami isteri tu. Tak kan lah cerita-cerita peribadi macam tu pun nak bagitahu satu dunia? Siap dah jadi macam diari pula dalam fb tu.

pagi : "my sayang request nak makan mihun goreng. Demimu suami tersayang.."

setengah jam kemudian,

"tadaaaa! bihun special utk suami dah siap"

Beberapa minit kemudian,

"my jantung hati cakap bihun saya masak sedap..omg! thanks my hensem hubby"

Setengah jam kemudian,

"Encik suami saya bla bla bla..."

Seterusnya sampailah ke malam, post yang berkaitan dengan my hubby! tak penat ke hubby awak tu eh?

Yang menimbulkan rasa jengkel tu, bukan je sebab suka post yang bermaksud 'sayalah insan paling bahagia sebab ada pasangan macam dia', tapi juga penggunaan bahasa yang entah apa-apa je. Mr. suami? Encik abang? Incik tunang? Hellooo cik kak, suami/ tunang/ boyfriend anda-anda ni tak ada nama ke? Jadi trend pula sekarang ni bahasakan diri macam tu, konon macam ala-ala manja la gitu. Konon-konon nak umumkan kat satu dunia, saya ada suami tapi saya tak nak bagitahu nama suami saya. 

Bukan saya jeles dengan kebahagian mereka-mereka ni. Tak sama sekali. Jujurnya saya suka tengok mereka bahagia. Tapi janganlah sampai kebahagiaan tu membuatkan orang disekeliling rasa anda sangat annoying. Orang lain pun ada suami, orang lain pun bahagia, jadi apa yang membezakan suami anda dengan suami orang lain? apa yang membezakan bahagia anda dengan bahagia orang lain?

Yes, each people have their own speciality including your husband a.k.a hubby tu. But, can you please keep your husband's speciality just to your self? Make it special and exclusive. Walau sehebat, semanja atau seromantik mana pun suami anda, anda tak boleh kongsi dengan orang lain kan? Kalau betul nak tulis, make it private la.

Sekali lagi, saya bukan cemburu bahkan saya bahagia dengan hidup saya sekarang walaupun saya belum ada suami. Dan saya percaya di luar sana ramai lagi yang sama macam saya, rasa annoying dengan mereka yang pemurah bercerita soal rumah tangga di fb.

Akhir kata, semoga saya tak kan jadi macam tu. Kalau satu hari nanti saya buat benda yang sama, tolong ingatkan. Tuhan, bantu aku untuk buang rasa jengkel itu dan untuk aku terus bersangka baik.

p/s: baru je terbaca post terbaru.
"@UtzAzharIdrs: Suami yang terbaik adalah suami yang memaafkan segala dosa dari isterinya setiap hari sebelum tidur."
Cc: [Tag nama suami]

4 comments:

Mar Yanie said...

post dari kwn aku "indahnya bercinta lepas kawen. Kawan2, cepat lah kawen. Ia lebih manis kerana halal di sisi agama".

tp ramai buat dekk je..mls layan.


Pandangan aku; tak sepatutnya tulis post gini sebab setiap manusia dah tertulis jodoh masing2. Ada yg bernasib baik, ada yang kurang bernasib baik dlm cinta. Ikhlas dr aku yg terluka dengan post sebegini rupa.kejam#@$%

tamsilankendiri said...

Yesszaaa...setuju sangat. tak perlu nak publish to world. btw, adekah dia orang yg sama yg mu penah citer yg tulis post 'maaf sebab saya tak invite dan rahsiakn perkahwinan saya, saya ada sebab-sebab tersendiri'..tapiii, gambar posing kawen berderet diupload. dia ke??haha

mynameisYAT said...

aku rasa nak share post ko kt FB. hehe. ade kwn aku, dah kawen 3bln yg lalu (pengantin lama), tp gmbo kawen masih nak upload. b4 tu dah upload byk kot.. cukup cukup sudah.. album wedding (100+ photos), tak special share byk2. make it exclusive!

status annoying takyah ckp la. siap bdialog sendiri. kdg aku rs c suami wat dek je. bini asek tag, post. malu..

''Abg u buat apa tu?? si suami menjerit kat bawah umah cakap i buat u air hi-goat ni"

p/s: terharu suami buat air...1st tym..... ♥ :')

Korang hade?!! Doakan aku tak jd cmtu.

K, bai!

tamsilankendiri said...

jangan, jangan, jangan.. jam traffic aku nnti. dah 3 bln kawen, baru husband nk buat air? aishhh pemalas punya husband!haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...